Teringat dalam satu perbualan dengan teman lama membincangkan tahap ekonomi orang-orang Melayu. Di dalam perbincangan itu di antaranya ialah di kemukakan beberapa soalan. Berapa banyak duit dalam bank? Masih menyewa atau memiliki rumah sempit 2-3 bilik? Ada memiliki harta-harta tetap yang lain seperti tanah atau rumah kedai? Memandu kereta yang selalu masuk bengkel? Pendapatan sudah lima digit?
Ya, bunyi soalan-soalan ini terlalu duniawi, tetapi bukankah ini yang manusia kejar? Tidak dinafikan ada juga yang mengambil jalan pintas untuk memiliki semua ini, dan menurut teman tadi yang juga aktif dalam politik, katanya , " bukan semua yang menceburi politik ikhlas membantu bangsanya, malah yang pada asalnya ikhlas tetapi bertukar haloba bila peluang jalan pintas ini ada dihadapan mata". Dan satu persoalan yang menarik, segelintir yang sudah mampu memiliki kesenangan ini, mudah pula hidup dalam zon selesa, begitu juga segelintir para pejuang agama yang juga berjuang dalam 'keadaan selesa'. Malah ada pejuang agama ini menunjukkan kemewahan gaya hidup, dengan kereta mewahnya, ada yang rumahnya juga ada konsep interior design tertentu. Sekiranya dia seorang peniaga, boleh juga dijadikan alasan memilik kereta mewah itu tetapi dia cuma seorang yang makan gaji.
Namun begitu, cuma beberapa peratus sahaja orang-orang Melayu ini yang mampu memiliki nikmat dunia ini, sebahagian besar masih sekadar cukup-cukup makan sedangkan dia mengejar dunia bagai nak rak.
Penulis tidak perlu mencacatkan statistik orang Melayu yang masih duduk di rumah-rumah pangsa, rumah -rumah setinggan, rumah-rumah kos rendah, Melayu yang menjadi operator kilang, yang menjaga tol, yang menjadi pengawal keselamatan, kerani-kerani, pekerja sokongan atau Melayu yang pendapatannya kurang dari seribu ringgit atau berapa ribu orang Melayu yang pendapatannya sudah lima digit?
Adakah orang-orang Melayu tadi tidak berusaha mengejar dunia? Tentu jawapannya tidak malah mereka sangat sibuk mencari rezeki, bermula dari zaman sekolah sehingga ke tahap pendidikan tertinggi kemudian 'bergelumang' memenuhi keperluan dunia.
Dalam masa yang sama, mereka yang mengejar dunia ini TETAPI HASILNYA TIDAK SEBERAPA sedangkan URUSAN AKHIRAT tidak dikejar seperti mana dia mengejar dunia. Jika dia solat, sekadar asal buat, selesa solat sendiri dirumah, biasa solat akhir waktu, malah lebih rugi lagi bila jarang pula MENILAI KUALITI SOLATNYA. Berpuasa sekadar rutin tahunan, berlapar sedangkan anggota badan dan hati tidak berpuasa! Kecenderungan untuk beramal soleh tidak secenderung dia mengejar dunia.
Kita mungkin berkata, "orang kafir syurga mereka di dunia!! Ya betul dan mereka benar-benar dapat syurga dunia ini. Dan kita beriman, mereka pasti akan menjadi bahan bakar api neraka diakhirat kelak TETAPI MENGAPA KITA TIDAK JUGA DAPAT SYURGA DUNIA INI KERANA DIAKHIRAT NANTI NASIB KITA TIADA BEZA DENGAN MEREKA! Apalagi cara hidup kita tiada beza dengan orang-orang kafir ini.
Akhirnya mengecapi KESENANGAN HIDUP DIDUNIA SEKADAR ala kadar sahaja walau bersungguh-sungguh mencarinya TETAPI KESENANGAN DIAKHIRAT NANTI TIDAK DIKECAPI kerana kita juga mencarinya sekadar ala kadar.
Lebih hebat orang yang menikmati syurga dunia, tetapi syurga ini tidak dipamerkan kepada orang lain dan dikongsi bersama DAN dia juga bersungguh mencari syurga yang kekal. Agaknya berapa kerat muslim seperti ini? Ketahuilah enam dari sepuluh sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga memiliki sifat-sifat ini