Pages

Friday, September 7, 2007

Bahagia Bila Menguasai Dan Mengatur Masa Sendiri

Jika dahulu, penulis juga mengatur masa sendiri tetapi masih tetap tertakluk pada masa tugasan tertentu, jam 11 malam baru ada dirumah selepas berjam-jam masa habis di klinik." Hari-hari tengok orang sakit, lama-lama aku pun sakit" Ini kata-kata biasa seorang doktor. Lagi sakit hati bila hari isnin, kata mantan PM, dia pun pernah 'basuh' pesakitnya bila minta MC.

Ada seorang kenalan yang agak selalu terjumpa di golf driving range, berkata," tentu seronok, main golf tapi duit tetap masuk, dan seronok urus masa sendiri". Kenalan ini juga seorang ahli perniagaan dan jauh lebih berjaya dari penulis. Penulis memberi jawapan, "seperti awak juga, benda ini bukan sekelip masa, dan saya memang berazam sebelum usia 45 tahun mahu pencen awal dari kena berkerja pada setiap hari. Penulis sudah merancang lebih dari 5 tahun yang lepas. alhamdulillah kini, masa boleh disusun untuk aktif menulis, kendali seminar, berceramah, dan mungkin hendak pegang berus lukisan semula disamping mengatur jadual untuk riadhah, berjemaah, bersama keluarga serta bermasyarakat.

Anda yang terpaksa berkerja pada setiap hari juga boleh merancang sesuatu, kerana JARANG PENULIS DENGAR ORANG YANG BERJAYA DALAM EKONOMI ITU orang yang makan gaji. Mencari rezeki melalui bisnes ini antara punca manusia bertelingkah, kucar kacir, terkejar sana sini tetapi jadi peniaga pintar. Selain ada corebuissnes. boleh invest pada tempat-tempat yang ada pulangan. Tapi sebagai ingatan, jika sekiranya anda tidak pernah langsung berniaga dan kini usia anda sudah 40an, elok padamkan sahaja niat berniaga ini. Kata orang berniaga, nanti cari pengali, gali kubur sendiri.

Tambahan:

Kebetulan hari ini ialah hari pembentangan bajet 2008, penulis biasanya menyimpan sisipan akhbar yang melapurkan bajet tahunan ini. Beberapa tahun yang lepas, seorang usahawan Melayu memberi komen yang menarik, katanya, " kita orang Melayu yang sebahagian besarnya masyarakat PENGGUNA, kebiasaaanya menunggu-nunggu pengumuman tentang ada ke tidak bonus hujung tahun, ada potongan cukai pendapatan/kenderaan, kawalan harga barang terpilih atau gaji naik ke tidak? Katanya lagi, " ini berbeza dengan masyarakat pengusaha dan peniaga Cina, ada antara mereka, soal bajet tidak beri impak besar dalam perniagaan mereka kerana bajet bisnes mereka bukan tahun demi tahun dan sebahagiannya merancang bisnes tanpa perlu perubahan pada pimpinan politik berbanding dengan sebahagian usahawan Melayu yang bergantung pada kerajaan". Kata beliau lagi, " bajet tahunan sangat bergantung kepada situasi dan bajet untuk memenangi hati rakyat, seperti akan diadakan pilihanraya atau bermenafaat kepada golongan terpilih".