1. Seorang ibu mengeluh bila lebih RM 2 ribu dibelanjakan untuk memusnahkan anai-anai, tetapi 2 bulan kemudain, kayu-kayu siling rumahnya kembali ada anai-anai.
2. Pemeriksaan dilakukan semula dan didapati sarang anai-anai itu masih aktif walaupun sudah disembur racun oleh pekerja syarikat pest control, rupa-rupanya ada lagi ' highway' laluan tentera anai-anai itu dari sarang yang lebih jauh dari rumahnya. Setelah sarang kedua itu dimusnahkan, barulah selesai masalah serangan anai-anai itu.
3. Anai-anai ialah serangga perosak yang boleh merosakkan dinding rumah, perabut malah boleh meruntuhkan bumbung rumah!
4. Anai-anai lebih suka memakan kayu-kayu dirumah yang telah ditinggalkan atau bilangan penghuni rumah tak ramai ( aktif ditempat sunyi)
5. Kita sedang menghadapi serangan 'anai-anai' dalam bentuk moral yang rendah, budaya hedonisma, kecelaruan bahan-bahan dari media elektronik, bahan media rojak, pergaulan bebas, sek rambang, penagihan dadah, rasuah, sehinggalah kes mat rempit yang kini mula 'dihebohkan' semula. Semakin kita 'sepi' dan 'sunyi' dari membuat sesuatu tindakan, maka anai-anai ini semakin ganas dan berleluasa. Sebenarnya, 'anai-anai ' ini sudah banyak meruntuhkan diri individu, keluarga dan organisasi. Anai-anai itu boleh dikalangan anak-anak kita, isteri , suami, saudara-mara atau karib kita sendiri
6.Yang kita nampak itu adalah anai-anainya, tetapi dimana puncanya, dimana sarang bermulanya? Namun begitu anai-anai yang kita nampak dengan mata kasar, mesti dimusnahkan, tetapi kita akan letih jika puncanya tidak diselesaikan.
7. 'Anai-anai' ini juga ada dalam minda kita, dalam ibadah harian, pada keluarga, organisasi dan dalam negara.
8. Dalam ibadah, perosak amal yang utama ialah IBADAH YANG TIDAK BERKUALITI. Ibadah rosak kerana tidak ikhlas, tidak istiqamah dan tidak khusyuk.
9. Dimana puncanya? Jangan hanya menyarankan isu pengisian Roh atau kurang didikan agama semata-mata,kerana berapa ramai dari individu kafir yang peribadinya lebih baik dari ahli ibadah. Kita pernah terbaca, seorang guru tahfiz al Qur'an ditangkap kerana membawa motorsikal secara merbahaya walaupun dia tidak berlumba. Penyelesaian secara holistik termasuk membetulkan sikap, displin dan cara fikir juga mesti digabungkan . Dan yang pasti ianya bermula dalam rumah . Sepatutnya dengan iman dan taqwa serta gabungan ilmu kemanusian, kita lebih hebat dari sikafir