Pages

Thursday, March 27, 2008

Sihat Cergas: Antara Tuntutan Biologi Dan Hakiki



( oleh kerana blog ini setting baru, artikel ini di siarkan semula, terima kasih kerana sudi membaca semula)

Bila ada soalan yang bertanyakan tentang pemakanan sihat, pemakanan seimbang, cara betul bersenam, pantang larang bersenam, kaedah senaman yang sesuai mengikut usia, faktor-faktor yang menyebabkan penyakit-penyakit maut, persoalan tentang stress dan lain-lain, sebenarnya ini adalah masalah RANTING dari kontek sebenar untuk sihat-cergas. Bagi menghuraikan topik pemakanan sahaja, memerlukan penghuraian yang panjang, begitu juga dengan tajuk-tajuk perbincangan GAYA HIDUP AKTIF yang lain. Skil kemahiran sihat-cergas ini ada ‘maqam’ atau ‘ mazhab-mazhab’ tertentu. Terdapat modul serta fasa-fasa khusus malah berbeza mengikut keperluan individu, tahap kecergasan seseorang, juga perbezaan dan resam sesuatu bangsa atau anutan agama seseorang.

Sebagai contoh, di Malaysia, kaum Cina di dapati lima ( 5 ) kali lebih cenderung untuk mengamalkan aktiviti aktif berbanding orang Melayu dan India. Lihat sahaja pada hari Sabtu dan Ahad,mereka dari pelbagai peringkat usia memenuhi taman rekreasi untuk melakukan Taichi, Qikung, jogging. Kelab-kelab sukan, kelas aerobic, Yoga tumbuh seperti cendawan selepas hujan malah ada persatuan Buddha yang MEWAJIBKAN ahlinya menyertai kelab-kelab sukan ini. Juga sudah di ketahui umum, bangsa Cina ini sudah lama maju kehadapan di dalam bidang pencegahan penyakit dengan penemuan pelbagai kaedah rawatan.

Begitu juga dari sudut pandangan Islam terhadap ilmu dan amalan gaya hidup aktif ini yang terlepas pandang keperluannya, apalagi semakin meningkat usia. Selain memiliki keselesaan kebendaaan, emosi yang mantap, dan pemikiran yang positif setiap individu muslim mesti memiliki tahap kesihatan dan kecergasan. Sebaliknya boleh dibilang dengan jari lelaki dan wanita muslim yang peka dan beramal dengan hidup cergas ini.

Sekiranya kita cenderung membincangkan atau sekadar memahami RANTING sihat-cergas seperti diatas, yang pasti ‘buahnya’ tetap tidak berkualiti selagi masalah AKAR UMBI tidak diselesaikan.

Persoalan ranting sihat-cergas ini HANYA TERTUMPU KEPADA TUNTUTAN BIOLOGI BADAN MANUSIA SEMATA-MATA. Iaitu sekadar untuk memiliki bentuk badan yang cantik, tidak cepat letih, kelihatan bertenaga, kelihatan muda, bebas dari penyakit-penyakit bahaya atau sekadar memenuhi minat, punca rezeki dengan bersukan serta kerana keseronokan.

Tentunya akar umbi terhadap isu sihat-cergas ini BUKAN SEKADAR TUNTUTAN BIOLOGI TADI TETAPI UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN MENJAGA ORGAN-ORGAN SELURUH BADAN YANG ALLAH AMANAHKAN KEPADA KITA UNTUK MENJAGANYA DAN DEMI MEMENUHI TUNTUTAN SEORANG MUSLIM YANG SEIMBANG.

Sebagai contoh untuk menjaga amanah organ-organ badan iaitu menjaga fungsi jantung yang pada keadaan normal sepatutnya berdenyut 70-80 kali seminit dan jantung yang lebih sihat ( atlit) berdenyut antara 40-50 kali seminit. Tetapi sekiranya denyutan jantung melebihi 90 kali seminit, bermakna individu ini tidak menjaga aktiviti jantungnya dengan malas beriadah ( penulis biasa menggunakan istilah JANTUNG ROMANTIK). Begitu juga menjaga amanah supaya tekanan darah sentiasa pada bacaan 100-120 per 70-80 mmHg, di mana apabila tekanan darah lebih tinggi kerana tidak bersenam atau berbadan besar atau tidak menjaga pemakanan malah seawal usia 30an sudah mdapat tekanan darah tinggi ini. Kita juga sepatutnya menjaga amanah jumlah sel-sel lemak yang seharusnya di isi di dalam tisu adipose supaya tidak melebihi had ( sepatutnya selepas usia 40an, berat badan jangan melebih 8 kg dari berat ideal, jika anda masih tidak tahu berapakan berat ideal anda, ini masalah besar!!) Tidak ketinggalan menjaga amanah kemampuan otot, tulang dan sendi-sendi supaya mampu menampung beban kerja dan fleksibiliti pada tahap usia tertentu. Ramai yang sudah mengalami sakit sendi, sakit tulang belakang pada usia muda kerana lebihan berat badan malah tidak mampu berdiri lama!

