Pages

Tuesday, September 23, 2008

Dua Emosi DiPenghujung Ramadhan

Ramadhan hampir meninggalkan kita, adakah kita semakin gelisah?
Ramadhan bakal pergi, adakah kita akan merinduinya?

Pasti ramai yang mahu berkata 'ya'. Tiada yang ingin mengaku tidak berasa sedih dan tidak rindu akan pemergian ramadhan!! Namun, ada kegembiraan yang sedang menunggu, iaitu mendapatkan lailatulqadar. Bukan istilah dapat lailatulqadar bagi mereka yang terpilih, kerana kita PASTI akan dapat iaitu mereka yang beramal pada SETIAP MALAM dari waktu maghrib lagi pada setiap malam pada 10 malam terakhir tanpa kecuali, bezanya amal itu banyak atau sedkit serta amal itu berkualiti atau tidak!!

Tahniah kepada yang gembira dan teruja mencari lailatulqadar, cuma disana sini, masjid masih lenggang dari mereka yang beriktikaf. Tarawih semakin berkurang jemaahnya. Seolah-olah 'roh' ramadhan semakin pudar sedangkan inilah waktu puncak Ramadhan.

Eid fitri semakin hampir, adakah kita mula rasai kegembiraan, pasti tiada yang mahu menjawab tiada perasaan atau rasa sedih pula. Namun ramai yang terseronok. Banyak yang baru, meriah kuih muih, hebat hiasan rumah, rata-rata mood raya semakin membara!. Rupanya sukar untuk mengatakan orang yang sebegini sedih meninggalkan Ramadhan, kerana emosi keseronokan utk beraya lebih dominant. Lagu raya dimana-mana, jiwa mana yang boleh tahan. Tak sabar berseronok dengan rakan taulan. Anak-anak pula sudah terdidik dari kecil untuk mesti seronok sambut raya. Sebenarnya tidak tepat bila berkata, raya ini untuk anakanak, kerana yang dewasa turut hebat membuat persediaan.

Maka emosi mana yang menang? Emosi sedih dengan pemergian Ramadhan atau emosi ceria menyambut eid fitri.Di temapta kita raya sebulan! Manakala banyak negara timur tengah, rayanya cuma sehari atau dua hari sahaja, mereka sudah 'beraya' sepanjang sebulan Ramadhan