Sejak buku BioMekanik Solat dipasarkan pada awal Januari tahun ini, ada kenalan yang mencadangkan dan penulis ada menerima beberapa emel bertanyakan mengapa buku yang dikatakan 'tajuk dan pendekatannya lain dari yang lain' dan boleh menarik minat pembaca ini tidak dijual secara meluas dan tiada publisiti.
Penulis akui cara pasaran buku ini masih berbentuk tradisional, sistem pemasaran belum terbuka seperti buku-buku lain yang mudah didapati dikedai-kedai buku. Buku ini penulis sendiri yang terbitkan dan sendiri memasarkannya. Selepas cetakan ketiga nanti ( insyaAllah pada bulan hadapan), penulis akan memikirkan pasaran secara terbuka dan mungkin menawarkan kepada sesiapa yang berminat menjadi sole distributor negeri atau zon tertentu. Tahun 2008 nanti, penulis akan lebih memberi tumpuan untuk menyebarluaskan kaedah ini kepada khalayak.
Soalan mengapa penulis tidak segera memunculkan diri kekhalayak ramai sehingga sekarang, jawapannya, penulis sudah berdikit-dikit muncul di radio dan di blog ini, cuma untuk muncul dimedia layar, rasanya belum sampai masanya. Pengalaman beberapa teman yang sudah menjadi kenalan umum sejak beberapa tahun yang lalu dan kini sudah lama tidak muncul di kaca TV, tetapi masih dikenali oleh orang ramai, dan ini memberi maslah kepada keluarganya malah 'terganggu' kehidupan hariannya. Orang terkenal, meludah tepi parit pun orang ambil peduli!. Biarlah buku dan kaedah BioMekanik solat ini lebih popular ( insyaAllah akan ke Indonesia) tetapi seperti penulis buku-buku lain, penulisnya tidak berapa dikenali, seperti penulis buku Harry potter yang bebas melancung ke NegaraAsia kerana mukanya kurang dikenali.
Banyak produk yang popular tetapi pembuatnya tidak dikenali sebaliknya ada personaliti yang nama lebih gah sedangkan 'produk' yang di bawanya tidak se gah mana, khabar tidak seperti rupanya.