KERJA UNTUK APA?
’Bermacam-macam perkara yang aku fikirkan untuk menempuh hidup baru, berdebar pun ada, excited pun ada, . esok aku mula kerja dengan syarikat baru walaupun gajinya tidak jauh beza dengan tempat kerja sebelum ini….. ...’
Mungkin keluhan ini pernah kita dengar. Kenapa agaknya mereka tak sabar-sabar nak cari kerja lain. Mungkin dah bosan tapi bukankah pekerjaan itu atas permohonan sendiri tanpa paksaan sesiapa?. Suasana kerja yang menyeronokkan boleh bertukar membosankan jika tidak memberi kepuasan kepada seseorang. Hari-hari yang dilalui dirasakan semakin menyiksakan hingga memaksanya mencari pekerjaan lain. Jika bernasib baik beroleh pekerjaan yang lebih baik tetapi itu tidak semudah yang disangka.
Terdapat segelintir yang mengambil jalan mudah terus berhenti dengan 1001 macam alasan tanpa memikirkan masa depan. Namun begitu terdapat perkerja yang terus kekal disatu-satu tempat tanpa sebarang masaalah. Apakah terdapat masaalah pada pengurusan atau ada sesuatu yang tak kena pada diri pekerja itu sendiri.
Terdapat juga mereka yang tergolong dalam kategori warkoholic (’gila kerja’). Sekali pandag, kelihatan mereka begitu rajin bekerja dan tidak terlihat unsur-unsur kebosanan, tetapi apakah pekerjaan itu benar-benar membahagiakan mereka. Menurut Dr Robinson seorang psychotherapist, workaholic adalah keadaan dimana seseorang itu mengalami ketagihan kerja dan memperuntukkan sebagian besar masanya untuk kerja dan kadangkala mengalami ketagihan apabila tidak melakukannya.
Apabila seseorang mengalami ketagihan kerja ia akan ia memberi kesan kepada kesihatannya. Mereka mengalami keletihan , gangguan tidur dan mengalami tekanan perasaan. Bagi mereka yang berisiko akan meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat stroke dan serangan sakit jantung kata Diane Fassel, pengarang buku "Working Ourselves to Death’. Mereka juga mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengabaikan aspek keluarga, sosial dan lain-lain. Jadi dimanakah aspek kepuasan yang dicari walaupun mungkin memberi pulangan yang baik dari segi produktiviti untuk jangka masa yang pendek tetapi merugikan semua pehak untuk jangka masa panjang.
Sebenarnya tahap kepuasan kerja adalah bergantung kepada diri sendiri. Jika ternyata anda terus-terusan mengalami kebosanan kerja di bidang yang sama maka ada baiknya anda mulai mengevaluasi diri anda. Bekerja bukan sahaja berkait rapat dengan tugasan yang perlu diselesaikan tetapi ianya hubungan manusia yang memerlukan komunikasi intra dan inter yang efektif dan efisien. Mampu menyelami gelodak perasaan diri dan berempati terhadap mereka disekeliling. Komunikasi adalah resepi dalam mencari pengkongsian makna di samping ilmu pengetahuan tentang tugasan..
Selain daripada itu, “padanan jenis kerja” juga penting kepada setiap individu menurut kelebihan dan keunikan seseorang itu. Jika perlu jangan takut untuk merubah kareer. Hal ini tentu sukar dilakukan. Oleh karena itu sebelum merubah kareer maka pastikan anda membekali diri dengan pengetahuan dan maklumat tepat supaya tidak menyesal dikemudian hari dan yang penting ianya memberi lebih kepuasan dibandingkan dengan pekerjaan yang terdahulu.
Terdapat golongan yang sanggup menolak tawaran kerja hanya kerana kerja itu dianggap tidak sesuai dan sanggup menganggur. Kadangkala setelah menceburkan diri dalam sesuatu bidang yang baru maka akan menerbitkan keseronokan biarpun pernah dianggap asing. Oleh itu jangan takut untuk mencuba dan hargainya sebagai suatu pengalaman yang berharga.
Kerjasama serta keserasian antara golongan pekerja dan pengurusan adalah amat penting dalam memastikan poduktiviti terpelihara.Kedua golongan ini mempunyai matlamat yang tersendiri dalam mengejar matlamat masing-masing tanpa kompromi.

