Satu perkara yang tidak boleh kita nafikan bahawa gejala negatif dan maksiat semakin kreatif dan canggih menyerang manusia. Sehingga penganjur kemaksiatan ini begitu kreatif memdakwa bahawa apa yang ditajanya itu bukanlah maksiat tetapi sebaliknya sebagai tanda kemajuan dan mengikut acuan semasa.
Ada pihak yang mengakui gejala negatif yang merosakkan ahklak berkata, bahawa ini adalah fenomena global dan arusnya sukar ditahan, dimana sepatutnya individu itu sendiri sepatutnya kebal dari godaan!
Manakala para penentang kemaksiatan ini sedikit bilangannya, dan mereka tidak pula kreatif serta bergerak menentangnya juga secara perlahan. Akhirnya mereka sekadar dapat berhujah, membaca statistik, bersyarah, mengeluh, dan menulis tentang bahana negatif ini yang semakin meningkat dikalangan semua peringkat umat Islam.
Skop maksiat jangan disempitkan kepada maksiat yang nyata seperti merompak, perjudian ( kaedah lama atau kaedah internet), perzinaan, pergaulan haram lelaki dan wanita, rasuah, penagihan dadah, anak luar nikah, dan sebagainya, namun ramai yang tidak mengambil berat tentang maksiat dalam bentuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dan melekakan, seperti kecenderungan kepada musik, membaca majalah hiburan, berchatting, permainan video, seronok bersukan atau menontonnya, merokok, menonton rancangan hiburan, mengambil masa yang lama ketika shopping, berbual-bual kosong di beranda surau/masjid dan sebagainya.
Kebanjiran maksiat melalui media yang serba canggih iaitu biasa disebut semua maklumat boleh didapati dihujung jari sahaja. Sebenarnya pihak yang berwajib boleh menyekat kebanjiran gejala negatif ini terutama melalui internet, malah Negara Cina sangat berusaha untuk menyekat bahan-bahan porno dan juga pemerentah Singapura serta Brazil sudah menyekat laman lucah yang boleh di download secara percuma.

Tebal manalah iman para remaja Islam dan orang dewasa Islam yang mampu melawan arus deras kemaksiatan terutama dari internet dan gajet-gajet yang lain? Di tambah pula kurang pemantauan terhadap majalah hiburan dan akhbar harian yang memaparkan berita dan gambar seksi para artis, selibriti dan para model.
Sebaik mana sekalipun penawar dan madu untuk mengubat hati yang gelap dengan kemaksiatan dan yang leka dengan perkara lalai, jika racun yang diberikan pelbagai jenis dan penyakit itu mudah menyerang dan mudah pula berjangkit.
Orang beriman yang istiqamah beribadah, para alim, para ustaz, para ustazah, para motivator juga cenderung kepada hiburan dan cenderung kepada naluri seksual serta kebendaan. Manusia tetap manusia yang kadang-kadang ada dua wajah, iaitu wajah ketika bersendirian dan ketika dengan orang lain!
Malah terlalu sedikit bilangan orang yang rezeki dunianya murah yang mahu mengambil sedikti sahaja keperluan dunianya sebaliknya orang ramai yang mencintai dunia.
Dizaman serba maju dan laju ini, tersangatlah sedikit orang yang menumpukan ibadah dan hidupnya ala kadar atau meminta-minta, sebaliknya sebahagian besar manusia yang sedikit ibadahnya dimana masa, tenaga dan mindanya ditumpukan untuk dunia.
Untuk menyelesaikan dan mengubati penyakit manusia, ianya mesti diselesaikan melalui dalaman dan luaran. Bermakna amal makruf itu mesti digandingkan dengan amal pencegahan. Ini samalah dalam pengertian jihad secara fizikal, samada mempertahankan diri dari serangan musuh atau menyerang musuh untuk membebaskan mereka supaya menyembah Allah SWT.
Dan tumpuan utama buku ini ialah memperincikan tentang ubat dan penawar dalaman, manakala penyelesaian dari luaran ianya perlu kepada kesedaran dari mereka yang berkuasa. Jika mereka tidak mahu melakukkannya, maka hati-hati yang kuat itu sepatutnya berkerja keras memaksa mereka atau melucutkan tugasan mereka, dan tugasan ini amat berat dan sukar. Namun tugas untuk memantapkan dalaman juga sukar dan perlukan usaha gigih yang istiqamah.
