Jika memegang fahaman cukup berpuasa enam hari pada bulan syawal dan khuatir untuk melakukan lebih dari enam kali, sebenarnya fahaman itu harus diperbetulkan. Minimanya 6 hari tetapi boleh dilakukan lebih dari 6 hari. Malah ada kaum wanita khasnya dan lelaki yang menghabiskan puasa sunat 6 ini dan sempat menghabiskan puasa ganti. Cuma harus diingat, puasa sunat ini tidak boleh disekali niatkan dengan puasa wajib ganti kerana sesuatu keuzuran.
Puasa enam hari ini merupakan sunah Nabi SAW dan sangat-sangat dituntut. Dan hikmah yang mudah difahami, setelah setiap hari selama sebulan kita sudah berpuasa Ramadhan, biologi badan juga akan lebih terurus kerana tidak mendadak berterusan kenyang pada setiap hari pada bulan syawal ini. Dan secara spiritualnya, masih berlaku penerusan latihan jiwa dan minda.
Dan begitulah seterusnya pada bulan-bulan lain, iaitu menurut riwayat mashur Nabi SAW berpuasa minima 3 hari dalam sebulan dan bertambah pada bulan-bulan yang terdapat hari-hari tertentu digalakkan berpuasa. Sunah begini yang sepatutnya dicontohi dan bersama usahakan untuk mampu berpuasa sekali dalam seminggu serta berdiri malam beribadah dimalamnya sebelum bersahur.