Pages

Monday, September 8, 2008

BioPeubatan AlQur'an

( petikan dari artikel saya untuk satu seminar bersama warga DBP,KL )

Setiap ciptaan Allah SWT dimuka bumi ini pasti ada sains disebaliknya. Dan para ilmuan Islam sudah mengkaji bahaya Al Qur’an bukan sahaja buku panduan untuk hidup cermerlang didunia dan di akhirat tetapi juga adalah buku sejarah, buku rumah tangga, buku perubatan, buku politik, buku ekonomi, buku perundangan, buku geografi, buku geologi, buku motivasi, buku biologi, buku arkitek, buku kejuruteraan malah ilmu sains atom pun disebut didalamnya.. Malah dari segi penulisan dan penyusunan sebuah buku tulisan manusia, tiada sebuah buku yang dapat menandingi Al Qur’an yang sudah Allah tulis ( wahyukan) selama 23 tahun kepada Rasulullah SAW . Allah SWT sendiri yang menyusunnya menjadi sebuah buku yang tersangat hebat penyusunannya sehinggakan terdapat surah dimana ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan di Madinah serta ada ayat yang bertahun jarang masa penurunannya berada dalam satu surah. Pakar bahasa Arab sejak dahulu ketika kegemilangan sastera Arab Qurish sehinggalah sekarang mengakui bahasa Arab Al Qur’an memang tiada tandingan . Mukadimah kepada Al Qur’an ialah hanya tujuh ayat yang mampu menceritakan seluruh isi Al Qur’an iaitu surah Al Fatihah.

Memahami Dan Beramal Dari Al Qur’an secara Holistik.

Setelah memahami Islam secara syumul (holistik), maka sepatutnya setiap cabang kehidupan juga di atur dan di lihat dari sudut yang holistik. Dengan kata lain sesuatu ilmu, kemahiran, skil, cara pemahaman, pengamalan, penyelesaian masalah, dan yang pasti hasilnya juga boleh di lihat secara menyeluruh.

Begitu juga sepatutnya memahami Ibadah itu secara menyeluruh. Jika memahami solat, puasa. Zikir, membaca AlQur’an, berdoa , menunaikan hají-umrah dari sudut kerohanian semata-mata, bermakna masih sempit pemahaman terhadap ibadah khusus itu.
Sedangkan semua ibadah tadi sebenarnya memberi kesan langsung kepada emosi, kesihatan, kecergasan, kecerdikan, kemasyarakatan, malah boleh memiliki kekayaan!. Persoalannya, kualiti dan kuantiti ibadah yang bagaimana yang boleh memberi kesan langsung kepada semua pancaindera dan boleh merubah kehidupan?

Maksud Sihat Dan Perawatan Secara Holistik

Asas yang mesti ada pada diri setiap individu ialah memenuhi hak emosi, hak akal, hak badan, hak kerjaya dan tersemua hak ini mesti berdiri di atas hak rohani. Malah apabila berlaku pemantapan hak rohani itu , bermakna secara langsung akan memantap kesemua hak yang lain.. Lagi persoalannya, pemantapan rohani yang bagaimana?

Manakala apabila menyebut tentang sihat dan kecergasan, ramai dari kita melihatnya dari aspek kesihatan tubuh badan, sedangkan untuk kesempurnaan seseorang, dia mesti sihat emosinya, sihat pemikirannya, sihat wang ringgit dan sihat rohani. Bila berlaku pergabungan yang seimbang akan kesemua perkara ini, inilah yang dimaksudkan sihat secara holistik.

Dan juga berlaku kekeliruan tentang istilah rawatan peyakit secara Islam. Ramai dari kita memahami apabila rawatan itu menggunakan ayat-ayat dari Al Qur’an, berselawat atau perawatnya seorang ulamak, ustaz atau tok lebai, maka inilah dia rawatan secara Islam.

