Pages

Sunday, March 15, 2009

Formula Untuk Bersepakat

Dari buku : Kebangkitan Islam- Diantara perselisihan yang dibenarkan dan perpecahan yang dicela - Dr Yusof Al Qardawi

1. Bersepakat mengambil Al Qur’an dan AsSunnah sebagai panduan dan pedoman, lalu berkerjasama untuk mengamalkannya

2. Bersepakat mengambil sifat Allah yang Maha sempurna dan suci dari segala kekurangan. Bersepakat untuk beriman dengan segala sifat Allah yang disebut didalam AlQur’an sebagai sifat asmaulhunsa

3. Bersepakat untuk memerangi mereka yang longgar keyakinannya terhadap Allah SWT.

4. Bersepakat dengan semua rukun Iman dan yakin hanya ada dua kesudahan hidup ini, syurga atau neraka. Maka berkerja sama membetulkan perkara yang sudah jelas kerosakkannya dan ‘kebaikan’yang sebenarnya telah rosak.

5. Bersepakat untuk mempraktikkan lima rukun Islam. Maka berkerjasama menjaga semua tunjang rukun ini dan tidak membesarkan kekhilafan amal-amal furu’.

6. Bersepakat menentang musuh utama iaitu Yahudi dan orang musyrik. *Zionis Yahudi hari ini lebih ganas dan lebih sombong dari Yahudi sebelum ini dan mereka sudah menguasai tanah suci umat Islam di Palestin dan mereka menguasai dunia bilamana mereka menguasai ekonomi dan politik Amerika Syarikat. Maka bersatulah umat ini dan isu Yahudi dan Al Aqsa bukan isu semasa atau isu umat Arab semata-mata- tambahan oleh penyusun

7. Bersepakat membebaskan dari sentimen perang Salib dalam bentuk baru yang sedang dipelopori oleh Barat. *Mereka menafikan akan berlakunya perang Salib kedua selepas mereka tewas di BaitulMaqdis di tangan Sallahudin AlAyubi tetapi banyak tidakan sulit dan rapi mereka umpama api dalam sekam sehingga mereka berjaya melebelkan umat Islam sebagai teroris- penambahan oleh penyusun

8. Bersepakat menentang kritianisasi dikalangan umat Islam dengan mengekploitasai masalah kemiskinan, kelaparan dan kejahilan beberapa Negara Islam di Afrika dan umat Islam yang miskin Iman di beberapa Negara di Asia. * Malah terdapat dalang yang licik melarikan anak-anak orang Acheh ( selepas Thunami) dan anak-anak Palestin malah masih aktif berlaku- tambahan oleh penyusun

9. Bersepakat mengetahui umat bukan Islam yang mencecah 4 bilion ini yang majoritinya tidak mengetahui apa-apa tentang Islam! Amat sedikit usaha yang dijalankan untuk menerangkan Islam yang sebenar. Mereka cuma tahu umat Islam bersembahyang, berkumpul di Mekah dan berpuasa. Maka berkerjasamalah untuk berdakwah terhadap orang kafir ini, khasnya kafir bukan penentang Islam.

10. Bersepakat mengetahui bahawa fahaman sekular kafir dan sekular dikalangan orang Islam untuk menentang syariat Islam ditegakkan. *Maka apabila kedua-dua golongan ini bersatu hati, mengapa umat ini, khasnya pendakwah berpecah belah untuk melawan dakyah mereka?- tambahan oleh penyusun