Penulis gemar mengambil isitilah ini iaitu supaya berbeza dan luar biasa di dalam banyak perkara . Di dalam kontek sihat-cergas ini biarlah berbeza dengan orang lain, dengan orang Melayu walaupun kita tidak sebaik bangsa tionghua tadi! Atau mungkin kita tidak berbeza dan tidak luar biasa kerana kita juga tidak biasa istiqamah beriadah? Orang lain mungkin aktif kerana alasan-alasan ranting tadi spt untuk slim , kelihatan muda, penampilan diri tetapi kita sepatutnya lebih aktif dari mereka dengan ILMU DAN KEFAHAMAN Islam yang kita ada. api.

Sihat-Cergas adalah hak individu dan hanya kita sendiri yang arif tentang tahap sihat-cergas diri masing-masing. Orang lain hanya boleh menilai mata kasar atau boleh menjalani ujian perubatan dan ujian kecergasan. Sama juga keadaannya dengan soal ibadah fardu yang lain, walaupun solat berjemaah tetapi hakikatnya amalan individu untuk ikhlas dan khusyuk ‘berkomunikasi’ dengan Allah. Walaupun hak individu tetapi pasangan kita ( isteri/suami), anak-anak ada hak terhadap tahap sihat-cergas kita.

Secara khususnya, mari kita bincangkan sihat-cergas ini dari sudut seorang lelaki atau seorang perempuan dewasa, juga dari sudut seorang lelaki selepas usia 35 tahun, seorang wanita selepas usia 40 tahun, dari sudut seorang suami, seorang isteri, seorang bapa, seorang ibu, seorang pekerja atau dari sudut anda sebagai majikan. ( golongan usia pertengahan ini di dapati golongan yang semakin jauh serta layu untuk aktif beriadah dan semakin berisiko mendapat penyakit).

AKAR UMBI sihat-cergas ini juga sepatutnya memenuhi segala lafaz janji yang telah kita buat didalam solat harian iaitu Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, HIDUPKU dan MATIKU untuk Allah SWT pentadbir sekelian alam dimana paling tidak 17 kali kita lapazkannya dalam sehari dan ditambah ‘pementeraian janji’ sebagai seorang muslim!!

Begitu juga saranan nabi SAW yang mahukan dan memberitahu bahawa muslim yang kuat itu lebih baik dari yang lemah.

KEHIDUPAN yang bagaimana ingin kita sembahkan kepada Allah sedangkan tuntutan ASASI BIOLOGI BADAN tidak kita penuhi? Dan KEMATIAN yang bagaimana berakhirnya kehidupan kita, adakah kerana sakit jantung, tekanan darah yang teruk, kencing manis atau lain-lain penyakit akibat kegemukan dan amalan hidup pasif ?


Walaupun ada tiga pendorong utama kita untuk mencapai tahap berbeza dan luar biasa dari orang lain untuk sihat-cergas, tetapi cerminlah dan tanyakan pada diri sendiri, adakah kita sudah memenuhi ketiga-tiga tuntutan ini? Orang lain lebih aktif dan istiqamah mengamalkan gaya hidup sihat-cergas, sedangkan kita MASIH DITAKUK LAMA DAN SELESA DENGAN GAYA HIDUP PASIF.

Statistik menunjukkan dari 9 % rakyat Malaysia yang mengamalkan budaya sihat-cergas ini. Dan dari 100 orang rakyat Malaysia yang aktif ini, hanya 15 orang menjadi amalan orang-orang Melayu Islam. Penulis yakin sebahagian besar orang Melayu Muslim khasnya TIDAK TERGOLONG didalam golongan yang mengamalkan budaya aktif ini.

Dari pengalaman penulis sebelum ini mengendalikan beberapa kursus “Total Wellness ”, penulis sudah biasa mendengar pelbagai alasan yang diberikan oleh orang-orang Melayu ini. dengan orang lain.

Sebahagian besar dari kita seolah-olah tiada di dalam diari kehidupan untuk mengaktifkan diri bersukan atau berekreasi. Namun begitu tahniah kepada mereka yang sangat peka dengan pemakanan harian dan takziah kepada mereka yang menempah ‘awal penyakit’ kerana tidak prihatin terhadap jumlah dan jenis makanan yang masuk kedalam perut.