Inilah yang dimaksudkan Islam itu sudah lama janggal dan dagang. Pendokong yang mahu mengajak manusia mengambil sistem Islam dan menolak kemaksiatan dikatakan pelampau agama.
Masyarakat mesti diberi kefahaman Islam yang betul dan tepat sehingga mereka boleh membezakan yang batil dan yang palsu. Usah hanya melaungkan mahu mengamal sistem hudud, sedangkan rakyat jelata masih leka dengan hiburan dan dengan kelalaian yang lain serta belum memahami bahawa Islam itu adalah segala-galanya.
APA PERLUNYA MASALAH DAN RAGAM UMAT ISLAM INI DI BINCANGKAN ?
Tiap perkara ada tertibnya (juga disebut tabiie), yang manis itu untuk gula, yang masin itu untuk garam, yang sakit itu untuk perawatnya, manakala kenderaan yang rosak untuk dibaiki oleh mekanik. Tidak dinamakan gula jika ianya tidak manis dan tidak dinamakan masin melainkan ianya garam.
Begitu juga, orang yang sakit mesti kena berjumpa doktor, manakala jika sakit lutut, jangan pula jumpa pakar sakit puan! Yang manis dan masam itu sangat jelas, manakala penyakit itu jelas tetapi yang tidak jelas ialah apabila orang yang sakit itu tidak tahu yang dianya berpeyakit. Tidak dinafikan ada penyakit yang simptomnya tidak kelihatan dan ianya lebih merbahaya seperti penyakit darah tinggi.
Dan ada segelintir orang, baru tahu yang dia berpenyakit melalui orang lain. Begitu jugalah, ada segelintir yang sakit hati, bila ada orang berkata yang rakyat yang dipimpinnya berpenyakit atau bisnesnya sakit atau organisasinya sakit dan sebagainya. Bukan semua orang terbuka mindanya dan bukan pula semua orang yang mudah sakit hati.
Itulah manusia, tugas utamanya ialah menyelesaikan masalah. Sama ada masalah itu sedia ada atau dia sendiri menyelesaikan masalah yang diciptanya sendiri. Turunnya Nabi Adam AS dan Hawa kebumi ini kerana masalah yang mereka buat di syurga. Didunia, pelbagai lagi himpunan masalah yang dipelopori oleh cucu-cicit mereka. Tanpa godaan syaitan sekalipun, manusia suka membuat masalah apalagi mereka yang bersetongkol dengan syaitan. Dialog para malaikat dengan Allah SWT yang mengatakan manusia itu tidak layak memimpin manusia kerana sikap manusia yang suka membuat kerosakkan. Ya, malaikat pun tahu perangai manusia walaupun ketika itu hanya ada Adam dan Hawa sahaja.
Di dalam Al Qur’an terdapat banyak ayat-ayat yang mengambarkan sikap sebahagian besar manusia iaitu:-
1. Sedikit yang bersyukur
2. Suka membuat kerosakkan
3. Degil
4. Bongkak
AlMulk:22, AlAn'am, Al A'raf , ArRahman
Dan sudah nyata, kafir zimmi yang berkawan rapat dengan syaitan, banyak mencipta masalah demi masalah khasnya menghancurkan iman dan minda umat Islam, kerana mereka tidak akan mampu membinasakan agama Islam itu sepertimana mereka terus gagal memutarbelitkan AlQur’an dan hadis.
Kemudian pencipta masalah ini terdiri dari kaum mushrik, munafik yang menentang Islam dan orang Islam yang suka bermaksiat dan melakukan kemungakran.
Juga harus diingat, banyak masalah umat Muslim ini dicipta oleh individu muslim sehingga masalah yang dibuat oleh pemerentah dikalangan mereka.
Apabila sudah diketahui penyakit dan masalahnya, bahrulah dikenal pasti akan ubat yang paling mujarab, tetapi berapa banyak penyakit-penyakit itu telah diberi ubat yang salah atau dirawat oleh doktor yang bukan bidangnya. Dan tidak kurang pesakit itu tidak mengambil ubat yang diberi, malah ada yang memperlekehkan doktornya pula.
Di mana sahaja,manusia yang berbeza latar blkg bangsa, agama dan lokasi akan berkata tentang pelbagai kepincangan hidup dari semua sudut. Semakin bertambah manusia, semakin bertambah komplek permasalahannya. Cara masalah itu dilihat dan kaedah penyelesaiannya berbeza-beza pula mengikut perbezaan identity manusia itu.
