Lebih membangkitkan 'kemarahan umat Islam ' apabila Presiden Amerika, G.Bush turut meraikan PESTA BESAR orang-orang Yahudi menyambut 60 tahun mereka menjajah Negara Palestin pada dua hari lepas, 14 mie.
Persoalannya berapa keratkah umat Islam yang marah? Yang sentiasa sensitif dengan isu Palestin ini?
Atau adakah benar isu Palestin juga salah satu isu bermusim, bila ada keganasan terbaru yang agak luar biasa dan di siar media, baru kita mendapat maklumat?
Berapa keratkah dari kita yang sengaja ambil tahu dan mencari berita perkembangan terkini di sana?
Juga berapa ramaikah yang istiqamah menghulurkan wang ringgit atau memberi bila di minta atau sekadar sepuluh-dua puluh RM sahaja?
Dan memang sentiasa benar, isu Palestin ini, adalah isu yang dibincangkan oleh orang-orang kecil seperti rakyat Arab biasa, Melayu biasa, pertubuhan yang kecil, dan oleh orang Islam lain di beberapa negara Islam . Manakala orang-orang besar Arab, pemerentah mereka dan orang-orang berkuasa negara Islam yang lain, seolah-olah sudah putus asa atas USAHA MEREKA YANG TIDAK SEBERAPA ITU terhadap Palestin.
Bukan sahaja pemegang tampuk pemerntahan ini tidak bersungguh membantu membebaskan cengkaman Israel atas pelbagai alasan KECINTAAN DUNIA MEREKA YANG TINGGI, takutkan ugutan Amerika, takutkan ekonomi mereka akan di ancam oleh mereka . Rakyat Palestin yang menjadi perlarian di Lubnan tidak di beri hak untuk berkerja dan yang berkerja pula gajinya terlalu kecil, kem perlarian yang sangat daif. Negara Mesir yang bersebelahan dengan Gaza, bukan sahaja membina semula tembuk pemisah sempadan yang dipecahkan oleh orang Palestin yang kelaparan tetapi juga tidak lantang membela nasib rakyat Palestin. Malah hajat Menteri Luar Palestin untuk melawat Malaysia juga terpaksa dibatalkan atas 'desakan-perintah' Amerika.
Maka segelintir laungan kecil umat Islam yang sedar dan berjuang untuk meringankan beban, kerana MASIH TERLALU KERDIL DAN DI LUAR KEMAMPUAN untuk membebaskan penjajahan zionis Israel
ADAKAH ANDA SEGELINTIR DARI MEREKA? ATAU SEKADAR PEMERHATI? ATAU SEKADAR BERSIMPATI? YANG SEKADAR BERSEDIH? YANG SELALUNYA TIDAK PERASAN PUN KESENGSARAAN UMAT PALESTIN? YANG SESEKALI AMBIL TAHU?
Dalam keratan akhbar UMalaysia, pada hari ini ( spt di atas), dinyatakan hasil kaji selidik terhadap pelarian Palestin yang sebahagian besar berpendapat akan mengambil masa 25 tahun lagi Palestin bebas dari penjajahan Israel.
Memang sebahagian besar umat Palestin, kental jiwa dan keimanan mereka, dalam pada orang-orang besar hilang pedoman dan hilang punca malah ada yang berkata isu ini tidak akan selesai sampai bila-bila, tetapi umat Palestin ini sentiasa optimis, sesetengah dari mereka sangat yakin akan bangkit 'Salahuddin Al Ayubi yang ke2' yang akan bersama mereka!!!
Kita orang kecil yang kerdil, dimana mahu kita bermula? Mulakan dengan doa munajat, sentiasalah ambil tahu, sentiasalah sensitif, selalulah bersimpati , beritahu orang lain dan hulurkan wang ringgit. Dan sebaiknya hulurkan pada badan yang di yakini dan yakin wang anda akan sampai kepada mereka. Sya sentiasa mencadangkan hulurkan sumbangan kepada AmanPalestin, badan khusus untuk rakyat Palestin.
Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787
LAYARI WEBSITE BARU AMAN PALESTIN
http://www.amanpalestin.org/