Pages

Wednesday, May 27, 2009

Quantum ( Kudrat )Dakwah

( Us Azizee Hassan YDP ISMA Seremban )

Bahagian 1

Dakwah yang kita fahami ialah proses mengajak, menyeru dan membimbing manusia ke jalan Allah. Menyeru dalam erti kata membina asas-asas Islam dalam diri manusia dan meruntuh anasir-anasir jahiliyyah di dalam dirinya. Dakwah juga merupakan satu proses perubahan dan tranformasi dari segala rupa kebobrokan kepada pencerahan jatidiri hingga terbentuk satu ummah Islamiah.

Antara tujuan dakwah seperti yang dinyatakan oleh para ulama dakwah ialah:

1. Membina masyarakat Islam

2. Islah masyarakat yang menyeleweng.

3. Penerusan dakwah di dalam masyarakat bagi menjaga kesejahteraan.

Di dalam dunia yang serba maju ini, keperluan dakwah dan tuntutan melaksanakannya amat-amat diperlukan. Apatah lagi ketika ummah kini sudah kehilangan khilafah Islam. Dalam konteks ini sudah tentu usaha memugar dan membugar dakwah amat diperlukan bagi memastikan para aktivisnya terus relevan dan punya keupayaan (capability) dalam mengemudikan ruh dakwah.

Dakwah dimulakan dengan kerja keras para pelopor dakwah (founding father) sehingga terbina qaidah sulbah (tulang belakang) yang akan mewarisi dan meneruskan tugas dakwah tersebut. Perubahan-perubahan kehidupan menuntut kita membuat pemerhatian bahawa dalam kita menganjak dakwah ke dalam mihwar sya’bi (paksi masyarakat), maka kita perlu membuat re-orientasi di dalam dakwah dan tarbiyah agar dakwah tetap hidup dan para kadernya punyai energi.

Oleh sebab itu, di dalam dunia pendidikan dan business hari ini membicarakan tentang Quantum Teaching, Quantum Learning dan Quantum Bussines bagi mengembangkan produk dan metodologi agar mampu bersaing di pentas global. Sudah tentu dakwah amat lagi diperlukan.
Saya akan membicarakan tajuk ini sebagai satu perkongsian ilmu bersama para aktivis dakwah, dan hasil pengalaman dalam amal dakwah dan tarbiyah agar memberikan kita satu energi baru dalam melaksanakan amaliyatud dakwah ini.

Quantum dakwah dan tarbiyah bolehlah kita definisikan sebagai satu ledakan atau energi yang menghimpunkan semua tahap software atau hardware yang sedia ada bagi menggerak para aktivis dakwah dan tarbiyah agar mengoptimalkan sumbangan dakwahnya dan mengesani masyarakat sehingga dakwah menjadi suatu yang asyik, ghairah dan memberikan kepuasaan.

Ustaz Miswan Thahadi meletakkan beberapa kaedah Quantum dakwah dan tarbiyah sebagai asas memperkasa amal dakwah sehingga membuahkan hasil-hasilnya kepada umat. Berikut saya nyatakan kaedah-kaedah tersebut iaitu:

Kaedah 1: Mulai dari yang terakhir.
Kaedah 2: Belajar dengan mengajar
Kaedah 3: Membaca dengan menulis
Kaedah 4: Menjadi soleh dengan berdakwah
Kaedah 5: Menjadi kaya dengan bersedekah
Kaedah 6: Menggali dana dengan membangun
Kaedah 7: Memimpin dengan melayani
Kaedah 8: Memerintah sebelum menjadi pemerintah
Kaedah 9: Menjadi ahli syurga di dunia sebelum di akhirat

Bahagian 2.

http://maalimfitariq.wordpress.com/2009/05/21/quantum-dakwah-tarbiyah-bahagian-2/#more-9