Pages

Sunday, May 22, 2011

Gurindam Ibu Biologi dan Ibu Sejati

Anak luar nikah juga kasihi oleh ibunya,
itu lumrah dan fitrah semua bangsa,
ketika melahirkan, kesakitan tidak terhingga,
malah berharap anaknya itu tidak hidup sia-sia.

Apalagi ibu-ibu yang sah pernikahan mereka,
mendidik anak dengan penuh jiwa raga,
susah senang diharungi bersama,
penuh harapan agar bahagia sehingga ke syurga.

Ibu biologi jauh berbeza dengan ibu sejati,
dia boleh mengherdik, memaki sekuat hati,
kerap mengharap si anak membalas budi,
cintanya pada dunia memang sebati,

Ibu sejati memilih Islam dan Iman,
anak didik penuh dengan ketaqwaan,
memarahi anak bukan semata kerana keduniaan,
berkorban untuk anak tanpa mengharap balasan.

Ibu muslim belum lagi menjadi ibu sejati,
Ada ibu yang solat, tetapi masih berkarat hati,
Soal emosi dan akhlak perlu dipelajari,
Namun si Ibu tetap insan murni.