Begitu juga ada yang berpandangan, rawatan secara Islam itu selagi mana tidak melibatkan bantuan roh orang yang sudah meninggal, dari makhluk halus seperti jin, pelesit atau syaitan. Juga apabila jampi serapahnya tidak bercampur aduk antara ayat-ayat Al Qur’an dengan jampi serapah ciptaan manusia. Tidak dinafikan kebenarannya, tetapi rawatan Islam itu sebenarnya mejangkaui lebih dari itu, kerana rawatan perubatan moden itu juga adalah Islamik asalkan jelas halal kandungan ubatannya dan para perawatnya seorang muslim yang berakhlak. Rawatan alternatif yang juga merupakan rawatan Islamik selagi tidak bercampur aduk dengan perkara yang disebutkan diatas. Ada Yoga dimana latihan penbacaannya diubah suai dengan membaca syair yang memuji Allah dan juga bacaan al Qur’an. Serta pergerakkanya juga diubah suai mengikut seperti pergerakkan dalam solat.

Malah ada yang lebih keliru, bila mengatakan rawatan menggunkan ubat ( dadah) di klinik/hospital yang ada kesan sampingan itu tidak Islamik dan mendakwan rawatan homeopati yang tiada kesan sampingan itu adalah Islamik!!

Al Qur’an sebagai perawat dan pencegahan penyakit.

Sebahagian dari kita lebih cenderung mengambil AlQur’an sebagai perawat penyakit fizikal dari mengambil Al Qur’an secara syumul. Al Qur’an adalah teman rapat dialam kubur maka berkawan dengannya ketika didunia lagi. Tetapi banyak orang membacnya pada malam Jumaat, itupun membaca surah yang sama iaitu surah Yasin dan sesetengahnya menunggu bulan Ramadhan untuk tekun membaca. Sedangkan pada hari-hari lain, Qoran ( surat khabar) lebih seronok dibaca. Tidak lekang membelek majalah hiburan, membaca bahan-bahan internet serta membaca bahan-bahan remeh yang lain. Bila terdesak mengubati penyakit, dicari perawat yang menggunakan AlQur’an tetapi apabila mengalami penyakit ekonomi, penyakit rumah tangga, penyakit sosial, penyakit keruntuhan akhlak, mereka tidak merujuk kepada Al Qur’an.

Sebenarnya, apabila menjadikan AlQur’an rakan sejati, roh al Qur’an akan berada dalam sel-sel badan kita. Dan berimanlah dengan janji Allah SWT bahawa setiap ayat al Qur’an itu ada sepuluh kebaikan. Hanya Allah yang tahu akan makna anugerah kebaikkan itu.

Ada orang berfahaman sempit yang menyatakan membaca Al Qur’an itu untuk merawat penyakit hati semata-mata . Dan tidak pernah tahu bahawa dengan membaca Al Qur’an boleh merawat penyakit fizikal yang lain termasuk penyakit kronik seperti darah tinggi, kemurungan, dan kanser . Persoalannya, membaca Al Qur’an yang macamana boleh merawat penyakit-penyakit kronik tadi?

Sains Al Qur’an.

Topik ini saya bahagikan kepada beberapa tajuk iaitu:-

Pernafasan dan sebutan
Perubahan cecair dalam badan
Penggunaan otak kiri-kanan
Gelombang jisim
Tumpuan mata dan latihan mendengar
Hafalan Dan Daya Imaginasi

Bernafas secara dalam dan menahannya paling kurang lapan ( 8) saat serta di ulang minima sebanyak lima ( 5) kali, akan berlaku keseimbangan antara oksijen dan karbondioksida serta otot-otot rangka dalam keadaan lebih teregang dan rehat. Maka kaedah ini digunakan dalam perubatan moden sebagai langkah awal untuk menenangkan individu yang dalam keadaan cemas atau stres. Ahli sains sudah lama mengkaji hubungan teknik pernafasan dengan rawatan sesetengah penyakit. Pernafasan juga sangat diambil berat ketika melakukan Yoga, Meditasi serta dalam kemahiran mempertahankan diri. Malah dikatakan ’mentera’ yang dibaca ketika beryoga itu sebenarnya untuk mengatur pernafasan. Anda boleh layari dalam internet tentang rawatan melalui teknik penafasan atau ’the power of breathing’

Apabila kita sedang membaca AlQur’an dengan menjaga tajwid dan wakafnya, baik bacaan secara lambat, cepat, bertaranum atau tidak, sebenarnya kita sudahpun menahan nafas lebih dari lapan (8) saat. Semakin lama membaca AlQur’an, bermakna semakin banyak ulangan pernahanan nafas tadi. Apalagi bila setiap hari membacanya. Dengan kata lain, dengan sendirinya dengan setiap kali membaca AlQur’an, kita sudah pun mengatur pernafasan secara teratur dan telah berlaku keseimbangan biologi. Sekiranya dapat mendisplinkan menarik sedalam-dalam nafas sebelum membaca ayat berikutnya, kesan dari penafasan akan lebih ketara.

