Saya menghantar satu sms pada kenalan yang berbunyi berbeza frekuensi dan berbeza ‘gear’( bermaksud kemampuan atau kelajuan) dan terdengar pula di radio IKIM, seorang yang bukan ahli perniagaan tetapi bercakap tentang dunia bisnes!!. Teringat pada suatu masa dahulu, di dalam satu seminar keusahawan, seorang penceramah dari agensi kerajaan memohon maaf kepada peserta kursus dan dia merasakan tidak layak memberi ceramah motivasi kepada usahawan-usahawan kerana dia bukan peniaga walaupun berkelulusan dalam bidang ekonomi. Dunia perniagaan ialah dunia praktikal bukan ilmu atas kertas. Pesan penceramah itu lagi tanya dia tentang teori perniagaan dan jangan tanya praktikal kerana anda usahawan yang bermain dengan ombak bisnis.Bagi anda yang bukan usahawan atau yang bukan akal ( otak) bisnis apabila ahli seorang ahli akademik bercakap hal perniagaan mungkin teorinya boleh dimanafaatkan tetapi bagi usahawan ianya mungkin melebarkan senyum sinis.
Bunyi janggal bila orang yang bercakap sesuatu yang bukan bidang sebenarnya dan penyampaiannya seolah-olah dia tahu banyak perkara dalam bisnis.Ada penceramah berceloteh, katanya setiap kali ada projek baru rumah kedai, bermakna bertambah harta orang bukan Melayu terutama di Bandar-bandar atau taman-taman perumahan. Sederet rumah kedai 2 tingkat, sudah puluhan juta nilainya, katanya lagi orang Melayu tumpang parking sahaja depan kedai malah sokong bisnis mereka bila menjadi pengguna setia.
Itu belum lagi bercakap tentang projek koridor raya Selatan dan Utara seperti yang dibincang dalam radio tadi. Fakta yang terang lagi bersuluh iaitu antara perbezaan langit dengan bumi ini semakin jauh antara orang Melayu dengan bukan Melayu dalam dunia ekonomi dan pemilikan harta, malah langit mereka semakin tinggi.
Namun begitu ianya satu peringatan kepada orang Islam supaya jangan mengkayakan lagi orang-orang bukan Islam tetapi jangan cuma berteori sahaja, jom fikir-fikir sesuatu bisnis, baru tahu pahit maungnya kerjaya mulia ini, paling tidak ada minda dan jiwa seorang usahawan.Untuk merubah minda orang Melayu walaupun disesetengah universiti ada kursus elektif keusahawan atau di pusat latihan vokasional, selepas habis belajar, makan gaji juga dikejarnya dulu.
Teringat saya pada kisah kawan yang berbangsa Cina yang menjadi pegawai kerajaan dimana seluruh keluarganya mengatakan beliaulah orang yang paling bodoh dalam keluarganya kerana tidak mahu berniaga seperti adik beradik dan sepupu yang lain. Dan keretanya yang paling murah iaitu proton Waja.
Sejak awal tahun 90an, saya sudah mula belajar menjalankan beberapa perniagaan dan di akui memang betul seperti kata orang bijak pandai, ilmu-sijil boleh didapati dengan duit tetapi pengalaman tidak boleh dibeli termasuklah pengalaman terima cek tendang, dan pelbagai carca merba ‘tendang-tendang’ yang lain dalam berniaga, sehingga ada seorang kenalan mengadu, sejak dia mula berniaga sudah pandai mereka cipta dalih dan tipu daya kepada pengguna, tiada siapa yang ajar tapi terdesak demi menjaga imej diri dan imej bisnis.
Saya ada juga bergaul dengan orang-orang yang biasa makan gaji dimana mereka berkumpul dalam satu kumpulan seperti dalam PIBG dan cuba merancang sesuatu perniagaan, maka timbullah macam-macam idea. Di akui idea-idea atas kertas itu cantik. Bila terhasil produk niaga, timbul pula masalah pemasaran dan akaun, jika kita bukan ahli serahkan kepada ahlinya. Tidak kurang teori-teori ini tinggal atas kertas sahaja.Penulis juga ingin berkongsi pengalaman bagaimana berbezanya bergaul dengan orang usahawan ini atau otak bisnis berbanding dengan orang yang makan gaji atau ahli akademik.
Terus terang penulis katakan, mereka yang ada otak bisnis ini CARA BERFIKIRNYA BERBEZA dengan kata lain frekuensi dan ‘gear’ nya berbeza walaupun bisnisnya tidak besar mana.Ketahuilah, usahawan itu ialah orang yang mencipta dan mencari masalah dan dia sendiri yang akan menyelesaikannya, berbanding dengan orang yang kerjanya diarah oleh orang lain, dia cuma mencari penyelesaian masalah itu.Bukan sekadar rezeki itu seperti mana mahfum hadis Nabi SAW iaitu sembilan dari rezeki itu ada pada bisnis TETAPI PELAJARILAH BAGAIMANA ALLAH SWT MENTARBIAH RASULULLAH SAW SEBAGAI USAHAWAN DAN PERNAH MENTERNAK KAMBING.
