Pages

Tuesday, March 18, 2008

Kemeriahan Maulidur Rasul, Indikator Kebangkitan Islam?

Pagi tadi di radio IKIM, saya mendengar perbincangan oleh Us Zawawi Yusof yang menyebut bahawa yang penting kita mengikut Sunnah arRasul SAW sepanjang masa dan bukan menyambut kelahirannya dengan sekadar berarak, pegang sepanduk, berselawat beramai-ramai dan kemudian pada masa-masa lain amalan kehidupan kita bercanggah dengan tunjuk ajar baginda SAW.

Kita semua maklum, fizikal baginda sendiri luar biasa dan teristimewa, dan beriman kehadiran baginda membawa rahmat kepada seluruh alam. Dengan kata lain, dunia ini sebenarnya di cipta untuk di perintah dan di takbir oleh baginda semasa hidupnya sehinggalah seterusnya berkembang menjelang dunia ini hancur lebur dengan kedatangan kiamat.

Apatah lagi emosi, minda, cara berfikir, spiritual baginda SAW juga sangat luar biasa dan sangat istimewa. Walaupun manusia biasa tidak mampu mengikuti atau mahu menyaingi kehebatan-kehebatan baginda SAW tetapi kita sepatutnya juga berbeza dalam banyak perkara dari orang lain. Berbeza dalam memahami Islam, berbeza dalam bermuamalat, berpolitik, bersosial dan sebagainya.

Mengikuti sunnah baginda SAW dari sekecil-kecil amalan sehinggalah sebesar-besar amalan.( merujuk kepada wajibat 38 di atas)

JIka dalam soal ibadah khusus, bukan soal membincangkan isu cara meletakkan tangan di dada, atau mengerakkan jari ketika tahiyat atau doa qunut atau lain-lain khilaf TETAPI SUNNAH UTAMANYA IALAH KEHADIRAN HATI ( KHUSYUK) ketika solat. Jika solat sunat, baginda membaca surah-surah panjang dan lama qiamnya, ianya satu sunnah untuk kita meningkatkan kualiti ibadah. Jika di atas tungganga unta, baginda sentiasa membaca Al Qur'an, maka menjadi sunnah bagi kita untuk membasahkan bibir dengan ayat-ayat Allah.

Begitu juga, jika sebulan, ada yang meriwayatkan, baginda berpuasa sunat paling tidak 3 hari, berpuasa sunat juga satu sunnah.

Kita mengetahui, bertahajud itu menjadi satu 'kewajiban' kepada baginda dan memulakan kerja hariannya dengan sunat duha, ianya juga satu sunnah untuk di ikuti.

Ikutan dalam menjadi ketua keluarga yang sanggup menyingsing lengan untuk mengemasakan rumah dan menjahit baju, ianya juga satu sunnah bagi ketua keluarga ( bapa) menyinsing baju membersihkan anak-anak kecil dan bantuan lain di rumah.

Sunnah dalam menyibarkan syiar Islam, bermula dengan pemantapan Iman untuk hanya menerima Allah sebagai pengatur hidup, Al Qur'an adalah tulisan-tulisan yang kekal untuk menjadi rujukan dan syiar ini dibentuk pada peribadi-peribadi, keluarga mereka dan akan membentuk masyarakat.

Jika kita memilih jalan membetulkan masyarakat yang sudah rosak secara kolektif untuk di perbetulkan melalui jalan politik, iaitu jalan menukar pemerintah!!Adakah ianya satu sunnah baginda SAW? Atau kedua-duanya berjalan serentak? Kerana menyediakan tokoh-tokoh politik juga melalui proses pentarbiyahan yang jelas dan bukan tangkap muat kepada mereka yang berbakat bercakap atau yang menonjol ketokohannya!!
Sila fahami akan RUKUN AMAL YANG TUJUH ( 7) IAITU:

Peribadi Islam
Keluarga Islam
Masyarakat Islam
Kerajaan Islam
Negara Islam
Khilafah Islam
Memimpin Alam

JUga satu sunnah baginda SAW, memilih hidup secara seadanya dan berdikari. Nikmat dunia ini tidak melekat di hatinya dan dalam hal ini, baginda memang sangat hebat berzuhud.Dan kehebatan ketika memimpin tenteranya, memerintah masyarakat Mekah dan Madinah yang juga majmuk.

Carca merba umat Islam yang memilih pelbagai gaya hidup, bukan sahaja gaya hidup berkeluarga, berpakaian, bersosial, MALAH CARCA MERBA MEMAHAMI AJARAN BAGINDA SEHINGGA LAHIR PELBAGAI KEFAHAMAN , yang berbeza fahaman sejak pemerintahan ke empat-empat Khalifah lagi sehinggalah hari ini, termasuk berbeza-beza kefahaman untuk memahami sunnah nabi berdakwah.