Tahukah anda, di Eropah ada klinik khas merawat penyakit terutamanya penyakit darah tinggi melalui kaedah pernafasan. Maka,bukankah ini membaca AlQur’an ini satu kaedah merawat malah mencegah penyakit? Berbeza pula apabila kita membaca sebuah buku biasa dan lain-lain bahan bacaan, kita membacanya dalam hati tanpa dilafazkan dimana kita akan tetap bernafas seperti biasa tanpa menahan nafas.

Saya yakin, sebahagian dari anda pernah mendengar nama saitis Jepun yang bernama Dr Emoto, iaitu orang pertama yang menjumpai bentuk kristal dari air yang dirakamkan dibawah mikroskop. Beliau sendiri mengesahkan, air zam-zam adalah antara air yang bentuk kristalnya unik dan amat cantik. Malah yang menarik dari kajian beliau, ialah air ini seolah-olah ada ’roh’ dan bentuk kristal asal akan bertukar apabila air itu diberi rangsangan yang ’baik’ dan rangsangan ’buruk’. Air yang dirangsang dengan kata-kata nista, bahasa kesat atau bunyi musik rock, dimana sebaik diuji dibawah mikroskop khas tadi, kristal yang cantik tadi bertukar kepada bentuk lain dan terpecah-pecah, malah beliau mengesahkan ada kristal yang kelihatan seperti bayangan api. Manakala air yang hanya diucapkan ucapan terima kasih, kristal air itu semakin cantik.

Ketahuilah, air dalam badan kita mewakili 80% dari jisim badan kita. Maka air dalam badan ini dirangsang oleh bacaan ayat-ayat Allah, tidakkah anda yakin akan berlaku perubahan besar pada bendalir dalam badan anda? Juga bukankah ini juga bukti saintifik, membaca Al Qur’an itu sebagai rawatan dan pencegahan penyakit fizikal.

Rasulullah sendiri mengunakan air sebagai penawar untuk diminum atau disapu pada bahagian yang sakit. Kita biasa mendengar bahawa JASAD FIZIKAL ORANG YANG AKRAB DENGAN ALQUR’AN TIDAK DIMAMAH BUMI walaupun bertahun sudah dikebumikan!. Kita mungkin sekadar berkata iannya dengan izin Allah, tetapi secara biologi, bukankah sudah berlaku perubahan besar pada biologi manusia tadi ketika didunia lagi apabila jisim badannya sentiasa dirangsang dengan kalimah Allah, cuma ianya tidak jelas pada mata kasar.

Dan dengan mata kasar kita boleh melihat gelombang dipermukaan air bila ada sesuatu jatuh kedalam air, bunyi juga ada gelombangnya, elektrik juga ada sistem gelombangnya, dan pengkaji fizik mengatakan setiap jisim itu ada gelombangnya yang tersendiri. Ini juga ilmu ghaib yang diluar kemampuan manusia untuk memahaminya seperti mana kita sukar untuk memahami bagaimana daun-daun, serangga, tanah, batu bata yang sentiasa bertasbih memuji Allah. Membaca AlQur’an itu sebenarnya bertasbih dan berzikir, dan dalam ilmu manusia yang terbatas, mungkin berlaku keseimbangan yang harmoni antara gelombang dari pembacaan itu dengan gelombang yang ada pada sel-sel lain yang ada didalam badan kita, termasuklah gelombang otak dan gelombang dari denyutan jantung.