Sudah tentu pengurusan sentiasa mahukan produktiviti yang berkualiti dan dipehak pekerja tentunya mahukan pulangan yang setimpal. Pakar-pakar pengurusan dan sains sosial Barat mencipta pelbagai teori pengurusan bagi membantu warga pekerja meningkatkan daya pengeluaran. Teori Hirarki Kehendak Maslow menyatakan bahawa terdapat lima jenis keperluan manusia yang perlu diberikan pada pekerja bagi meningkatkan daya pengeluaran.
Disamping gaji yang berpatutan bagi memenuhi keperluan asas pekerja juga menginginkan, keselamatan, kasih sayang, penghargaan dan kemuncaknya adalah kesempurnaan diri. Kesempurnaan disini bermaksud kuasa, harta, pangkat dan gelaran yang menjadi simbol kemegahan dan kepuasan diri. Ianya menjadi daya pendorong untuk manusia bekerja kuat.
Persoalan besar timbul ialah di manakah titit tolak penamat kesempurnaan diri ini ? Jelas sekali kemuncak kesempurnaan diri dalam teori Maslow bertumpu kepada memenuhi kehendak nafsu besar manusia tanpa batasan. Demi memenuhi kehendak nafsu serakah itu yang tiada batasan ini maka manusia bersifat rakus mementingkan diri sendiri, makan rasuah, melanggar undang-undang dan melakukan pelbagai kerosakan di muka bumi dan dipehak pengurusan pula sanggup memerah keringat pekerja tanpa simpati. Jelaslah disini jika pencarian yang bermatlamatkan kepuasan diri tanpa keseragaman niat membuatkan antara pekerja dan pengurusan, manusia sanggup berbuat apa sahaja.
Dalam kehidupan kita hari ini, niat kelihatannya tidaklah begitu dipentingkan dan yang lebih diutamakan hanyalah matlamat atau hasil daripada usaha yang dilaksanakan. Sedangkan pada hakikatnya yang diterima dan dinilai di sisi Allah ialah apa yang diniatkan dalam hati.Keseragaman niat antara pekerja dan pengurusan yang hanya mencari keredhaan Allah s.w.t tentunya meningkatkan produktiviti dan menjamin keharmonian sesebuah organisasi. Niat adalah asas dalam konsep ihsan dan Islam memberi perhatian berat tentang peranan manusia dalam meningkatkan kualiti daya pengeluaran dengan membudayakan konsep ihsan ini.
Apakah ihsan itu?

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan salat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan. Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu .
Syed Abu Ala Maududi dalam risalahnya ‘Guidelines For Islamic Workers’ telah memberi panduan berhubung membudayakan ihsan dalam pengurusan iaitu:-
1) Mengaitkan pekerjaan dengan beribadah kepada Allah supaya pekerjaan yang
dilakukan tidak termasuk dalam hukum haram,
2) Membuat baik mendapat balasan yang setimpal pada hari akhirat
3)Elak bersifat takbur, tidak memperlekeh warga organisasi apabila berjaya melaksanakan pekerjaan dengan cemerlang,
4)Mengambil berat kebajikan keluarga sendiri dan rakan sejawat kerana ia menjadi asas pertumbuhan keharmonian organisasi,
5) Saling bantu membantu membuat kebaikan
6)Memberi teguran dan pengajaran secara membina bagi mengatasi kelemahan
warga organisasi,
7)Patuh dan taat melaksanakan piawaian yang dipersetujui.
Berdasarkan dalil al-Quran, Sunnah dan tokoh pemikiran Islam itu jelas bahawa konsep ihsan bukan sekadar menjamin pelaksanaan hak-hak Allah, hak- hak organisasi, pekerja, masyarakat umum malahan hak haiwan, hak tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Sebab itu mereka yang mengamalkan budaya ihsan akan memperoleh dua ganjaran iaitu ganjaran daripada Allah dan organisasi.
Sempena sambutan Hari Pekerja di seluruh dunia maka marilah kita menghayati peringatan Allah mengenai ihsan. Firman Allah yang bermaksud: “Berbuat baiklah kepada makhluk Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dengan kurniaan nikmat yang melimpah ruah dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi ini, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan” (al-Qasas:77).