Pages

Tuesday, May 10, 2011

Palestin Berpakat, Melayu ?

Bukan kali pertama dua kumpulan besar di Palestin iaitu kumpulan Nasionalis dan kumpulan Islam berdamai serta berjaya bersatu seperti baru-baru ini, namu kemudian mereka kembali berpecah. Perpecahan mereka melibatkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Kita berdoa emoga penyatuan kali ini berpanjangan dan utuh ketika mana kejatuhan pemerintahan diktator dan sekutu Israel, Husni Mubarak serta sempadan Rafah mahu dibuka seluas-luasnya untuk rakyat Palestin.
Melayu berpakat dan bermuafakat sudah lama diwar-warkan, namun dengan semangat Melayu yang melampau, maka sukar untuk bermuafakat dengan Melayu yang cuba mengamalkan cara hidup Islam.

UMNO masa kini didokongi oleh mereka yang mahu membela nasib orang Melayu ,dan juga didokong oleh mereka yang melihat UMNO sebagai potensi besar untuk habuan dunia atau Melayu yang memiliki kedua-dua sifat diatas. Manakala Melayu dalam UMNO yang cuba mewatakkan Islam secara syumul, akan berdepan jalan sukar. Bukan umpama ‘kacang melupakan kulit’, diakui bahawa UMNO sudah banyak jasa melahirkan Melayu yang tinggi pendidikan berbanding kelayakan dari bangsa lain yang bukan Melayu. Kita menghargai jasa mereka, namun kepincangan UMNO boleh dilihat oleh Melayu yang semakin bijak ini. Maka silap besar jika UMNO mengatakan , budi mereka dibalas dengan tuba oleh Melayu yang menegur atau tidak menyokong perjuangan mereka.


Orang UMNO sukar untuk menyangkal akan dakwaan salah guna kuasa dan JAUHNYA cara hidup Islam dikalangan ahli-ahlinya. Malah ada sindiran yang mengatakan,” Jika ada orang UMNO ( terutama usia bawah 50 tahun) yang istiqamah berjemaah di Masjid dan surau, orang ini lain dari yang lain atau orang ini salah pilih parti ”. Sudah lebih 50 tahun UMNO memegang kuasa dalam BN di Malaysia dan mendakwa turut memperjuangkan Islam, tetapi tiada qudwah amal Islam di kalangan pimpinan dan ahli-ahlinya.


Begitu juga Melayu yang ada didalam PAS yang mana segelintir mempunyai fahaman Islam yang cetek atau melampau sehingga menolak dakwah selain dari PAS. Kepada ahli PAS yang cetek fahaman Islam dan masih tegar merokok, agaknya boleh disindir begini,” Anta menolak UMNO, tetapi merokok seperti orang UMNO yang majoritinya merokok”.


PAS selepas 1998 membuka lembaran baru dengan kebanjiran ahli dan penyokong dari orang bukan aliran agama, malah semakin terbuka serta dapat mengurangkan jurang dengan bangsa India dan Cina. PAS sekarang ini memilih Melayu dalam PKR sebagai rakan gabungan walaupun banyak kali ‘terluka’ dengan karenah pimpinan mereka. PAS pula banyak jasa dalam menyedarkan UMNO walaupun teruk diserangnya. Suara PAS semakin didengar dan ditakuti. Misi untuk UMNO dan PAS berpakat adalah lagu lama, dan misi yang banyak tembuk-tembuk besar.



Manakala Melayu yang ada didalam PKR adalah Melayu dari reformis 1998, cebisan ahli UMNO dan ada yang tebal semangat keMelayuan, serta Melayu yang bercampur aduk fahaman Islamnya. Amat sedikit dan tersepit Melayu dalam PKR yang syumul amalan Islamnya. Tidak kurang juga Melayu yang tinggi fahaman Islam dalam PKR, tetapi semakin tenggelam dalam arus ‘kerojakan’ partinya.


Melayu yang lebih dikasihi ialah yang duduk didalam NGO Islam yang agak besar seperti ABIM, IKRAM, ISMA dan HALUAN, juga belum mampu berpakat sesama mereka demi Islam. Ada NGO Islam ini yang aktif menyeru agar Melayu supaya berpakat agar Islam berdaulat, tetapi slogan itu sekadar pada tulisan dan syarahan semata-mata, tanpa disusuli dengan tindakan yang berobjektif , tersusun dan praktikal.


Sepatutnya di kalangan NGO Melayu Islam , Melayu yang ada NGO yang lain adalah orang Melayu YANG PALING UTAMA untuk disepakati sebelum Melayu lain yang ada di luar. Tetapi sesama mereka tidak boleh merendah diri atau beralah untuk berpakat. Mungkin begini perbualan, " Anta menyeru supaya Melayu mesti berpakat, tahukah siapa Melayu yang utama mahu dipakatkan? Apakah Melayu dalam UMNO atau PAS atau PKR menjadi keutamaan ? Bukankah yang utama itu ialah, Melayu yang ada dalam NGO Islam yang lain? Bukankah Melayu dalam ABIM, IKRAM dan lain-lain NGO? Jika tidak, anta cuma berangan-angan dalam mengajak Melayu berpakat !“.


NGO Melayu Islam ini umpama satu keluarga dan walaupun ‘adik-beradik’ ini semakin kurang ‘bertengkar’, tetapi hampir tiada usaha untuk berpakat dalam banyak perkara. Sebenarnya banyak ruang dan peluang untuk berpakat dalam dakwah iaitu menyeru dan mencegah. Mungkin kaedah menyeru itu berbeza-beza, TETAPI untuk MENCEGAH, ianya memerlukan kekuatan kesepakatan NGO-NGO Melayu muslim ini. Sejak dahulu, tidak dinafikan ada pergabungan dan kesepakatan diantara NGO ini, tetapi masih pada tahap minima dan TIDAK GAH lagi. Selagi punya ego lebih baik dari organisasi lain, dan tidak mahu mengalah, maka Melayu yang mahu mengamalkan Islam di bumi Malaysia ini akan duduk ditakuk lama.


Diluar sana banyak lagi gerakan, persatuan Melayu, tetapi orang Melayu yang tidak berpolitik, lebih terbuka terhadap NGO Melayu Islam yang berpihak pada mana-mana parti. Namun NGO ini sekadar ada belang harimau, tetapi tidak bertaring.


Ramai yang merasa cemas dengan perpecahan Melayu terutama kerana politik, tetapi apakah perlu berpecah kerana Islam seperti orang politik itu? Jika UMNO masih memujuk PAS yang pernah sebantal dengan BN untuk bersatu seperti dahulu, mengapa tidak ‘adik-abang’ NGO Islam ini mengajak kembali atau menawarkan diri untuk bersatu kembali atau paling tidak boleh berpakat dalam amal dakwah! Bukan soal ada ‘tongkat sakti ‘dakwah, atau berdakwah tanpa’ tongkat sakti’ dan punya tongkat sendiri, tetapi demi pembentukan flatform dakwah pada 15-20 tahun akan datang selepas pimpinan NGO sekarang diganti oleh generasi baru. Tongkat itu bukan di Malaysia sahaja tetapi ada dibanyak bumi ini! Jangan terpedaya dengan ungkapan yang sengaja dicipta bahawa tongkat ini lebih tarbawi kerana tanpa jaringan global, maka tertegakkah daulah Islam alami? Namun sii pemegang tongkat sakti mesti baiki diri dengan amanah yang di beri dan masih banyak ruang perbincangan serta SEMUANYA MESTI RENDAHKAN HATI