Orang yang pendapatannya ( katakan), RM 5 ribu dan perlu berkerja 8 jam sehari, masih tidak smart kerjanya berbanding dengan orang yang mendapat RM 5 ribu juga dengan berkerja 3-4 jam sahaja dalam sehari!!
Orang yang kuat dan lasak berkerja, tetapi masih tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan manakala orang yang berkerja smart dengan menggunakan 'otak', biasanya lebih lumayan dari mereka yang perah otak dan fizikal untuk orang lain. Kenalan saya, seorang doktor pakar swasta, pendapatannya mencecah RM 2o ribu tetapi mengeluh bila tenaganya dikerah dan sentiasa sibuk dgn dunia hospitalnya. Dia merindui kehidupan yang tersusun, masa untuk berjamaah di Masjid, hadiri kenduri dan makan malam bersama keluarga yang sukar beliau kecapi.
Kerja smart ialah kerja sedikit, ganjarannya besar. Begitu juga lakukan ibadah dengan smart. Ibadah sedikit, ganjaranya besar.
Kita baru sahaja melalui bulan ramadhan, kerja smartnya ialah, ibadah sedikit pada malam lailatuqadar, ganjarannya 83 tahun dan di luar ramadhan pula antara ibadah smart yang boleh kita buat ialah:-
1. Solat subuh berjamaah di surau/masjid, ganjarannya seperti ibadah sepanjang malam!!
2. Sematkan dalam hati untuk sentiasa BERNIAT sebelum keluar rumah ketempat kerja, moga kerja itu ibadah yang dikira oleh Allah SWT. Jika tidak samalah dengan si kafir yang juga mahu menyara diri dan keluarganya
3. Satu huruf AlQur'an, ganjarannya 10 kebajikan, bayangkan beribu-ribu ayat yang disebut bila membaca 2-3 helai ( 4-6 muka surat sehari)
4. Tidak menyusahkan orang lain pada hari ini, juga berpahala
5. Apalagi mampu membantu meringankan beban orang lain, samada dengan bantuan buah fikiran, nasihat atau secara fizikal.
6. Solat maghrib dan isyak berjamaah itu lebih mudah dan lebih istiqamah dari berjamaah zohor /asar, pahalanya sangat besar.
7. Melafaskan zikir dan berdoa yang mudah-mudah selepas solat, dan kalimah zikir ikhlas dan ringkas itu Allah sahaja yang menilainya
8. INI JUGA IBADAH SMART... Sentiasa lebih dalam keadaan sedar dari tidak sedar dan lalai ketika mendirikan solat. Pahala orang yang khusyuk tidak sama dengan orang yang tidak khusyuk!!!
MASALAH BESARNYA, KETIKA IBADAH KITA JUGA TIDAK SMART DAN TIDAK PULA KUAT BERIBADAH !!! Dakwah juga tidak smart dan tidak kerja kuat untuk dakwah