Pages

Wednesday, March 19, 2008

Universiti Pengalaman Hidup ( UPH)

Bila saya ingatkan kembali kenangan menghadiri satu kursus Usahawan lebih 10 tahun yang lepas, dimana ada beberapa penceramah dari kaki tangan kerajaan yang berkelulusan bidang ekonomi serta beberapa usahawan berjaya yang ada kelulusan Universiti dan yang setakat sijil SPM sahaja.

Bagi saya dan percaya peserta kursus yang lain tidak teruja dan tidak berminat mendengar ceramah yang di sampaikan oleh penceramah yang bercakap melalui ilmu di atas kertas dan tidak terlibat dalam dunia perniagaan tetapi lebih teruja mendengar ceramah oleh usahawan yang sekadar lulus SPM tadi!!

Ada orang dangkal ilmu teorinya tentang sesuatu perkara, tetapi melalui pengalamannya melibatkan diri dalam bidang itu, dia akan bercakap melalui naluri dan penghayatan sebenar. Namun semakin mencabar dugaannya, semakin dia menimba ilmu bidang yang di ceburinya itu. Kerana ilmu dan pengalaman tidak boleh di pisahkan. Tetapi ilmu tanpa pengalaman ( tidak beramal), ia akan kaku dan beku.

Saya pernah menulis, kebanyakan jurulatih bola sepak dunia yang ternama, mereka tidaklah hebat namanya ketika zaman menjadi pemain, tetapi pengalamannya menyelami karenah pemain bola sepak ini membuatkan mereka berjaya. Berbakat bermain bola sepak tidak sama menjadi jurulatih yang melahirkan pemain bola sepak yang baik, kerana bakat dan ilmu mesti di gabungkan.

Dalam kontek berakhlak, pun begitu juga. Berilmu agama, berkerjaya, berpendidikan bukan bermakna akan menjadi orang yang mulia akhlaknya jika ilmu-ilmu TIDAK di amalkan dan TIDAK mengumpul pengalaman dari ilmunya agamanya itu atau dari statusnya.

Begitu juga akan kekok menyebut perkataan dakwah, walaupun hebat mengetahui ilmu atau rukun-rukun dakwah tetapi jika tiada qudwah dalam dakwah amnya, dakwah fardinya atau dakwah keluarganya atau dengan kata lain masih dangkal pengalaman berdakwah, maka ianya akan juga kaku dan beku.

Maka carilah dan masukilah Universiti Pengalaman Hidup yang ada Jabatan Berdakwah yang sangat luas terbentang dan luas peluangnya.

Juga masuklah Universiti Pengalaman Hidup ini yang ada Jabatan Berdikari,spt menjadi usahawan, juga masukilah Universiti ini yang ada jabatan Bersiasah, jabatan Berkebajikan dan jabatan-jabatan yang lain


Terjun mencari pengalaman sebenar dan bukan pengalaman di pinggiran.