Pages

Wednesday, October 10, 2007

Pulang Menyambut Perayaan Yang Maha Hebat




Pulanglah “ Ke Kampung Halaman Asal “ Dengan SELAMAT


Untuk Menyambut Perayaan Yang MAHA HEBAT iaitu Perayaan Memasuki Syurga Allah Yang Hakiki


Pandulah Kenderaan Islam Ini Dengan Lesen Sah Kalimah Syahadatain. Pilihlah Jalan Lurus Bukan Jalan Yang Bersimpang Siur. Usah Melencung Dan Usah Tersasar.

•Walaupun Kenderaan Islam Ini Banyak Jenama, Tetapi Hala Tujunya Tetap Sama. Usah Berbalah Dan Usah Mendakwa Kenderaan Anda Yang Terbaik Dari Yang Lain!!

•Patuhi Undang-undang Lebuh Raya Dunia Dengan Peraturan Syariat Allah Dan Sunnah Rasul-Nya. Berimanlah Para Malaikat Sentiasa Mencatat Salah Laku Anda Di Lebuh Raya Ini

•Periksa Sebaiknya Kenderaan Islam Ini Dan Isilah Bekalan Dengan Aqidah Dan Amal Yang Sahih. Pastikan Semua Bekalannya Berkualiti Dengan Berkualitinya Amal-amal tadi. Yakinlah Kenderaan Ini Akan Lancar

•Semakin Besar Kenderaan Anda Semakin Ramai Penumpangnya. Mereka itu Ialah Keluarga anda, Sanak Saudara, Jiran Dan Juga Mad’u Anda. Bawalah Mereka Kesana Dengan Selamat Dan Berhati-hati

•Berehat di R n R Yang Pasti Akan Ditempuh. R n R Ini Bernama Alam Barzah. Pastikan Anda Benar-benar Berehat Dalam Aman. Mungkin Berehat Lebih Lama Dari Perjalanan Di Dunia tadi Seterusnya Anda Meneruskan Perjalanan Menuju Perhitungan..

•Sebelum Menyambut Perayaan. Mohonlah Ribuan kemaafan Dari Yang Tercinta Dari Dosa Tidak Mentaati-Nya, Dosa Tidak Mengajak Orang Lain Menaiki Kenderaan Islam ini, Akui Kelemahan Diri Kerana Sukar Bertaubat Dan Sukar Muhasabah Diri

•Sebelum Menyambut Perayaan. Mohonlah Ribuan kemaafan Dari Yang Tercinta Dari Dosa Tidak Mentaati-Nya, Dosa Tidak Mengajak Orang Lain Menaiki Kenderaan Islam ini, Akui Kelemahan Diri Kerana Sukar Bertaubat Dan Muhasabah Diri

•Pada Hari Perayaan Maha Hebat Ini, Manusia Bergembira. Kenikmatan Tidak Terkira Dan Tiada Penghujungnya. TETAPI Mengapa Di Lebuh Raya Dunia, Manusia Terkejar Nikmat Yang Fana Dan Sementara!!

•SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN YANG HAKIKI
Kita PASTI Meninggalkan Dunia Ini