satu analogi:-
Arcoxia ialah ubat yang termasuk dalam bahasa orang awam sebagai 'pain killer' ( ubatan NSAID- iaitu ubat bukan steroid untuk anti inflamasi). NSAID berfungsi untuk meredakan kesakitan seperti sakit belakang, bengkak, luka luaran, selepas pembedahan dan sebagai agen anti radang ( inflamasi) dan arcoxia ini sangat baik untuk orang tua dan pengidap masalah saluran penghadaman seperti pengidap gastrik atau ulcer perut. Dan yang pasti ubat ini agak MAHAL
Jika dibandingkan dengan 'pain killer' yang popular dan lebih murah seperti ponstan atau indocid, dimana fungsinya tetap sama, iaitu cepat meredakan kesakitan.
Analogi mudah: Arcoxia lebih 'ekslusif ' dan tidak digunakan secara meluas terutama oleh pihak hospital kerajaan, berbanding ponstan dan indocid tadi.
Apa yang saya maksudkan ubat disini ialah rawatan yang diberikan oleh 'doktor umat' yang bergelar duat.
Ada duat sangat meyakini 'jenis ubat' atau 'jenis rawatan' yang dibawanya untuk masyarakat itu mampu merawat mereka tetapi PERSOALANNYA ialah ubat dan rawatan itu ada yang berbentuk ekslusif dan sangat terbatas penyebarannya. Rawatannya lebih kepada orang yang cerdik, yang ada ijazah, diploma , pelajar cerdik, pelajar universiti atau ayat mudahnya tersebar dikalangan orang yang berpendidikan!!!
Ubat dan rawatan itu tidak tersebar untuk merawat sakit yang di alami oleh golongan sokongan yang sebenarnya lebih ramai, ini termasuklah kepada pekerja am, pekerja sokongan kerajaan, pemandu teksi, operator kilang , malah tidak mengelinap untuk pelajar di instituisi yang tahapnya lebih rendah seperti instituisi kemahiran atau golongan petani dan seumpamanya.
Juga menjadi persoalan, setelah ubat dan rawatan itu ekslusif dan tidak melata, adakah tepat dos ubatnya dan rawatan itu berkesan? Jika tasawur dan tanzim dakwah itu dikatakan hebat sebagai ubat dan kaedah merawat PELBAGAI JENAMA penyakit ummat, tetapi mengapa ianya diberikan kepada golongan 'terpilih ' dan ummat yang 'berpenyakit 'pula tidak megenali ubat itu apalagi untuk mereka menacari dan merasai sebagai penawar yang TERBAIK ?!

Di akui ada rawatan yang diberikan yang tiada rawatan susulan atau 'doktor umat' ini tidak mahu menjadi doktor sepertimana ramai para doktor yang kini beralih arah menjadi ahli politik, ahli perniagaan, perunding motivasi dan sebagainya, dimana orang masih memanggilnya doktor (Juga sama seperti seorang guru, gelaran cikgu itu kekal dan gelaran 'orang dakwah' juga kekal, sedangkan ubat dan rawatannya tertinggal dalam minda atau dalam buku nota sahaja )
( bersambung....)
( bersambung....)