Apabila berkomunikasi sesuatu perkara melalui ucapan, ceramah, penulisan, atau lain-lain , orang yang mendengar , melihat atau yang membaca akan menilai apa yang kita komunikasikan .
Adalah menjadi ’bahan sindiran ’ sekiranya apa yang di komunikasikan oleh orang terbabit tidak mempamirkan qudwah yang baik atau cakap tak serupa bikin.
Sebagai contoh:
Ketika mana sekarang ini suasana menyambut maulidur Rasul SAW, pemimpin-pemimpin menyarankan supaya mengikuti sunnah nabi dan mengambil cara hidup baginda sebagai tauladan kehidupan kita, sedangkan pemimpin itu sendiri gaya hidupnya di pertikaikan.
Jika berkomunikasi tentang sihat-cergas, biarlah nampak qudwah dari rupa badan dan nampak akan amalan gaya hidup aktifnya.
Jika bercakap tentang keluarga muslim yang bahagia, maka qudwah keluarga itu ada pada pasangan dan pada anak-anaknya.
Jika bercakap tentang pemantapan ekonomi orang Islam, maka mestilah yang bercakap itu menunjukkan contoh seperti paling tidak ada juga terlibat dalam sebarang bisnes
Jika bercakap tentang bermasyarakat, maka ada qudwah hasanah bila bersama masyarakat terdekatnya iaitu kariah, jiran atau rakan sekerja. Mampu 'turun ke bawah' untuk bergaul dengan mereka yang lebih rendah status ekonomi atau pelajarannya.
Jika bercakap soal permasalahan remaja, sepatutnya remaja yang ada di dalam rumahnya atau remaja yang hampir dengannya lebih berakhlak dan boleh diharapkan rakan sebayanya.
Jika bercakap tentang ketaqwaan , maka kualiti dan kuantiti ibadah itu akan di utamakan.
Jika bercakap tentang motivasi self improvement, maka banyak aspek pembangunan dirinya yang akan di nilai oleh orang lain.
Jika bercakap tentang pemimpin dan politik, maka dia tidak sekadar bersembang ala ’politik kedai kopi’ di tempat kerja atau sekadar 'bual kosong' dalam emel-emel. ( Mungkin sibuk memberi ulasan tetapi dirinya tidak terserlah qudwah dan belum bersedia untuk terjun dalam politik atau belum bersedia muncul sebagai tokoh menjadi pemimpin).
Jika bercakap tentang menyampaikan Islam kepada orang lain, maka mesti ada qudwah dari dakwah amnya, dakwah fardinya samada dalam syarahan, ceramah, perbualan atau penulisan dan dakwahnya mengikut rukun serta ada indikator yang tepat.
Begitulah seterusnya bahan-bahan komunikasi yang lain dimana qudwah hasanah itu lahir secara praktikal dan bukan dari kamus mindanya semata-mata.
Dan qudwah holistik itu sudah ditunjukkan oleh pemimpin agung, ahli masyarakat yang terserlah, ahli politik yang tersohor, ahli perniaga yang beramanah, ahli motivator yang tersohor , seorang suami dan bapa yang hebat, orang itu ialah Baginda Nabi SAW.
Juga di tunjuk oleh pimpinan Islam yang lain di negara umat Islam yang jauh, juga di nusantara yang lebih dekat dengan kita