Pages

Thursday, October 2, 2008

Siapakah yang sebenarnya layak beraya?


Ada beberapa maksud kembali kepada fitrah sebaik berakhirnya ramadhan, pertama sepertimana yang selalu diwar-warkan iaitu kembalinya jiwa yang bersih setelah selama sebulan menjalani proses penyucian dalam madrasah ramadhan. Hanya diri kita sahaja yang tahu atau sekadar ucapan untuk memujuk hati bahawa jiwa kita sudah kembali kepada fitrah.
Keduanya kita kembali kepada fitrah secara biologi, dimana segala halagan dan larangan fizikal seperti makan-minum, naluri seksual sudah kembali halal pada siang hari. Dan fitrah seterusnya ialah eidil fitri sebagai satu hadiah dari Allah SWT untuk memenuhi biologi untuk manusia bergembira. Manusia suka kepada makanan, suka kepada keramaian, suka kepada hiburan, seronok bila berkumpul dengan sanak saudara dan inilah yang dilakukan ketika menyambut hari raya puasa ini.

Secara biologinya, semua muslim layak untuk bergembira di hari raya ini. Walaupun dia gagal solat, gagal berpuasa atau berpuasa tetapi tidak solat atau kualiti puasa dan kualiti solatnya rendah. Malah bahang perayaan ini mula dirasai pada 10 hari terakhir puasa iaitu hari atau ketika saat-saat genting merasai CEMAS akan berakhirnya ramadhan.

Bagi golongan dewasa kerap 'menipu' diri sendiri dengan berkata raya ini untuk anak-anak sebaliknya usah dinafikan keseronokan mereka sendiri untuk menyambut raya.Apabila kesana-sini membeli belah menyediakan pakaian, barangan makanan, kuih muih itu sebenarnya tanda orang dewasa ini seronok. Mungkin orang dewasa kurang kisah dengan pakaian baru tetapi bila bertungkus lumus buat dodol, bakar lemang, buat kuih muih, menghias rumah dan 'bersilat' didapur bermakna mereka TETAP SERONOK DAN BERGEMBIRA. Dengan kata lain, cara seronok anak-anak dan orang dewasa berlainan. KITA SEMUA LAYAK SECARA FIZIKALNYA MENYAMBUT EDI FITRI INI.

Namun begitu persoalannya adakah kita layak bergembira pada hakikat sebenarnya kurniaan hari besar ini? Cara kita menyambut raya ini yang banyak tersasar dan ramai yang terleka didepan television menonton rancangan hiburan raya yang banyak merosakkan nilai-nilai yang kita telah jaga sepanjang ramadhan yang lalu! Inilah NILAI POPULAR orang kita menyambut raya dan nilai ini sebenarnya sudah pun merosakkan maksud dan tujuan berpuasa.

Apabila mudah terlarut dengan hiburan, senda gurauan, makanan,pakaian, hiasan bermakna kualiti puasa itu sebenarnya memang mudah larut dan rapuh.

Saya berpesan pada diri saya sendiri, semoga EMOSI SEDIH perginya ramadhan pada tahun ini MENGATASI EMOSI GEMBIRA menyambut eidil fitri. Dan bersegera pula menyambung amalan-amalan yang sudah dilakukan disepanjang ramadhan yang lalu seperti puasa enam syawal, berpuasa sunat mingguan, qiam mingguan, tilawah harian dan teruja melakukan kebaikan. Berusaha istiqamah meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah pada bulan-bulan mendatang. Sesungguhnya inilah antara indikator orang yang ramdhannya berjaya dan cemerlang