Pages

Tuesday, June 7, 2011

Masih Berulat



Pada malam Rabu baru-baru ini kami sekeluarga ke Arau dengan menaiki keretapi untuk bercuti di Langkawi, di mana kali terakhir saya menaiki keretapi ialah kira-kira 20 tahun yang lalu. Rupanya didalam keretapi Sinaran Langkawi ini disediakan surau yang selesa yang ada tempat wuduk sekali.




Waktu subuh masuk sebelum sampai Alor Setar dan kami solat berjemaah di dalam surau itu. Tetapi yang MEMERANJATKAN dari ratusan penumpang Muslim yang menaiki keretapi ini cuma beberapa orang sahaja yang solat subuh dan ini termasuk beberapa orang tua yang berkupiah dan ramai wanita yang bertudung yang turut tidak solat. Apakah mereka ini 'berniat' untuk qhoda' , solat sambil duduk atau mengambil mudah menunaikan fardu subuh? Jika berniat qodha,a sedangkan ada kemudahan untuk solat, bermakna mereka sengaja ingkar.



Begitu juga keadaannya semasa kami balik dengan menaiki bas dari Kangar ke Seremban. Sampai di R n R Tg Malim, bas berhenti untuk solat subuh, cuma beberapa orang yang turun untuk solat.



Inilah penyakit berulat yang masih ada didalam masyarakat ini yang kelihatannya seperti baik, umpama buah pisang yang berbalut, tetapi ada juga yang rosak dan lembik . Tugas besar pendakwah untuk menyedarkan dan merawat penyakit kronik ini