Pages

Thursday, January 15, 2009

Tidak Sekali Bertukar kerjaya, kerjaya apa?

Bertukar kerjaya merupakan perkara biasa terutama dari kerjaya makan gaji kepada bidang perniagaan, perkilangan, kebidang politik, pertanian dan sebagainya sehingga mampu pula memberi gaji kepada orang lain. Mereka yang berubah kerjaya ini termasuklah golongan profesional seperti doktor, peguam, arkitek dan jurutera. Sebagai contoh, segelintir peguam dan doktor ini bertukar menjadi orang politik atau dengan kata lain bertukar terus dari kerjaya profesional mereka.

Seorang kenalan saya, juga doktor perubatan , kini menjadi penternak kambing dan menanam pisang secara kormesial sepenuh masa. Ada juga yang melibatkan diri di dalam bidang jualan langsung serta ada yang bertukar kepada doktor rawatan alternatif..Masih segar dalam ingatan penulis, ketika beberapa bulan berada di Johor Bahru, iaitu kira-kira empat tahun yang lepas, kenalan lama penulis ini yang membuka klinik sendiri meluahkan perasaannya yang mula merasa ‘bosan’ dengan kongkongan masanya di klinik kerana khidmat bisnes bagi sesebuah klinik ialah diri doktor itu sendiri dan terpaksa duduk menunggu pesakit di dalam bilik kecilnya itu.

Penulis juga salah seorang dari mereka yang mula mahu keluar dari dunia perawatan ini walaupun displin sebenar penulis IALAH MENCERGASKAN DAN MENYIHATKAN ORANG YANG SEDIA SIHAT. Memang di akui jika setiap hari tengok orang sakit, letih juga semangat, apa lagi pada hari isnin, hari minta mc. Penulis yang suka kepada kerja luar, juga seperti kenalan tadi mempunyai beberapa bisnis yang lain, yang jauh berbeza dari kerjaya sebenar. Menurut beliau lagi dan sesuatu yang penulis sangat bersetuju dimana katanya rawatan perubatan moden ini sebenarnya rawatan yang MEMISAHKAN antara fizikal dan emosi pesakit.Kompartment yang tersusun kemas dalam dunia perubatan moden kepada unit spesifik contohnya bahagian sakit puan, perubatan umum, kanak-kanak, ortho, surgical dan sebagainya sehingga ke sub-specialist yang mana pada hakikatnya memisahkan jasad dan ruh.

Jika pesakit yang disyaki mengalami ganguan emosi, ditempat pula dibahagian psiakiatri atau memerlukan rawatan kaunseling. Ini jauh berbeza dengan rawatan perubatan yang diamalkan oleh para doktor Islam dizaman gemilangnya. Ibnu Al_Nafis seorang ahli pakat bedah yang hafiz Al Qur’an yang menyarankan rawatan serentak fizikal dan emosi pesakit. Ibnu Sinna seorang pakar perubatan tetapi beliau sendiri seorang ahli sufi. Keadaan sosial pesakit, masalah peribadi, perihal keluarga pesakit tidak diambil tahu semasa rawatan sesuatu sakit yang tidak melibatkan mental.

Bukan kerana para doktor, para medik sentiasa dalam kesibukan tetapi itulah displin rawatan perubatan moden yang diguna pakai dan sudah lama diamalkan. Tidak dinafikan, segelintir doktor Islam yang merawat pesakitnya dengan mendekati perasaan atau sosial mereka atau juga sebagai strategi bisnis , doktor mahu mengambil tahu rasa hati pesakitnya agar lain kali datang semula mendapat rawatan. Perubatan moden merawat supaya simptom dapat diatasi dengan ubatan ,dengan pembedahan, mesin bantuan atau lain-lian rawatan Dengan kata lain, setelah ikhtiar dibuat untuk mengdiagnosa sesuatu penyakit, jika ubat itu dapat mengurangkan simptom, maka itulah kejayaannya.
Berbicara kepada TAJUK TIDAK MENUKAR KERJAYA ini ialah merujuk kepada kerjaya sebenar seorang muslim iaitu berubudiah kepada Allah dan kerjaya mengajak orang lain untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Solat itu antara pekerjaan dan kerjaya harian, berpuasa wajib dalam sebulan , mengeluarkan zakat sekali setahun dan menunaikan haji sekali seumur hidup. Inilah kerjaya sebenar kita dan JANGAN SESEKALI KITA MERUBAHNYA. Jika kerjaya didunia ini kita boleh membuat pilihan tetapi kerjaya ini adalah ketetapan dari Allah SWT.Bersyukur dan beruntunglah mereka yang berada dalam tanzim menjadi seorang duat tetapi ingatlah jangan sesekali merubah kerjaya mulia ini.
Jika seorang tentera dipanggil tentera bila dia mempunyai ciri seorang tentera, bila guru dipanggil guru bila dia juga berkerjaya seperti seorang guru, di panggil doktor bila memilki ilmu kedoktoran dan kerjayanya merawat,menyihatkan dan mencergaskan .Begitu jugalah seorang daie-pendakwah mesti memiliki cici-ciri seorang daie untuk diktiraf sebagai seorang daie.
Ciri utama dan pertama ialah ciri dirinya disisi Allah. Mana mungkin seorang daie yang hubungan dengan Allah tidak rapat dan akrab sedangkan dia menyeru orang lain mengabdi diri kepada-Nya. Mana mungkin daie yang liat membaca Al Qur’an sedangkan dia menyeru supaya Al Qur’an adalah panduan hidup. Mana mungkin seorang daie tidak cergas atau lembik fizikalnya, sedangkan tenaganya harus dikerah memenuhi tuntutan dakwah, mana mungkin daie ilmu fikh dakwahnya bercelaru dan ilmu dunianya cetik, sedangkan ilmu-ilmu ini sebagai pendampingnya ketika berhujah.

Daie tidak menggunakan dalil logik atau dalil popular untuk membenarkan hujahannya.Istiqamahlah atas kerjaya ini, DAN SESEKALI TIDAK MENUKAR KERJAYA .Tetapi mengapa ada segelintir para duat sudah bertukar kerjaya, larut dengan nikmat syurga dunia, nikmat yang hanya satu dari sembilan berbanding di syurga hakiki, dia semakin menyepi. Juga didapati ada segelintir para ilmuan Islam memilih kerjaya bisnes meniaga larut malam( MLM) dan lain-lain bisnis dimana patah perkataan yang lebih kerap ialah tentang produk bisnesnya sehingga gelaran ustaz tidak lagi enak disebut kepadanya lagi.