Pages

Thursday, September 27, 2007

"Pohon Para Syuhada'



** Dedaun tumbuh dari dahan yang mati!!-Subhanallah

5 ogos 2007, Lubnan.

Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil, Nama Baru Untuk Bint Jbeil: "Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah" (Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri 'Pohon Para Syuhada', sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati parapejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel )

Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya yang sememang sudah mati. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar dari satu garisan rekahan yang secara tiba-tiba pada pohon tersebut.

Pohon mati ini yang dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada tergantung di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap,sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada. Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yangterukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid dalam peperangan yang terbaru itu.Para penduduk bandar tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati jumlahdedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah juga 43helai.

Minggu ini, Bint Jbeil mengenang semula jasa-jasa para syuhada tersebut yang mengorbankan jiwa mereka setahun yang lalu dalam peperangan denganIsrael . Waktu di mana kejadian ini berlaku adalah dianggap sebagai keajaiban daripada Allah sebagai sanjungan kepada para syuhada tersebut.
"Pada malam Sabtu yang lalu, kami menganjurkan sebuah majlis sambutan untuk meraikan kemenangan dalam perang setahun yang lalu," kata seorang penduduk."Kami berada di dalam dewan itu, menanyakan tentang pohon itu dan melihatnya dengan penuh hormat setelah Haji Selim Bazzi (seorang yang terhormat di bandar itu) menerangkan mengenai idea monumen berkenaan dan bagaimana ia dibuat. Tiada sebarang daun pun yang kelihatan pada waktu itu. Segalanya adalah seperti biasa".
Berikutan peristiwa hebat ini, para imigran Lebanon telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada Amerika, Kanada dan Australia , sementara yang lain daripada kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau Teluk, telah mula memenuhi bandar ini untuk melihat sendiri monumen itu.
"Bint Jbeil telah digelar sebagai Ibukota Perjuangan dan Pembebasan, ibu kepada para syuhada dan sebuah kota para pelaksana revolusi," komen daripada penduduk yang lain, "Kini ia mempunyai nama yang baru : IbukotaYang Dipenuhi Keajaiban Allah.

Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas bandar yang suci ini dan para syuhadanya serta para pejuangnya dan semogaAllah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya. Allaahu Akbar!Selawat! !!. Keajaiban Pokok Ini Adalah Satu Anugerah Allah Untuk Seluruh Manusia Sebagai Petunjuk Kepada Ketinggian Darjat Dan Maqam Para Syuhada Di BintJbeil Yang Sanggup Menyabung Nyawa Mereka Untuk Menghadapi Kezaliman Israeldi Lebanon...Allaahu Akbar!!!
( artikel dari Sdr Kamal Khalil UTM Skudai)