Pages

Thursday, October 25, 2007

Telitinya Sains Ciptaan Allah.

Biasanya pelajar peubatan tahun satu akan belajar subjek anatomi ( struktur badan termasuk ilmu histolgi-tisu-tisu badan) dan subjek fisiologi ( ilmu sistem hayat dalam badan). Bagi yang mahu memikirkannya, ianya satu ilmu yang membongkar kehebatan ciptaan Allah dan tahu bahawa badan kita menuntut haknya supaya dijaga oleh tuan punya diri.



Penulis sejak dua tahun kebelakangan ini mengalami masalah gigi dan semalam terpaksa mencabut untuk kali ke empat gigi garaham sebelah kiri kerana sudah retak dan tidak boleh ditampal semula. ( Rasanya dua batang gigi sebelum ini boleh diselamatkan seperti rawatan akar tetapi dicabut juga oleh dentist bukan pakar yang mungkin memikirkan soal RM, kerana seperti biasa semasa sakit gigi-terus terlintas mahu mencabutnya ). Perubatan gigi adalah ilmu yang tidak dipelajari dalam bidang perubatan biasa secara mendalam dan setelah beberapa kali ada masalah gigi, barulah penulis membaca beberapa artikel tentang pergigian dalam internet ini.



Sesuatu yang sungguh menakjubkan tentang ciptaan gigi ini ialah bagaimana seseorang yang dilahirkan normal, susunan gigi geraham seperti acuan yang sangat tepat antara gigi atas dengan dibawah malah semasa menampal gigi, sedikit pun tidak boleh terlebih kerana akan menganggu pengunyahan dan akan merasa tidak selesa. Begitu juga gigi hadapan sebelah atas biasanya lebih kehadapan sedikit dari gigi bawah, kerana sekiranya sama arasnya, maka gigi-gigi geraham tidak akan tertutup rapat. Walaupun ada orang yang gigi atasnya terlebih kehadapan-jonggang, namun begitu sama sekali tidak akan menganggu proses pengunyahan kerana gigi-gigi geraham tetap sama penyusunannya.

Begitulah telitinya ciptaan Allah SWT, itu baru pada sistem gigi. Maka itu dalam perubatan moden, gigi ada displin tersendiri yang belajar terus dalam bidang pergigian.

Reflek dari sifat teliti ini, ianya perkara teknikal dan bukan ilmiah. Dan bukan mudah untuk melakukan sesuatu kerja yang kemas dan teliti terutama bagi mereka yang sifar sabarnya rendah. Teliti dilatih melalui latih tubi dan sehingga menjadi satu kemahiran tersendiri. Hasil yang teliti itu dinilai oleh banyak orang, jika pada pandangan umum sudah memadai maka itu satu kualiti yang sudah tercapai tetapi jangan sampai terlalu teliti sehingga orang lain hilang sabar!!!