Termaktub juga, enam dari sepuluh sahabat yang di jamin masuk syurga TERDIRI DARI ahli perniagaan. Kata Abdul Rahman bin Auf, pinjamkan dia modal dan tunjukkan dia dimana pasar sahaja, akhirnya dia menjadi jutawan semula di Madinah. Inilah akal orang bisnis.Pengalaman sejak dulu suka bergaul dengan orang-orang bisnis ini dari pelbagai golongan, dari kedai kopi sehinggalah di padang golf . Suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli bila bergaul dengan usahawan ini, dengan CEO, GM syarikat korperat, kilang-kilang besar. Walaupun GM ini juga makan gaji tetapi mereka juga banyak akal bisnis.Juga pernah bergaul dengan peniaga jadi-jadian, bisnisnya naik kerana politik dan kaki ampu.
Namun begitu diluar sana ramai ushawan Islam Melayu yang tulin dan hebat.( sebenarnya penulis ingin berkongsi pengalaman perbualan dengan taukeh Cina veteran yang kaki golf yang menjalankan perniagaan perkapalan. Menarik ceritanya yang mendidik anak-anaknya menjadi ‘orang’ tetapi elok rasanya penulis simpan pada artikel lain)Bagi penulis, seorang usahawan ini sedikit sebanyak berbeza cara dia mengatur kehidupan keluarganya, berbeza sebagai seorang bapa atau isteri atau malah juga berbeza bila dia seorang daie berbanding mereka yang bukan usahawan.Akal, semangat, cara berfikir orang bisnis ini bagi penulis juga sesuatu yang unik dan ada masanya orang yang bukan bisnis tidak faham apa yang ada kotak pemikiran orang bisnis ini.
Ada masanya, penulis yang sudah agak lama dilatih berfikir mencipta peluang bisnis dan berusaha menyelesaikannya dan bila dibawa konsep berfikir cara usahawan atau konsep usahawan kedalam medan dakwah, daie yang bukan usahawan tidak memahami apa yang penulis fikirkan, akhirnya di pendekkan ayat, berbeza frekuensi dan berbeza 'gear'. Maka lebih baik menyelesaikan persoalan ini dengan banyakkan kerja / amal dari banyak bercakap.Bila banyak bercakap, banyak berhujah banyak pula silapnya, yang silap itu berdosa.
Semoga tidak menjadi daie yang banyak cakap dari kerjanya, daie yang sensitif dengan teguran, tertipu kononnya sudah banyak kerja dakwah, bersyura- berbincang tetapi pintu hati sudah tertutup atau mungkin cekap pengurusannya diatas kertas tetapi tidak cekap bila terjun dalam masyarakat dan di dalam dakwah fardi sehingga keliru siapakah senarai utama mad’unya.
Tentunya usahawan yang jiwa dekat dengan Allah SWT, hatinya hadir dalam solat, hatinya turut rukuk, hatinya turut sujud, bibir basah dengan bacaan al Qur’an dan zikir, tentunya jatidiri usahawan ini akan dibawa kedalam kehidupannya, dalam keluarganya, dalam kariahnya, jatidiri yang tahan ujian, proaktif, banyak idea, kental semangat, segera mengambil peluang dan cabaran, walaupun ada segelintir usahawan ini yang tewas dengan habuan syurga dunia.
Jatidiri usahawan itu ada pada Rasulullah SAW dan yakinlah dengan perniagaanlah Islam tersebar kepelusuk dunia dan termasuk tanah air kita, Islam yang disebarkan oleh daie yang kerjayanya ialah usahawan dan penulis yakin cara mereka berdakwah juga membawa karektor diri sebagai peniaga tadi. Bagi anda yang bukan akal bisnis, mungkin sukar untuk memahami ungkapan ini, tetapi berusahalah sedikit sebanyak menjadi orang yang menambah rezekinya hasil titik peluh berniaga dan antara kerjaya yang digalakkan kepada daie ialah mereka yang mengurus masanya sendiri dan tidak terikat kepada orang lain dan mampu berdaya maju.
Penulis bersyukur dengan pengalaman sedikit dalam dunia perniagaan yang berskil sederhana ini, pengalaman dalam bidang motivasi anak-anak muda, motivasi gaya hidup sihat dan kini berpeluang berceramah terutama dalam tajuk BIOMEKANIK SOLAT DAN PELAJAR HEBAT BILA IBADAHNYA HEBAT. Juga pengalaman yang tidak boleh dibeli bila merantau ke negeri orang, belasan tahun di K.Lumpur, empat tahun di Kuching, hampir lima tahun di Johor walaupun tidak sehebat mereka yang laus pengalaman merantau banyak Negara dan insyaAllah, kami akan balik ke negeri kelahiran, N.Sembilan pada hujung tahun ini hingga akhir hayat.AminBerpegang kepada pesanan nabi SAW iaitu jadilah orang yang terbaik bila memberikan manafaat kepada orang lain. Dan tentunya semakin besar kemanafaatan dan semakin ramai orang lain menerima kebaikan itu semakin berkualiti seseorang muslim itu, wallahu'aklam