Beitu juga dengan pelbagai ragam masalah orang Islam sendiri. Melayu Islam dengan masalahanya, begitu juga dengan Melayu Indonesia,Melayu Brunei, Orang Arab Saudi. Arab Mesir, Arab Palestin, Orang Iran, Iraq, orang Afrika dan sebagainya yang juga berbeza-beza permasalahannya. Dan dalam masa yang sama berbeza-beza juga kekuatan dan kehebatan masing-masing.
Jika ditanya apakah cara penyelesaiannya, ramai yang berkata, kembalilah kepada Islam, kepada AlQur’an dan Assunnah, maka banyak masalah akan selesai ! Unggkapan umum sebegini tidak semudah dilafaz. Sedangkan AlQur’an dan asSunnah itu sendiri difahami oleh umat ini dengan berbagai kefahaman ! Dan yang sangat ketara jutaan umat ahli sunnah dan jutaan orang syiah sangat jauh berbeza kefahaman mereka. Bukan setakat AlQur’an dan assunnah juga berbeza fahaman mereka terhadap para sahabat generasi pertama, para muhadisin, para mufasirin dan para alim ulamak. Ada yang taksub dengan ajaran ulamak dari mazhab mereka sahaja.
Begitu juga berbezanya gerakan dakwah Islam, yang juga berbeza-beza kaedah dan pendekatan. Tajuk ini sebenarnya terlalu luas dan perlukan kajian yang mendalam serta berhati-hati untuk mengulasnya. Di dalam ahli sunnah itu sendiri, banyak cabang gerakan dakwah, begitu juga dalam syiah. Ada pendakwah dikalangan ahli sunnah ini yang berteras empat mazhab utama, mendakwa metodologi dakwahnya lebih benar dan lebih tepat, begitu juga gerakan dakwah dalam syiah, masing-masing mengaku kebenaran mereka.
Ada gerakan dakwah yang lebih menumpukan soal ibadah khususiah, manakala ada yang sekadar mendakwa mengambil Islam sebagai cara hidup , tetapi pada hakikatnya banyak persoalanakan apa yang didakwa itu.. Malah ada yang mendakwa mereka lebih mencontohi dan lebih dekat dengan dakwah yang dipelopori oleh imam assahid Hassan AlBanna, manakala ada yang mendakwa mereka lebih tulen. Ianya bukan sahaja berlaku dikalangan bangsa Arab yang besar itu, pada orang Islam di Afrika, di Eropah, di Amerika, juga berlaku dikalangan Melayu Indonesia dan Melayu Malaysia. Mari kita kecilkan skop perbincangan dalam negara kecil kita ini.
Sekiranya dalam gerakan dakwah Islam itu sendiri ada banyak perbezaan fahaman dan lebih merbahaya lagi jika mendakwa mereka lebih betul, maka tidak hairan masyarakat Melayu yang akan mereka dakwahkan itu lebih lagi bermasalah. Saya sendiri pernah menghadiri seminar permasalahan Melayu sekitar pertengahan 1990an selama 3hari, akhirnya saya hampir mual dan muak mahu mendengar permasalahan yang dibincang dan cuba diselesaikan. Seolah-olah tenggelam akan kelebihan Melayu itu.

Tetapi itulah hakikat yang mesti kita telan, walaupun ianya payau. Sehingga ada istilah iaitu Melayu banyak mengondol kejuaraan dan rekod di dalam negaranya sendiri. Itulah kejuaraan yang negatif belaka. Antaranya juara penagih, juara penggangur, juara pengedar dadah, juara pusat serenti, juara anak luar nikah, juara buang bayi, juara perceraian, juara peniaga muflis, juara peniaga yang gulung tikar, juara bisnes Ali Baba, juara rasuah, juara merempit, dan anda boleh senaraikan yang lain jika ada yang tidak tertulis disini.
Mualkan kita membacanya!! Kejuaraan tadi berkenaan mereka yang benar-benar bermasalah dan bagaimana pula masalah mereka dalam memahami dan beramal dengan Islam?
