Saya terlupa satu statistik yang pernah dijalankan terhadap mereka yang tidak mahu melakukan pemeriksaan berkala kesihatan atas alasan TAKUT untuk mengetahui akan sakit yang di alami, sedangkan dia ’rasa-rasa’ dirinya dalam keadaan sihat. Seingat saya peratusan statistiknya agak tinggi. Ada penyakit yang tidak ada tanda-tanda ( simptom ) awal, si pesakit masih berasa afiat tetapi simpton itu baru kelihatan bila sakit itu sudah lebih melarat. ( contohnya darah tinggi, sesetengah kanser )
Itu tentang sakit fizikal, bagaimana pula sakit yang di alami oleh sesebuah pertubuhan , organisasi atau sesuatu badan. Saya menulis isu ini bila ada persatuan dan parti politik ( boleh di baca dalam akhbar arus perdana) yang menafikan perlu kepada rawatan dan pemulihan, sedangkan simptom-simptom sakitnya sudah jelas, samaada yang dilihat oleh orang dalaman atau oleh ornag luar.
Harus di ingat , pandangan dan penilaian orang dalaman berbeza dari orang luar. Dan ada ketikanya orang luar itu lebih tepat dan tidak bias. Tetapi sudah satu lumrah pendapat orang luar biasanya di perkecilkan.
Bila sudah tidak merasakan dirinya sakit atau malu mahu mengaku diri bermaalah, maka rawatan tidak diperlukan atau menafikan tidak perlu kepada remedi.
Malah kadang-kadang, saranan atau pandangan dari pihak luar di kaitkan dengan iri-hati, mahu menunjuk-nunjuk, mahu tunjuk pandai, suka mencari salah orang, menyakitkan hati, bertanya ’ who r u’, penyibuk, atau lain-lain tanggapan, malah menafikan keikhlasan orang luar itu yang tidak ada sebarang kepentingan. Saya menulis mengikut pengalaman sendiri dan tidak mahu memperincikan pula maksudnya kerana tidak mahu menambah pelbagai tanggapan. Juga mengetahui, saya pula bukan orang luar yang kedua atau ketiga yang membuat saranan atau terguran. Dan keikhlasan itu tidak bererti dari ucapan atau tulisan, ianya di nilai oleh Allah SWT.
TIDAK DINAFIKAN, bila SUDAH BIASA SELESA DENGAN APA YANG ADA, DENGAN CARA KERJA, ATAU SELAMA INI OKAY SAHAJA, maka bila ada saranan, teguran, dan apa lagi dari pihak luar pula, maka sukar untuk menerimanya.
Seperti sakit fizikal dan ramai orang yang lebih rela tidak tahu status kesihatan dirinya, begitu jugalah dalam berpersatuan, berorganisasi atau berkumpulan yang banyak jenamanya.
Dan semoga kita SENTIASA MEMPAMERKAN QUDWAH HOLISTIK akan perkara yang di komunikasikan