Doktor yang penulis maksudkan disini ialah doktor pengamal perubatan moden, kerana didalam perubatan alternatif juga dipanggil oleh 'doktor' , seperti perubatan akupuntur, iridologi, homeopati dan lain-lain. Rasanya sebahagian masyarakat sudah boleh membezakan perkataan doktor perubatan moden ( allopati) dengan doktor perubatan alternatif ini
Namun ada sesetengah dari pengamal perubatan alternatif ini mengelarkan diri mereka sebagai Profesor, penulis pun kurang faham akan gelaran ini, adakah dari Universiti biasa yang diiktiraf oleh negara masing-masing atau Universiti persendirian dalam bidang alternatif itu sendiri atau sekadar mempromosi diri? Anda yang bijak lebih arif menilainya. Malah tidak kurang dari mereka juga menggunakan istilah rawatan secara holistik, ini juga sesuatu yang harus diselidik dahulu makna holistik yang mereka perkenalkan. Malah ada yang mendakwa rawatan holistik Islam! Bukan untuk mempertikaikan tetapi perlu kepada pengesahan tepat bukan sekadar melariskan produk rawatan yang disediakan. Rasanya isu ini sudah pun dibincang pada peringkat Kementerian Kesihatan sendiri.
Yang penulis maksudkan doktor yang holistik ialah seruan kepada rakan-rakan doktor perubatan moden supaya berusaha merawat pesakit bukan sekadar fizikal tetapi termasuk emosi, latar belakang keluarga, sosial dan spiritual pesakit,walaupun kita TIDAK dilatih secara langsung kearah itu.
Sebagai seorang Islam dan juga sebagai bos / pakar ditempat anda berkerja, anda yang menentukan masa, kerana mungkin memberi alasan faktor masa menjadi halangan untuk melayan pesakit lain yang sedang menunggu.
Secara psikologi dan tradisinya, pesakit mudah akur dengan nasihat dari doktor yang merawatnya , walaupun sesetengahnya melawan / memperlekeh doktor! Dan apabila anda pula berbicara tentang kesabaran, ingatkan Allah ketika sakit, ingatkan mereka tentang beramal ibadah walaupun sedang sakit, ingatkan mereka Allah yang menyembuhkan dimana ubat atau rawatan yang diberi sebagai usaha manusia semata-mata, berusaha ambil tahu hati dan perasaan mereka. Sekadar mendengar dengan teliti, itupun sudah melega hati mereka apalagi anda berbual tentang sosio-ekonomi mereka. Nasihat-nasihat anda itu sebenarnya satu azimat dan satu dos ubat kepada pesakit. Walaupun anda tidak boleh menyelesaikan masalah peribadi mereka, keprihatinan anda itu sesuatu yang besar maknanya.
Usah berasa kekok untuk bercakap tentang soal agama dengan pesakit, anda ada ‘kuasa’ ketika itu untuk memberi nasihat, tepuk dada tanya iman, mahu atau tidak mahu sahaja. Tidak dinafikan kerja yang sudah menjadi kebiasaan, sehari merawat berpuluh-puluh pesakit dan sentiasa sibuk tetapi jika dalam minda kita sudah dilatih untuk ‘berdakwah’ kepada pesakit mengikut kemampuan masing-masing, itu sudah satu kejayaan. Penulis maksudkan anda doktor biasa, doktor pakar, doktor sub-pakar dan doktor sub-sub-pakar yang bertugas di hospital dan klinik. Kesan dari interaksi ini, ada pesakit ingin mengetahui hal-hal agama dari anda dan sepatutnya bersedia menjawab. Ada doktor yang digelar ustazah atau ustaz oleh para pesakit dan para staf yang lain.
Diluar sana, penulis yakin, ramai dari doktor-doktor yang mempunyai fikrah Islam yang ’mantap’ malah berharakah tetapi bila dengan pesakit, segelintir ada yang amat payah sekali mengeluarkan kata-kata hikmah, kata-kata nasihat kepada pesakit. Bukankah berdakwah umum kepada pesakit itu satu tugasan doktor yang juga daie?
Jika tidak, anda tiada beza dengan doktor-doktor bukan Islam, malah mereka lebih ‘hebat dan cekap’ serta menjadi sebutan oleh pesakitnya. Penulis difahamkan, di Malaysia sendiri ada kumpulan doktor-doktor beragama Kristian mendapat latihan khas mendekati pesakit mereka, malah pesakit bukan Islam juga menerima 'dakwah' mereka. Bukan sekadar ucapan malah lengkap dengan buku dan bahan bacaan yang lain!
Satu perkongsian pengalaman, ada sesetengah klinik-klinik doktor Islam tidak menyediakan ubatan yang berkualiti untuk pesakitnya, sedangkan profit keuntungan dari ubat-ubat itu agak tinggi terutama ubat sirap yang dibotolkan semula. Di Malaysia, anda harus bersyukur, kerana sistem khidmat rawatan dan ubatan dibenar dalam satu klinik. Di beberapa negara seperti Indonesia , Arab Saudi, para doktor hanya dibayar kos rawatan, ubat-ubat didapatkan di kedai farmasi.
Penulis pernah dimaklumkan ada klinik yang ubat antibiotiknya cuma ada 1-2 jenis untuk semua jenis penyakit kanak-kanak, dan kos yang dikenakan sama dengan klinik-klinik lain. Untuk pengetahuan anda semua, kualiti ubat-ubat ini berbeza, malah berbeza kualiti mengikut pengilangannya. Bukanlah bermakna ubat original sentiasa lebih bermutu dari ubat generik kerana banyak ubat generik yang berkualiti. Biarlah beri ubat yang berkualiti kepada pesakit walaupun keuntungannya berkurangan apalagi sehari purata pesakit anda 40-50 orang sehari.
Jika seorang pekerja yang hebat kerana menguruskan sebuah bank, tetapi dia berurusan dengan wang ringgit dan fail-fail sedangkan anda sedang terus langsung berhubung dengan kesihatan orang lain. Membahagiakan orang lain itu besar pahala dan ganjarannya. Apalagi menyelesaikan masalah sakit yang dialami.
Penulis kagum dengan beberapa doktor perubatan moden ini yang mengabungkan rawatan alternatif lain kepada pesakitnya seperti refleksologi, iridologi dan sebagainya. Di Johor Baharu ini, penulis difahamkan ada 1-2 klinik sebegini. Walaupun ianya tidak 'menyenangkan' beberapa pihak terutama pihak kementerian. Ada juga yang memberikan produk makanan tambahan selain ubatan biasa, malah ada doktor yang memberikan air penawar kepada pesakitnya. Bukan sahaja kaedah rawatannya lebih terbuka dan holistik tetapi penulis yakin doktor-doktor ini mengambil berat akan hal-hal lain pesakitnya.