Back To Basic
Apa yang penulis maksudkan makna back to basic, bukan kepada pencapaian basic semata-mata tetapi memenuhi tahap basic sesuatu perkara.
Jika membincangkan soal pencarian sesuatu ilmu, bukan bermakna mencapai basic (asas ) ilmu seperti tahu membaca, menulis, mengira atau sekadar memiliki sijil asas seumpama sijil diperingkat persekolahan sahaja. Begitu juga maksud back to basic dalam pencarian harta, bukan sekadar pencapaian basic seperti makan minum, tempat berlindung, berkenderaan, ada pekerjaan atau boleh berdikari.
Begitu juga dalam memahami ilmu Islam, bukan sekadar melepasi basic bersyahadah, tahu cara solat, cara berpuasa dan ibadah yang lain.
Dalam pencarian ilmu dunia yang menjadi lessen besar untuk menentukan kerjaya seseorang, jika kita mampu memenuhi dengan sebaik-baiknya asas persijilan di peringkat sekolah, kita akan melepasi tahap seterusnya untuk memiliki pula diploma, ijazah pertama dan seterusnya. Jika di Persia-siakan asas pendidikan ilmu duniawi ini, ramai remaja yang tercicir dan gagal berkerjaya dengan pendapatan yang baik. Walaupun ada segelintir yang berjaya memecah semula basic akademik ini dengan menyambung semula pelajaran. Manakala ada remaja yang memang berkebolehan dan panjang akalnya tetapi kerana masalah ekonomi keluarga atau sikap negatifnya ketika zaman sekolah, dia boleh berjaya dalam perniagaan atau perusahaannya dan duduk sama tinggi dengan mereka yang berpendidikkkan tinggi, malah ada yang bergelar jutawan.
Begitu juga back to basic di dalam soal perilaku dan akhlak bukan sekadar menghormati yang tua dan mengasihi yang muda, curahan kasih sayang pada anak-anak, kerana sifat ini adalah fitrah biologi kurniaan Allah pada semua manusia, lelaki-wanita yang jahat, penjenayah atau pembunuh upahan sekalipun tetap menyayangi anak-anaknya. Apakah faktor basic yang boleh membentuk perilaku, sikap dan akhlak ini? Adakah kerana agama, bangsa, persekitaran, adat istiadat bangsa, pengalaman hidup, kerana pemakanan atau kesemuanya?
Jika kita membaca buku-buku atau menonton CD bagi merubah sikap dan motivasi kendiri, banyak ditulis oleh orang-orang bukan Islam malah bukunya menjadi rujukan oleh para ilmuan Islam! Malah konsep dan pendekatan mereka sudah berjaya menukar sikap individu juga menukar syarikat yang pekerja bermasalah kepada pekerja yang produktif, menukar keuntungan berlipat kali ganda syarikat perniagaan, dimanakah rahsia mereka? Mereka mengolah tabi’ie yang ada dalam akal dan fizikal manusia, walaupun elemen ketuhanan tidak ditekankan.
Apa yang penulis maksudkan back to basic dalam soal merubah sikap dan pemantapan akhlak ini ialah kita kembali kepada asas-asas yang ada di dalam Islam. Sedangkan kita tahu Nabi SAW adalah pakar motivasi ulung tetapi kata-kata Baginda berlegar-legar di majlis agama sahaja atau mungkin sekadar membantu menguatkan hujah oleh motivator lain, bila sebut sahaja hadis-hadis Nabi, sudah di kategorikan seorang ustaz –ustazah atau motivator Islamik.
Perkara asas dan paling asas ialah memahami Islam sepertimana yang Rasulullah SAW tunjukan dan sejarah membuktikan selepas kewafatan baginda, selama ratusan tahun terdirinya daulah Islam. Daulah Islam yang di ungguli oleh para sahabat baginda, oleh para tabiie, sehingga khulafah Islam yang merupakkan manusia biasa seperti kita juga yang bukan nabi dan bukan juga Rasul.
Dengan bertunjangkan akidah yang jelas yang bukan sekadar memperincikan qada kadar, sebab dan asbab, hafal asma’ ul husna sehingga segelintiir umat Islam menjadi lebih keliru tetapi akidah Islam yang jelas sehingga mereka akur dan taat melaksanakan suruhan dan meninggalkan laranganNya, sehingga sangat mencintai syurgaNya dengan mencari bekalan dunia bagi memaksimakan kecintaan itu, meyakini amalan sekecil mana akan di catat oleh malaikat dan amalan ini diangkat pada setiap tahun seperti semalam ( 27.8.07) merata-rata tempat majlis nisfu sya’aban di sambut, sehingga mereka yakin bahawa hidup di dunia ini benar-benar sekejap dan yakin hidup di alam akhirat itu tiada noktahnya.
Begitu juga asas kepada pembuktian taqwa dengan beramal dengan amalan fardu yang di dahului oleh solat lima waktu.Penulis lagi sekali sangat yakin dengan KESEMPURNAAN SOLAT DI KALANGAN SETIAP MUSLIM IAITU DENGAN KUALITI KHUSYUK DAN MENCARI GANJARAN YANG BANYAK DENGAN BERJEMAAH banyak perkara lain akan diselesaikan. Kesungguhan beramal SEPENUHNYA TANPA MEMILIH MENGIKUTI KESESUAIAN NALURI dengan ajaran Allah di dalam kitabNya Al Qur'an dan Sunnah nabi SAW adalah DUA BASIC yang perlu diperkuatkan dahulu
Memahami kesyumulan Islam dalam setiap aspek kehidupan individu, keluarga dan seterusnya dalam masayarakat Islam, barulah tertegaknya daulah Islam. Mana mungkin, bersemangat mengembalikan kegemilangan Islam, sedangkan masih ramai individu muslim yang solatnya biasa sendirian, yang masih leka dengan hiburan di dalam dan luar rumah sehingga mereka yang dewasa membuang masa dan wang ringgit dengan sms artis pujaan mereka, personaliti artis lebih dikenali dari alim ulamak, yang masih mengamalkan riba’ dalam urusan pinjaman, perniagaan atau insuran, yang meyakini bomoh-bomoh, yang memenuhi stadium bola atau memenuhi konsert berbanding memenuhi masjid-surau.
Itu belum lagi diambil kira mereka yang terus ego dan sombong dengan Allah dari pelbagai peringkat umur, apabila meninggalkan solat, berjudi, peminum arak, bergelumang dengan najis dadah, sek rambang, ajaran sesat dan pelbagai nama lagi kemaksiatan.
Sekiranya perkara asas ini tidak diselesaikan, keluarkanlah berjuta-juta duit untuk berkempen, masjid tetap kosong, al Qur’an tidak di baca, penagih semakin bertambah, perokok kekal tegar, kekal biadap bila memegang stering kereta, konsert hiburan tetap penuh, bisnes hiburan tumbuh seperti cendawan.
...........bersambung. basic dalam bidang kesihatan, bidang perniagaan, bermasyarakat, juga BACK TO BASIC DALAM BERDAKWAH