Tuesday, February 5, 2008
Dua Peristiwa Menyentuh Emosi
Sebaik menunaikan solat Zuhur sebentar tadi, saya dihampiri oleh anak muda dan memberitahu beliau adalah pelajar yang baru-baru ini mengikuti kursus Pelajar Hebat Bila Ibadahnya Hebat. Sebelum itu saya ada juga mendengar segelintir pelajar yang agak terasa hati dan ada yang menampal artikel saya dalam blog ini yang bertajuk "Cerdik tetapi akhlaknya tidak cantik" dan membuat cacatan, padan muka..... Dalam perbualan singkat dengan pelajar tadi, pada pandangannya, sekarang ini pelajar-pelajar yang 'melenting' itu sudah menyedari dan menilai akan maksud tulisan itu dan maksud saranan-saranan saya sepanjang kursus 2 hari satu malam itu.
Tidak juga terlintas dalam fikiran saya untuk terasa hati atau marah akan gelagat segelintir pelajar akan sikap dan tahap kematangan, sebaliknya itulah gambaran dan realiti diluar sana baik di sekolah biasa atau sekolah agama, kolej agama atau kolej biasa, universiti biasa atau universiti Islam ( sila lihat lukisan kartun, di akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang membandingkan perangai pelajar Maha'ad tahfiz dulu dan sekarang)
Peristiwa ke2.
Juga baru sebentar tadi, melintas depan saya, 3 wanita muda, seorang bertudung singkat, berbaju T dan seluar ketat dan 2 lagi sama fesyennya tetapi tidak bertudung langsung , mereka baru keluar dari ruang solat wanita di Masjid ini.
Inilah juga gambaran dua sifat yang bertentangan.Satu bertentangan dengan tuntutan beribadah itu merubah cara hidup termasuk cara berpakaian, juga bertentangan dua sifat SQ ( spiritual Quotient)dan EQ( emotional quotient) seperti pelajar cerdik tadi. Dan saya yakin ketiga-tiga pelajar wanita tadi remaja terpelajar. Sebelum ini dalam ceramah saya pernah menyebut 'makhluk dua alam', dimana depan Allah, tampak santun menjaga aurat, diluar solat lain pula gayanya, seolah-olah Allah melihatnya ketika beribadah sahaja. Saya yakin diluar sana ribuan yang begini gelagatnya. Ribuan bilangannya yang bertudung ketika ke sekolah atau ke pejabat tetapi bila ke pasar malam atau ke pasaraya, berfesyen pula rambutnya.
Kerja para duat semakin rumit dan memerlukan komitment yang tinggi