Saya tersenyum sendirian bila membaca iklan yang mempromosi minuman teh herba sempena musim oran beraya yang tidak mengawal selera makan. Iklan itu menyebut agar pecahkan kolesterol ketika makan minum yang berterusa pada setiap minggu sepanjang syawal ini. Iklan kesempatan mempomosi produknya ketika mana umum mengetahui perangai sebahagian besar dari kita yang 'kelahap'. Say tidak mahu komen akan kekeberkesnan produk ini, cuma mememang benar teh adalah sebagai agen anti-oksida tetapi budaya makan-minum yang berterusan sepnjang syawal ini haruslah dikurangkan dan mengurangkan pembaziran wang serta jika niatnya untuk menunjuk-nunjukkan kemampuan, elok dibatalkan ters rumah terbuka ini!!!
Dahulu saya pernah menulis, kita raya-orang Cina makin kaya. Semasa puasa peniaga Melayu ada yang berehat, orang Cina makin tak cukup tangan melayan orang Islam berbelanja. Semasa beraya, wang kita masih laju mengalir kepada orang-orang bukan Islam.
Dari sudut mana sekalipun, setiap urusan kita yang melibatkn wang ringgit PASTI tidak terlepas dengan peniaga bukan Islam ini tetapi kita yang mengawal RM kita, berpada-padalah.