( merujuk dari Surah Al Hasyr ayat 18-24 , dengan panduan utama Tafsir Manzili)
1. Imbasan ringkas pada ayat-ayat dari surah al Hasyr lebih awal iaitu ayat 1-14, Allah SWT menceritakan perihal tingkah laku:-
a. Orang Yahudi ( Bani Nadhir) yang dikepung oleh tentera Islam diperkampungan mereka yang ada benteng dan kebun-kebun kurma. Mesej yang penting ialah Allah telah mencampakkan RASA KETAKUTAN YANG TERAMAT dikalangan mereka ( ayat ke2)
b. Orang-orang Muhajirin yang meninggalkan Mekah demi Aqidah dan keredhaan Allah SWT ( ayat ke 4)
c. Orang-orang Ansar yang menunjukkan ukhwah yang hebat terhadap sahabat Muhajirin ( ayat ke 9)
d. Ayat ke 10, terlebih awal Allah sudah membayangkan generasi selepas masyarakat Islam pertama di bumi Madinah ( i.e para tabien) yang juga tergolong dari orang yang tinggi ketaqwaannya kepada Allah SWT . Ini sebagai gambaran bahawa sepatutnya generasi kedua akan mewarisi sifat yang hampir sama dengan generasi pertama. Atau lebih mudah difahami, anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibubapa mereka yang soleh.

e. Keakraban ( persaudaraan) orang-orang munafik dan orang Yahudi, sedangkan keakraban itu adalah berpura-pura bila ada kepentingan semata-mata ( ayat ke 11)
f. Yahudi sebenarnya lemah dan tidak bersatu padu, mereka kuat dan berani kerana umat Islam tidak bersatu ( ayat ke 14)
g. APA YANG BERLAKU KETIKA ZAMAN NABI SAW PADA ORANG-ORANG YAHUDI, adalah perkara yang sama sedang berulang pada masa ini. Yahudi kelihatan kuat, tetapi mereka sebenarnya berpecah belah dan mereka berselindung dalam benteng yang bernama USA, Kesatuan Eropah dan batu sepanjang 750m ditebing Barat itu. Bertepatan dengan hadis Nabi SAW, di akhir zaman nanti, akan bangkit golongan umat Islam yang kuat sehingga orang Yahudi kecut dan takut, sehingga mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok ( samalah peristiwa di perkampungan Bani Nadhir itu)
i. Kesimpulan dari ayat diatas ialah tentang Yahudi zaman Nabi dan Yahudi sekarang serta generasi baru yang ingin dibentuk.
2. Manakala ayat ke 18, Allah menghuraikan pula ciri-ciri orang beriman dan kaedah menilai iman dan ketaqwaan ( muhasabah diri). “ Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah SETIAP DIRI menginsafi ( memperhatikan/mengkoreksi) akan apa yang telah diperbuat untuk hari esok ( akhirat). Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. Ini adalah ayat perintah.
3. Mesej utama ialah ‘wajib’ untuk menilai semula akan apa yang dikerjakan, kerana sekecil amalan baik –jahat itu akan ada ganjarannya diakhirat kelak. Kualiti pelajar, diuji dengan peperiksaan , barangan yang dihasilkan mesti mencapai standard yang digariskan dan lebih-lebih lagi wajib ada penilaian dalam kerja-kerja dakwah. Dan penilaian ini lebih dikenali sebagai KPI ( Key performance index), dimana olahan KPI itu mengikut kesesuaian sesebuah organisasi atau individu. Dalam menilai, ianya mempunyai kaedah tertentu dan bersistem. Kaedah perbandingan ialah salah satu dari asas kepada KPI. Dan ayat ini boleh dijadikan sebagai dalil akan kewajiban KPI .
4. Ayat ke 19 ialah ciri orang fasik iaitu mereka yang melupakan Allah, menderhakai Allah, mereka lalai dari mematuhui suruhan dan larangan Allah. Akhirnya Allah menjadikan mereka lupa pada diri sendiri iaitu hidup tanpa matlamat dan untuk berseronok semata-mata. Orang fasik ini tetap beriman tetapi kehidupan mereka tiada beza dengan orang-orang kafir.
5. Ayat ke 20, Allah menceritakan terlebih dahulu azab neraka dari kenikmatan syurga ( perbandingan), iaitu neraka untuk mereka yang derhaka akan perintah Allah SWT.” Tiada sama penghuni neraka dengan penghuni syurga, penghuni syurga itu adalah orang-orang yang beruntung”. Perbandingan ialah antara ciri dalam KPI.
6. Untuk melakukan kerja-kerja besar, perlukan jiwa besar dan penilaian juga mesti kemas. Seperti untuk menghancurkan Yahudi, perlukan usaha besar dan jiwa-jiwa yang besar.
7. Ayat ke 21, juga pengajaran perbandingan, dimana Allah membandingkan sekiranya AlQuran diturun kepada gunung yang kukuh itu, nescaya dia akan tunduk ( khusyuk) serta pecah kerana takutkan Allah. “ Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami sebut untuk manusia berfikir”. Khusyuk disini bermaksud, gunung itu terpegun dengan kehebatan Al Quran.
8. Berapa ramai hati-hati yang tidak takut dan tidak khusyuk dengan ayat-ayat Allah, ini bermakna hati manusia itu lebih keras dari gunung tadi. Dalam solat, hati keras ini tidak khusyuk dengan ayat-ayat Al Quran yang dibaca dan didengar, maka tentu sukar untuk hati ini 'pecah' dan terurai dengan uraian air mata!!
9. Ayat seterusnya( 22-24 ), Allah SWT menyenaraikan beberapa amsa’ulhusna yang kesemuanya menyatakan sifat ehsan Allah dan tidak disebut akan sifat Allah yang segera mendatangkan kemudaratan atau kemurkaan-Nya
i. Tiada Tuhan melainkan Dia
ii. Yang Maha Pemurah
iii. Yang Maha Mengasihi
iv Menguasai Alam semesta
v. Yang Menguasai sekelian alam
vi. Yang Maha Suci
vii. Yang Maha Sejahtera
viii. Yang Maha Melimpah keamanan
ix. Yang Maha Pengawal dan Pengawas
x. Yang Maha Kuasa dan Maha kuat
xi. Yang Maha Mencipta
xii. Yang Maha Membentuk rupa
xiii. Yang Tiada BANDINGAN dengan sesuatu.

( Allah menyatakan semua sifat Maha Rahim dan Maha Rahman tanpa menyebut sifat ArDarr-Nya iaitu sifat Maha pemberi mudharat)
Di antara Mesej Dakwah, ( dari ayat 18-24)
1) Iman dan taqwa mesti duduk sekali dalam hati pendakwah
2) Membuat penilaian dan muhasabah akan kerja dakwah yang telah dan akan dilakukan. KPI secara menyeluruh adalah kaedah terbaik bermuhasabah
3) Salah satu teknik KPI ialah menilai melalui perbandingan
4) Allah menyarankan supaya gunakan akal untuk berfikir akan kejadian ala mini. Orang yang mahu bermuhasabah ialah mereka yang sentiasa berfikir!
5) Al Quran adalah rujukan utama, dan AlQuran menjadi bacaan serta amalan agar hati menjadi lembut dengan kebesaran-Nya.
6) Mengingatkan diri dan mad’u akan kebesaran Allah.
7) Generasi kedua pendakwah, mesti mewarisi ciri seorang pendakwah
8) Kelancaran dakwah ialah sejauh mana semakin hampirkan diri dengan Allah SWT
9) Kejayaan memasuki syurga-Nya adalah matlamat akhir dakwah kita.