Jika tadi digunakan istilah juara, kini saya mahu menggunakan pula istilah mundur dalam beragama dan bidang-bidang lain. Umat Melayu ini mundur dalam memeriahkan surau dan masjid sebaliknya mereka maju beribadah dirumah-rumah sahaja, mundur dari mengambil AlQur’an sebagai bahan bacaan utama mereka setelah mereka juga mundur dari membaca bahan ilmiah yang lain, mundur untuk mengamalkan sistem perniagaan yang bukan riba,
Tidak dinafikan mereka ini boleh bersatu pada isu-isu tertentu. Kita ambil contoh isu AlAqsa dan Palestin, benar pelbagai lapisan bangsa, warnag kulit umat Islam ‘bersatu hati’ akan isu ini, tetapi apa yang diketengahkan sekadar menyedarkan umat untuk mencintai AlAqsa dan bumi barakah itu. Dan diakui mampu untuk menaikkan semangat membenci Zionis laknatullah, tetapi mesej dakwah sebenar untuk membangunkan umat supaya terus bangun menentang Yahudi ini. Mesej ini yang tidak jelas kaedahnya dan kaedah itu juga tidak boleh dikongsi bersama oleh gerakan dakwah yang berbeza-beza pendekatan ini. Dan lebih malang lagi, jika isu in dianggap isu kemanusian semata-mata.
Akhirnya isu ini menjadi isu bermusim sepertimana yang diamalkan oleh NGO biasa, parti politik biasa atau lain-lain organisasi yang sebelum ini seolah-olah mantap kesatuan hati yang peka terhadap isu Palestin ini.
Pada hemat saya, ada tiga katagori umat yang bermasalah ini:
1. Muslim yang jelas kemaksiatannya. Yang ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya serta membawa fitnah besar kepada Islam.
2. Muslim yang beramal dengan Islam tetapi bermasalah bila Islam tidak difahami sebetulnya Juga membawa fitnah.
3. Golongan yang memahami dan beramal Islam tetapi memberi gambaran yang salah terhadap Islam. Boleh mengelirukan orang Islam lain yang kurang memahami Islam.
Saya suka membincangkan golongan yang kedua dan yang ketiga ini yang mungkin mewakili lebih separuh dari umat ini. Dan bakinya tergolong dalam golongan yang pertama tadi iaitu sentiasa bermasalah dan sentiasa mencetus masalah deni masalah. Juga golongan yang tegar, dan perubahan terdekat yang mahu dibuat untuk golongan ini ialah untuk mengurangkan gelaja maksiatnya dan malu untuk mempertontonkannya kepada khalayak. Namun begitu, hidayah Allah untuk sesiapa yang Dia kehendaki dan di luar jangkaan manusia- Al Anaam: 122, 125.
Formula dan usaha sudah banyak, masalah seperti tidak berubah!
Dengan sedikit pengalaman saya dalam bidang motivasi sejak awal 1990an sehingga kini dan meneliti usaha serta perlaburan wang yang banyak oleh agensi Kerajaan, badan bukan kerajaan, syarikat perniagaan, badan dakwah dan sebaginya untuk membetulkan masalah, akhlak, sikap, cara fikir dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa, warga tua. Dimana pada saya hasil yang kelihatan tidak setimpal dengan usaha dan pelaburan wang yang sudah dibuat. Obejektif tidak tercapai dan mengecewakan.
Ada yang menyalahkan modul yang digunakan tidak kemas, pegendalinya tidak berkelayakkan, tiada sitem susulan yang rapi ( juga disebut program touch n go ), malah ada yang mendakwa berlaku penyalah gunaan kuasa dan wang pada program yang dijalankan. Pelikkan! Program yang dianjurkan itu kearah pembentukan sikap, tetapi sikap orang terlibat secara langsung dengan program itu pula yang memiliki sikap negatif!!
Sukar mencari sebab kegagalan? Tidak perlu difikirkan sangat hasilnya, yang penting buat, yang penting tebas sahaja belukar itu? Setelah kebun bersih, dibiarkan begitu sahaja atau dijaga lebih kurang sahaja, maka tidak hairan kebun tadi menjadi semak semula.
Atau sukar mahu mengaku kegagalan, sembunyikan fakta sebenar demi maslahah politik atau menjaga nama organisasi. Usah hiraukan kritikan walaupun tahu kritikan itu betul dan membina. Dan segelintir yang menuduh, pengkritik hanya pandai mengkritik sahaja. Tanpa pengkritik dan tanpa pembangkang serta tanpa keterbukaan, bolehkah maju serta tidak mengulangi kesilapan? Pelanduk pun tahu dan tidak mahu terjerat kali kedua! Muhasabah diri adalah sifat orang yang cemerlang.