Pages

Monday, July 6, 2009

Kopi, Semua Dalam Satu



1. Pada sabtu lepas, 4 julai, di Hotel SinggahSana, P.Jaya, saya dijemput oleh sebuah NGO iaitu LKPIM ( Lembaga kebajikan Perempuan Islam Malaysia ) , cawangan W Persekutuan untuk memberi ceramah yang bertajuk Sihat Cergas Dari Amalan Islam.




2. Saya menyentuh tentang kekeliruan ramai dari masyarakat yang memahami sihat-cergas itu dari sudut luaran sahaja seperti kaum wanita lebih mementingkan penampilan diri , kulit, muka dan bentuk badan. Manakala bagi kaum lelaki lebih mementingkan hal seksual. Maka tidak hairan produk kesihatan untuk kecantikan dan tenaga batin kini umpama cendawan tumbuh. Malah ada produk yang tanpa segan silu menggunakan kata-kata dan gambar yang tidak sesuai untuk anak-anak.


3. Juga keliru bila melihat sihat cergas itu dari sudut menjaga pemakanan berbanding amalan hidup gaya aktif. Tajuk ini sudah saya tulis agak panjang dalam artikel terdahulu.


4. Dalam ceramah ini saya juga menyentuh tentang banyaknya produk minuman yang berasaskan KOPI. Rasanya lebih dari 10 jenama yang dijual pasaran yang kononya baik untuk tambahan tenaga. Kopi yang dikatakan dicampur dengan bahan-bahan herba yang lain ( ada yang menyebut 7 dalam 1) mampu memberi kesan langsung kepada tenaga seksual lelaki.


5. Caffien adalah bahan utama yang ada dalam kopi, baik kopi gred rendah sehinggalah gred super A ( kebanyakannya di import dari negara Amerika Latin). Caffien ini memberi kesan ketagihan dan ada kajian menunjukkan ianya adalah punca penyakit kanser jika diamal secara berterusan.


6. Imam Hassan AlBanna secara jelas melarang meminum minuman kopi ini.


7. Dan sesuatu yang tidak memeranjatkan apabila pada semalam ( 5 julai)pihak kementerian kesihatan telah menemui kopi yang sudah tersebar keseluruh Malaysia ( tanpa menyebut jenama) yang dicampurkan dengan serbuk Vigra.


8. Saya masih tidak faham kenapa ada alim ulamak, para Ustaz/ustazah yang bukan sahaja meminum kopi malah menjualnya kepada orang lain ( terutama dalam perniagaan MLM)


9. Ramai yang mendakwa kelazatan kopi ini, kerana kopi yang digunakan ialah kopi berkualiti tinggi, maka lebihlah ketagihannya....." bak mai seteko lagi..."
10 . Bagi saya, kopi yang dicampurkan dengan pelbagai herba lain umpama mencampurkan penawar dan racun dalam satu minuman.
11.Pilihlah produk makanan tambahan yang tidak berasaskan produk kopi.


sila rujuk artikel ini ( kandungan Vigra dalam Kopi)

1. www.talkaboutcoffee.com/viagra-in-coffee-think-twice.html

2.http://www.nzherald.co.nz/world/news/article.cfm?c_id=2&objectid=10582767

3.http://www.newkerala.com/nkfullnews-1-67787.html