Pages

Wednesday, July 22, 2009

Masih KELIRU Dengan Bumi Perjalanan Isra'-Mi'raj

Sempena sambutan Isra'-mi'raj pada hari Isnin lepas( 21 julai 09 / 27 rejap 1430), saya terpanggil untuk menulis:-
1. Ada di antara dari kita yang masih keliru dengan:-
a) Bicara Palestin ketika tiada isu hangat terkini!
b) Kepentingan pembebasan Palestin kembali ke tangan orang Islam sebagai detik Islam akan kembali menerajui dunia! Pada hakikatnya,sejauh mana kegigihan usaha untuk membebaskan Palestin oleh seluruh umat , ianya bermakna gambaran sejauh mana kualiti umat Islam. Selagi umat ini berlengah atau tidak mengambil tahu tentang bumi yang Allah berkati ini, selagi itu rendahnya kualiti iman dan taqwa.

2. Saya pernah ulas isu ini pada artikel terdahulu. Sila rujuk pada topik utama " Kesihatan Dan UMUM "- ada 3 artikel tentang Palestin

3. Kita biasa ditanya, mengapa Allah tidak terus memi'rajkan Nabi SAW langsung dari Mekah. Baginda meriwayatkan yang baginda di isra'kan dari Masjidil Haram Mekah, baginda melalui Madinah ( bumi yang bakal baginda berjuang) dan berakhir di Al Aqsa,Palestin sebelum naik ke Arasy Allah untuk menerima watikah Agung iaitu kefarduan solat.

4. Sesuatu yang ditengah-tengah, bermakna ianya akan jadi tempat tumpuan. Palestin ini adalah tempat di pertengahan perjalanan isra' mi'raj. Bukalah peta, kita akan dapati Palestin ialah bumi di tengah-tengah peta negara Islam- iaitu di antara Afrika Utara dan Asia Barat.

5. Ini bermakna, Palestin itu sepatutnya menjadi tumpuan umat Islam dan Allah mengiktirafnya sebagai bumi suci yang terletak Masjid Al Aqsa. Bumi perjuangan para Rasul, sejak kegemilanagn pemerintahan Nabi Sulaiman, Daud, Ibrahim , Israil ( Yaakub) dan seterusnya Nabi Isa AS.

6. Mengapa Yahudi berjaya menawan dan memerintah Palestin sejak 60 tahun yang lalu? Inilah ujian Allah kepada umat ini dan memilih Yahudi yang sekian lama dilaknati sebagai penjajah.Yahudi ialah BANGSA PILIHAN sebagai MUSUH UTAMA umat Islam sejak Nabi Musa lagi, satu bangsa yang banyak disebut di dalam Al Quran. Palestin adalah wadah menyatukan umat yang kesatuannya dalam carca-merba ini.

7. Apabila bercakap tentang perjuangan untuk Palestin, bukan sahaja bercakap akan kesatuan hati, kesatuan politik, tetapi yang lebih penting bercakap tentang kualiti iman dan kualiti ibadah individu muslim. Kualiti yang membentuk jenis hati dan jenis minda umat ini. Juga pasti akan bercakap tentang ekonomi dan kekuatan persenjataan serta isu sosial yang sekian lama meruntuhkan akhlak sehingga sumbang untuk bercakap tentang perjuangan.