Semalam dalam perjalanan untuk mendaftarkan dua orang anak saya ke sekolah Islam Hira' di Jeram, K.Selangor, saya singgah ke kedai Cina menjual kain baju ( tiada pilihan) untuk membeli stokin. Apa yang menarik minat saya ialah bila anak taukeh itu yang rasanya baru berusia 8 tahun duduk di kaunter pembayaran. Masih budak mentah, anaknya sudah didedahkan dalam dunia perniagaan. Maka tidak hairan bidang perniagaan ini akan diwarisi turun menurun dan saya yakin suatu masa nanti orang cina yang berkerja makan gaji akan dipandang rendah dikalangan mereka.
Dua tahun yang lepas, ketika di Johor Bahru, saya diberitahu ada seorang pengusaha Tadika ( Melayu) yang banyak rangkaian dan dia sering memberi ceramah tentang psikologi anak-anak, dimana beliau akan mewakilkan anak lelakinya untuk berceramah jika beliau tidak dapat memenuhi undangan berceramah. Anak lelakinya itu juga mengikuti jejak langkah beliau dalam dunia pendidikan anak-anak tadika. Hebatnya si ibu, mampu menarik minat anak mengikut jejak langkahnya yang biasanya dikuasai oleh kaum hawa dan bakal mewarisi perniagaannya.
Analogi yang ingin saya bawa disini ialah, kepada ibubapa yang duat, mampukah memperkenalkan dunia dakwah kepada anak-anak dalam ertikata dakwah sebenar? Jangan pula anak-anak kita merintih bila tersilap langkah dan kita turut merintih melihat kelakuan mereka.
Juga lebih-lebih lagi ibubapa yang hebat akhlak dan ibadahnya, bagaimana pula anak-anak kita? Jangan salahkan dunia yang semakin mencabar bila fakhsar dan mungkar hanya dihujung jari tetapi salahkan jari-jari kita yang tidak mahu menuding dari awal akan kesilapan mereka. Tuding dan membimbing