Pages

Thursday, April 7, 2011

Biar Putih Tulang


Kita bukan orang Arab yang boleh menerima kata-kata bahawa orang Arab jahiliyah dahulu dan orang munafik juga menggunakan nama Abdullah yang bermaksud hamba Allah, dan menyebut nama Allah adalah mainan bibir si penyembah bahala itu. Kita juga bukan Melayu yang berada dibumi seberang.


Kita bangsa Melayu Malaysia sudah ratusan tahun menganggap kalimah Allah itu adalah kalimah milik kita dan tidak pernah mendengar orang bukan Islam melafazkan nama Allah sebagai Tuhan mereka.


Umat Melayu muslim yang tidak mengamalkan Islam adalah besar jumlahnya, yang secara sembunyi dan yang secara terang-terangan murtad juga sejumlah bilangannya. umat ini sudah carca merba permasalahannya dan jangan ditambah isu baru pula.


Apa perlunya kitab injil dalam bahasa Melayu dan apa muslihatnya menggunakan kalimah Allah, jika tidak sebagai senjata mengelirukan umat Melayu Islam yang sudahpun semakin jauh dari ajaran Islam sebenar. Apakah orang kristian Cina, India atau Dayak menjadi sasaran utama pembaca bible dalam bahasa Melayu ini?


Jangan kerana politik berbagai bangsa dan agama( pemerentah dan pembangkang), ada pemimpin politik Islam berlembut dengan isu ini, dan berpandangan cetek dengan mengambil pandangan AlQardawi bahawa orang Arab bukan Islam juga menggunakan kalimah Allah. Sedang itu adalah pandangan umum, dan tidak semestinya boleh diterima pakai oleh bangsa lain. Dan mengapa ada NGO Melayu Muslim yang 'lembab' dan tidak menjadi pendesak?

Mereka yang bukan Islam mengatakan inilah konsep 1 Malaysia, maka rupanya senjata dah makan tuan atau tuannya sudah berdarah tetapi katanya masih sedikit!
Syabas kepada Mufti Perak dan Selangor yang sangat tegas dengan isu ini.