Pages

Tuesday, September 11, 2007

Ekstrem...

Ekstremnya nikmat Iman dan Islam, nikmat biologi, nikmat berilmu, nikmat kebendaan.....Maha ekstremnya nikmat syurga dan maha ekstremnya AZAB KUBUR, AZAB NERAKA.


Ekstremnya pahala dibulan RAMADHAN, ekstremnya pahala pada malam lailatulqadar.....

'Ekstremlah' dengan minda dan fizikal untuk beribadah dibulan RAMADHAN ALMUBARAK ini.

Ekstremlah memuji dan memuja Allah tetapi berpada memuji manusia, jika anda teruja dan mampu membaca buku BioMekanik Solat lebih dari 5 kali dan semakin seronok mendirikan solat, itu hidayah dari Allah, pujilah Dia bukan penulisnya. Kerana ada juga pembaca yang sudah ada buku ini berbulan-bulan tapi baru baca intro.Memuji manusia juga ada kaedah dan seninya.

Ramai manusia ekstrem mencari habuan dunia, segelintir yang ekstrem mencari habuan di alam kekal.