Jika bulan haji adalah bulan ' eksklusif' kepada jemaah haji iaitu sekali seumur hidup, manakala bulan puasa pula menjadi eksklusif beribadah pada setiap tahun.
Ada yang boleh bertukar watak apabila datangnya bulan ramadhan ini, malah itulah puasanya yang terkini selepas ramadhan yang lepas. Dia menjengah surau-masjid selepas setahun berlalu, selain seminggu sekali pada hari jumaat. Mungkin ada yang mula membuka AlQur'an setelah setahun meninggalkannya atau dibaca pada malam jumaat. Kaum wanita pula lebih sopan berpakaian atau yang menutup rambutnya.
Ramai yang cuba menghambakan diri pada Allah dengan mengharapkan ganjaran pahala dari ibadah yang secara tiba-tiba dibuat itu.
Tahniah untuk mereka berbanding ada yang tiada perbezaaan bila datangnya ramadhan! Namun apakah ulangan demi ulangan pada setiap tahun ini sebagai rutin sehinggalah keakhir hayat? Bukankah natijah ramadhan ialah berlaku peningkatan taqwa?
Tentunya ingatan seperti ini sudah jelak didengar, namun peringatan itu adalah kaedah untuk hidup Berjaya didunia dan diakhirat