KITA SEDIA MAKLUM, KEPADA MENGHAMPIRI DAN SELEPAS USIA 40 TAHUN ( SPT PENULIS), TAHAP KESIHATAN MERUPAKAN TOPIK UTAMA PERBINCANGAN SELAIN SOAL KERJAYA DAN WANG RINGGIT YANG TIDAK ADA PENGHUJUNGNYA BAGI SESETENGAH ORANG! Dan lebih malang lagi daie yang masih muda dan gagal membudayakan gaya hidup sihat ini supaya mudah menjadi amalan apabila usia semakin meningkat serta LEBIH TIDAK PATUT anda yang masih muda tetapi memiliki lebihan berat badan!.

Penulis ada menyebut didalam buku Bio-Mekanik SOLAT, “ meja bulat berkaki tiga - kaitan gaya hidup sihat dengan Solat”. Tentunya kaki itu ialah Ruhi, Akal dan Fizikal. Dan boleh ditambah kaki keempat iaitu emosi. Manakala kaki kepada Fizikal pula ialah : Pemakanan, Kerehatan dan Senaman ( rekreasi).

Perbincangan permasalahan gaya hidup pasif ini satu topik besar, malah mungkin boleh ‘menyakitkan’ hati. Besar harapan untuk ‘hati boleh tersentuh’ untuk menjadi muslim yang “luarbiasa’ dan ‘berbeza’ dari orang lain sehingga mampu mengamalkan gaya hidup cergas ini sebagai amalan diri dan amalan keluarga.

RAMAI DARI KITA MENGAKUI KEWAJIBAN MEMENUHI TUNTUTAN JASADI DAN MENGAKUI KELEMAHAN YANG ADA. DAN JIKA ADA YANG BERUSAHA MEMBINA AZAM BARU, INGIN BERUBAH, BIASANYA BERSIFAT SEMANGAT YANG SEMENTARA. PUNCA UTAMA KEGAGALAN INI IALAH KERANA PERKARA AKAR UMBI TADI TIDAK DISELESAIKAN. WALAUPUN UNTUK MEMILIKI SIHAT-CERGAS INI BERSIFAT INDIVIDU TETAPI DENGAN SISTEM BERJAMAAH INI SEPATUTNYA MELANCARKAN ATUR PROGRAM WALAUPUN SEORANG DAIE TIDAK PERLU MENUNGGU ARAHAN UNTUK MENGAMALKAN GAYA HIDUP AKTIF INI.


Namun begitu,ada berita baik iaitu “ tiada istilah terlambat untuk kembali mengamalkan hidup sihat cergas ini”. Tapi persoalannya bila ingin dimulakan? Usia fisiologi kita semakin MENINGKAT setelah separuh masa berlalu dan kudrat semakin kurang. Jangan sekali-kali memberi alasan seperti mana alasan popular orang lain iaitu tiada masa, malas atau tiada bakat!, sepatutnya kita merasa malu jika memberi alasan yang sama. Sebahagian kita yang belum diuji dengan menghidapi penyakit-yakit tertentu dan mungkin memiliki bentuk badan yang baik, tetapi masih ada PENYAKIT MALAS UNTUK MENGAMALKAN HIDUP AKTIF. MALAH MUNGKIN TIDAK TERLINTAS PUN UNTUK KEMBALI CERGAS, WALAUPUN TAHU BADAN MULA ‘BERMASALAH’.

Paling tidak kita SANGAT TELITI dengan bahan yang masuk dalam perut kita, sebagai mana kita TELITI UNTUK MELAHIRKAN HATI YANG KHUSYUK DAN IKHLAS.

Ingatlah, kita mengamalkan hidup gaya sihat bukan hanya kerana tidak mahu menyusahkan orang yang kita sayang semata-mata sekiranya kita sakit atau wafat awal, tetapi kerana kasih kita terhadap diri sendiri dengan memenuhi tuntutan badan kita untuk mampu semaksima hampir kepada Allah dan mengikuti sunnah Nabi SAW yang jelas mengajar supaya memenuhi tuntutan ruhi, akal,emosi dan jasad. Tidak bermakna sekiranya kita beradap baik di hadapan Allah dan pada orang lain sedangkan kita tidak beradap di hadapan makanan

Penulis tidak terkejut jika sebahagian dari kita membaca artikel ini sebagai bahan bacaan biasa dan tidak tercetus pada minda untuk berubah untuk membudayakan hidup sihat-cergas ini sebagai amalan diri sendiri atau mungkin boleh merancang sesuatu untuk berubah atau mungkin berubah tetapi hanya pada jangka masa tertentu dan anda kembali pada keadaan kehidupan pasif semula. Keadaan ini juga dialami oleh orang kebanyakan tetapi kita ini bukan orang kebanyakan! Bukan mudah untuk merubah sikap seseorang kerana perubahan itu datangnya dari diri kita sendiri.