Penulis biasa mendengar perkataan seperti ini," eh, doktor pun sakit jugak ke?". Kebetulan pula hari ini, penulis terdampar seketika kerana diarrhoea sejak jam 2 pagi tadi, rasanya 'termakan' sambal di masjid malam tadi. Penulis mengalami IBS, irretable bowel synd., sejak usia belasan tahun lagi, sebelum ini bau sambal sedang digoreng pun meragam perut. Alhamdulillah, sejak makan madu Khaula ( iklan-juga sebagai agen madu Khaula untuk Johor, S'pura-Sarawak), ada perubahannya. Doktor-doktor dan anda, biologinya sama, maka doktor-doktor juga biasa hidapi pelbagai sakit, malah ada penyakit yang para doktor berisiko tinggi semasa merawat, bezanya kami lebih cepat bertindak merawat sakit sendiri atau orang terdekat. Dengan kata lain, ada klinik ada dalam rumah sendiri. Pernah anak penulis semasa kecil komplen yang dia tidak pernah langsung dirawat di klinik, kena cucuk pun di rumah. Kata abangnya," kan ayah dan ummi doktor!.
Menurut rakan penulis, "kita doktor ini, bila kita atau saudara mara terdekat hadapi sesuatu penyakit kronik, kita tahu akan risiko atau prognosisnya, makin binggung dibuatnya, walaupun dengan pesakit lain kita boleh 'berlakun' berikan harapan dan bersabar hadapi risikonya!"
Cuma ada segelintir doktor yang SENGAJA mencari penyakit walaupun berilmu! Penulis maksudkan kepada sebahagian doktor-doktor yang merokok, peminum arak, berbadan 3G ( gebu, gemuk dan gempal) dan yang amalkan gaya hidup pasif. Bagi doktor-doktor yang 'sakit' ini, layakkah atau mampukah mereka menasihati pesakit supaya berhenti merokok, jangan minum arak atau menasihati pesakitnya supaya turunkan berat badan atau menyuruh pesakitnya bersenam!!. Ada seorangkenalan lama, seorang pakar klinikal Jantung yang berbadan besar, dia terpaksa menolak undangan ceramah yang berkaitan dengan gaya hidup sihat atau ceramah risiko-risiko pesakit jantung, kerana dia sendiri ialah tergolong dalam orang yang berisiko tinggi.
Ilmu tanpa amal, orang lain boleh nampak dan menilai, malah mungkin boleh menjatuh martabat diri. Kerana minda bawah sedar yang negatif tidak mampu ditukar dan ikutkan nafsu, ilmu-ilmu ditolak tepi dan menjejaskan kesihatan diri. Penulis pernah bergurau dengan seorang bisnesmen, " awak pakailah apa sekali pun, yang 'terkeluar' kat perut tu tak boleh nak sorok, imej korperat awak boleh terjejas". Dia tersengeh-sengeh sahaja. Semua orang tahu keburukan dan kemudaratan memiliki 3G ini!
Reflek kepada doktor yang 'sakit' tadi, pendakwah juga umpama seorang doktor. Ubat dan rawatan yang ditawarkannya ialah Islam yang syumul ( holistik). Jika Pendakwah ini sama seperti doktor yang 'sakit' tadi, mampukah dia menasihati muslim yang tidak beramal dengan Islam yang sebenarnya!! Pendakwah ini berilmu, tetapi tidak membawa imejnya dan tidak memiliki ciri-ciri seorang pendakwah yang holistik. Dan pastinya holistik yang utama ialah memiliki ciri-ciri pendakwah rabbani.
Jika doktor yang 'sakit' tadi tidak mampu menasihati pesakitnya malah boleh menjatuh imej dirinya sendiri dan mungkin terpalit pada profesionnya, begitu juga pendakwah yang 'sakit' tadi juga tidak mampu menasihati mukmin yang lain dan mungkin terpalit imej oraganisasinya.
.....sambung pada artikel akan datang, Dos Ubat vs Dos Tarbiah.