Pages

Thursday, May 8, 2008

Apabila Mulakan Hari Ini Dengan Subuh Berjemaah

Saya baru membaca sebuah buku tulisan seorang doktor Perubatan Dari Indonesia yang bertajuk Misteri Solat Subuh dimana beliau maksudkan subuh itu ialah dengan berjemaah dan didalam buku saya, BioMekanik Solat, saya nukilkan dalam sub -topik, Solat Subuh merubah kehidupan pada hari ini.

Memilih solat subuh berjemaah, bermakna sudah memilih langkah awal melakukan kerja yang terbaik untuk sepanjang hari ini dan bagi wanita pula subuhnya di awal waktu. Jika di lihat pada realiti semasa, bukan sahaja di Malysia ini, malah dimana-mana sekali pun, jumlah jemaah subuhnya tidak pernah sama dengan jemaah yang solat pada waktu maghrib atau isya'.

Menghadirkan diri berjemaah waktu subuh ini juga sudah bermakna menyahut kejayaan seperti yang dilaungkan ketika azan dan menyambut seruan bahawa solat itu jauh lebih bermakna dari terus berselimut.

Sejak berpindah ke Springhill ini ( 4 bulan), saya biasa bertembung dengan 3-4 orang nyonya yang lingkungan usia 50an yang berjalan cepat dan pada jam 8 pagi tadi saya sempat berselisih jalan dengan mereka dan bertanya, rupanya mereka sudah keluar rumah jam 5 pagi dan biasa balik pada 8 pagi. Mereka mendakwa mahu menyihatkan badan dan salah seorang dari mereka berkata, bersenam waktu pagi 3 kali ganda lebih baik dari waktu-waktu lain. Dan seorang lagi berkata, bangun pagi-pagi pun baik untuk kesihatan...

Nah...ini kenyataan nyonya-nyonya, bagaimana pula anda yang sudah ada jadual wajib bangun pada setiap subuh, masih liat bangun apalagi untuk keluar berjemaah!!

Mereka cuma memilih kesihatan sebagai alasan , meskipun mereka sudahberusia dan mungkin tidak terpelajar, serta orang bukan Islam tetapi dalam aspek ini, banding mereka dengan anda, yang masih muda, terpelajar dan cergas !!!

Sedangkan kita banyak lagi alasan dan sebab untuk bangun awal dan berjemaah serta yang kita cari keredaan Allah, menjadi hamba yang terbaik pada pandangan-Nya, bukan sahaja kerana kesihatan, lebih berdisplin atau lain-lain sebab.

Daulah Islam masih jauh untuk dicapai selagi kualiti Ibadah, kualiti fikrah, kualiti berfikir ,ummatnya masih rendah dan ianya bermula dalam diri masing-masing, kemudian 'mendaulahkan' keluarganya dan seterusnya unit-unit masyarakat yang lebih besar. Manakala kualiti ekonomi, kualiti siasah itu adalah natijah dari kualiti fikrah dan ibadah tadi