Pages

Thursday, June 5, 2008

Harga Petrol Dan Diesel Naik, Prestasi Kenderaan Tak Naik!!!

Hari ini satu kejutan besar, bila kenaikkan 40 peratus petrol dan harga diesel pula naik lebih tinggi lagi, iaitu RM 1 dari harga sebelum RM 1.58. Dari petang semalam sehingga 12 malam tadi, kelihatan berpusu-pusu orang ramai mengunjungi stesen minyak dan ada stesen minyak yang jam 8 malam sudah tutup bisnes, mungkin kehabisan minyak atau sengaja di simpan untuk di jual pada hari ini ( untung besar bila naik 78 sen). Dan tidak ketinggalan kenaikan tarif elektrik. Dengan alasan RM13.3 billion akan di jimatkan dari kos subsidi minyak ini yang akan di alihkan pula kepada untuk bantuan subsidi makanan pula! !. Benarkah kata-kata orang politik ini???

Inilah antara ujian demi ujian untuk manusia, krisis minyak dan makanan ini menimpa pada setiap manusia dan kesan utamanya kepada rakyat di negara kecil dan sedang membangun.Baik kepada golongan yang rezekinya kurang atau lebih, malah mereka yang memiliki kenderaan lebih 2, 000 cc tidak layak mendapat rebet cukai jalan, sudahlah kenderaannya 'kuat makan minyak', dan kini RM 50 cuma untuk jarak 60-70 Km sahaja!!! ( jika dulu penggunaan minyak kenderaan saya 3 hari untuk RM 50, kini mungkin selang sehari kena isi RM 50 !!!! ). Dan YANG PASTI AKAN MENDADAK PULA HARGA BARANG.

Kelajuan kenderaan tetap sama malah makin terhad pergerakkannya. Dan bila mana kita digawatkan dengan harga minyak, bagaimana pula peningkatan iman dan amal. Adakah sejajar naik seperti mana kos minyak ini yang tidak pernah dalam sejarah minyak ini akan turun harganya bila telah diistiharkan naik. Sedangkan peningkatan iman dan amal, akan 'melajukan' ketaqwaan serta melanjarkan perjalanan kita menuju alam kekal. Perlu kreatif dan smart memantapkan iman dan amal seperti meminimakan penggunaan kereta berkuasa besar atau menukar kepada kuasa gas pula!!! ( akan saya usahakan)

HARGA MINYAK DI LUAR KAWALAN KITA, TETAPI 'HARGA IMAN DAN AMAL' PULA ADALAH TERLETAK PADA TANGAN DAN PILIHAN KITA. Samaada ianya murah, mahal atau tidak berharga pada sisi Allah SWT.

Juga reflek dan hikmah kenaikan kos hidup ini ialah, motivasi untuk mencari sumber pendapatan yang lain, baik kepada yang sedia ' cop duit' iaitu seperti peniaga, atau orang yang menunggu duit waktu gaji. Jika padi tidak logik untuk kita tanam, maka tanamlah sayuran, berbakti pada tanah dimana pada masa yang akan berbakti pada jantung serta otot-otot bila mencangkul.
( setelah menebang anak-anak pokok kelapa sawit liar di sebelah lereng rumah sejak 4 bulan yang lalu dan kini mula berkebun --minat bermain dengan tanah sejak kecil lagi)