Untuk mencapai impian hidup, ianya sudah menjadi 'reflek' dan akan teruja dengan sendiri . Ada ibubapa seawal usia 2 tahun sudah bersungguh mengajar anaknya mengenal huruf! Dan hampir tiada lagi anak-anak yang tidak di hantar ke sekolah . Yang berbeza pembangunan ekonomi antara individu ialah pencapaian masing-masing, ada yang ekonominya meningkat saban bulan, saban minggu malah pada setiap hari dan yang ketara ialah peningkatan pada setiap tahun kepada yang menagih gaji dari majikan mereka
Kononnya, segalanya bermula dengan ekonomi dan di tambah dengan pembangunan politik ( kuasa ) manusia akan hidup bahagia. Maka di dalam minda pelbagai perkara yang kita fikir, pelbagai keinginan dan pelbagai kemahuan.
Sebagaimana pelbagai perkara yang difikirkan, begitu jugalah bercampur aduk pemahaman terhadap bersosial dan beragama Sekian lama kita di tatapkan dengan pelbagai campur aduk dalam sistem maklumat. Sebelum ini saya pernah menyuarakan tentang 'jelek'nya media cetakan dan elektronik dimana mempersembahkan maklumat rojak yang bercampur baut. Dalam senaskah akhbar, di hidangkan berita semasa, penulisan intelektual , artikel agama dan dalam masa yang sama di paparkan kejelekan berfesyen, bahan separuh porno, gosip artis, bahan hiburan dan lain-lain bahan akhlak yang rendah. Begitu jugalah dalam siaran televisyen.
Minda yang cerdik dan terpelajar juga tidak mampu menganalisa segala maklumat rojak ini
Agaknya mengapakan bahan sebegini di paparkan? Jawpannya mudah sahaja, kerana bahan begini yang mendapat sambutan orangramai , jualan akhbar tinggi dan semakin banyak penaja untuk iklan siaran televisyen. Dan lebih malang lagi, majalah hiburan , majalah humor, juga di selitkan ruang agama dan motivasi akhlak???
Begitu juga, siaran hiburan realiti yang mendapat sambutan hangat, penonton yang mengundi melalui sms , maka itulah jawpannya, kerana orang ramai mahukan hiburan begini?
Inilah antara contoh dan salah satu indikator masyarakat yang mindanya rojak dan celaru !!!
DENGAN MAKSUD DIATAS, APA YANG INGIN SAYA KAITKAN DISINI IALAH BAGAIMANA ROJAKNYA MINDA DALAM KEHIDUPAN HARIAN, BEGITU JUGALAH ROJAKNYA MINDA KETIKA BERIBADAH. Bermacam-macam perkara yang difikirkan ketika Solat, ketika berzikir malah semasa beribadah fikirannya bercambah untuk menyelesaikan hal dunia.