Pages

Thursday, September 27, 2007

Menjawab Pertanyaan

Penulis ada menerima emel yang bertanyakan bilakah tajuk-tajuk artikel seperti Manhaj Sallehudin Al Ayubi, Pelajari ESQAbu Bakar Umar Usman dan Ali, apabila Mengingkari 10 wasiat Hassan AlBanna dan yang lain-lain?

Sebenar material artikel itu sudah ada tetapi tajuk-tajuk 'berat' seperti ini perlu kepada rujukan yang rapi. Dan tumpuan penulisan sekarang ialah untuk menyiapkan buku yang 'dateline' nya sudah terlajak iaitu buku Pelajar Hebat Bila Ibadahnya Hebat dan buku komik kanak-kanak. Buat masa sekarang dan sebelum ini, penulisan didalam blog ini lebih secara spontan. Semoga keprihatinan dan kesabaran anda mendapat kerahmatan dari Allah SWT. Dan lagi sekali terima kasih kerana menyambunglayar blog ini kepada rakan-rakan yang lain.