Manakala itu,otak kiri ialah otak menganalisa dan melakukan sesuatu kerja mengikut aturan. Apabila kita membaca Al Qur’an, secara sendirinya kita akan berhati-hati dengan tajwid, sebutan serta tempat berhenti. Bagi mereka yang ingin bertaranum dan memasuki musabaqah, lebih lagilah menganalisa, lebih teratur susunan bacaan dan lagunya serta mengatur pernafasan. Dengan ini secara secara tidak sedar, kita telah mengaktifkan otak kiri. Sebaliknya mereka yang menghafal ayat-ayat alQur’an dengan kaedah membayangkan bentuk huruf, bermakna otak kanan pula lebih terangsang. Maka untuk mengaktifkan otak kiri dan otak kanan, selalulah membaca dan menghafal Al Qur’an.

Kajian saintis, orang yang sentiasa merangsang otaknya terutama otak kiri, boleh mencegah dari mendapat penyakit nyanyuk ( dimentia) atau berfikiran celaru ketika mudanya.

Didalam buku biomekanik solat, saya ada menulis bagaimana kaedah memandang tempat sujud ialah sama dengan kaedah yang dipraktikan untuk merawat rabun mata secara senaman otot mata. Begitu jugalah dengan kerap membaca buku atau skin komputer dengan jarang yang selesa, ianya juga boleh membantu otot –otot mata teregang. Membaca AlQur’an secara istiqamah dan agak lama, sangat membantu kesihatan mata dan memberi tumpuan untuk membaca dengan tepat dan betul sebutannya.

Telinga adalah indera yang boleh dilatih kepekaannnya, malah mendengar semua bacaan dalam solat adalah teknik mudah dan sangat berkesan untuk khusyuk. Ianya nampak mudah tetapi sukar untuk istiqamah mendengar. Begitu juga, mudah untuk memzahirkan bacaan tetapi sukar untuk mendengar bacan ayat-ayat alQur’an yang dibaca tadi, apalagi tidak memahami maksudnya. Bukan sahaja tidak mendengar malah fikiran sentiasa terawang-awang.

Berlatih mendengar, bermakna melatih untuk memberikan fokus pada kerja yang dilakukan. Adakah dengan berusaha melatih diri mendengar bacaan alQur’an yang kita sendiri membacanya atau oleh orang lain termasuk dicorong radio, akan meningkatkan skil memberi fokus, anda fikirkanlah kerasionalnnya! Beramal lah, anda akan rasai kesan perubahannya

Ayat-ayat AlQur’an yang khusus tentang pemakanan dan rawatan.

Madu lebah sebagai ibu penawar, an Nahl 68-69
Pemakanan yang halal lagi baik Al Baqarah-168

Apiterapi adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada rawatan yang menggunakan produk dari hasilan lebah seperti madu, propolis, sarang lebah, toksin lebah atau sengat lebah itu sendiri dan dinegara beberapa negeri Eropah perkembangan apiterapi sudah jauh kehadapan. Sehingga ada rawatan mengunakan injeksi jarum dan penyengat lebah digunakan sebagai rawatan akupuncur. Saya tidak berhajat memanjangkan bicara tentang apiterapi ini. Ada beberapa artikel saya tentang lebah, sila rujuk ke www.maduiran.tripod.com . Begitu juga tentang topik pemakanan, sila rujuk ke blog saya.

Terapi Melalui Ibadah, Rawatan Secara Fitrah

Mungkin belum ramai yang mengetahui bahawa, dengan menjaga kualiti dan kuantiti ibadah, seperti solat, puasa, membaca AlQur’an, berzikir boleh merawat penyakit fizikal. Dan yakinilah bahawa setiap anugerah ibadah yang diwajibkan itu, ianya sangat bersesuaian dengan fitrah kesemua pancaindera kejadian manusia. Semua ibadah ini disebut didalam alQur’an dan amalinya seperti yang ditunjuk oleh nabi SAW. Saya tidak berhajat memanjang tajuk ini didalam artikel ini.Anda dijemput melayari blog saya untuk berkongsi maklumat. Doakan agar Allah memberkati dan mengizinkan saya dan isteri ( seorang pakar psikiatri) untuk mempromosikan Terapi Ibadah ini sebagai kaedah untuk merawat penyakit fizikal dan spiritual manusia. Ibadah dinamik merubah kehidupan.