Tajuk Lain: Patutkan menambah kotor otak dengan politik yang semakin kotor ?.
1.Sesekali saya meluangkan masa membaca blog ahli politik ternama ( BN & PR), blog bekas wartawan terkenal, termasuk blog che-det
2.Juga luangkan masa membaca komentar pembaca terhadap artikel yang ditulis.
3. Dan membuka beberapa blog lain yang disangkut-paut oleh para komentar itu ( blog golongan marhaen)
4. Dan tentunya membaca beberapa blog dan komentar oleh mereka yang bergelar pembangkang.
5. Kesimpulan yang boleh saya buat ialah:
a. Umat ini semakin sakit akhlaknya dan politiknya kian gelap kotor
b. Ceteknya ilmu agama dan daifnya amalan agama
c. Cetek ilmu beradap- mengeji, memfitnah, kata nista sudah menjadi bahasa biasa
d. Logik akal dan emosi menjadi hujahan malah nampak jelas kurang membaca.
e. Walaupun memprotes politik wang atau salahlaku politik, tetapi bahasa protesnya buruk.
f. Melayu semakin berpecah. Berpecah dari JKKK, AJK Surau-masjid sehinggalah bernegara.
g. Bercakap tentang menjaga akhlak, tetapi akhlaknya sendiri jelas tidak sepadan.
h. Golongan muda Melayu masih mentah berpolitik tetapi mengaku tahu banyak
k. Keliru antara nilai agama dan nilai keMelayuan
l. Mencari jalan penyelesaian juga mengikut logik dan jauh sekali mengambil nilai agama.
m. Ramai yang bahasanya menunjukkan sangat mencintai dunia dan janggal jika diingatkan tentang akhirat
n. Inilah hasil dari serangan oleh media rojak yang menghasil minda rojak.o. Kerja dakwah semakin sukar dan mencabar
6. Saya tidak bermaksud perkara ini tidak ada pada mereka yang pro-pembangkang tetapi ada yang menyokong parti atau fahaman politik masing-masing terlalu taksub dan tertutup
7. Namun begitu ada komentar yang bernas dan matang. Juga cuba perhatikan cara fikir orang kita apabila menangani isu-isu semasa, dimana kadang-kadang seorang yang cerdik tetapi komentarnya tidak cerdik
8. Sebelum ini saya pernah bertanya, adakah akan menambah pahala ketika berkempen pilihanraya atau menghakis pahala yang ada serta menambah koleksi dosa?
9. Rata-rata golongan yang memberi pendapat dimedia dan alam maya adalah golongan terpelajar. BAGAIMANA PULA dengan orang kita yang jelas lagi nyata istiqamah kemaksiatan dan hanyut dalam dunia kelekaanya?
9. Itulah dia kita yang bernama Melayu, Melayu yang berpolitik, Pemerentahnya Melayu, Peniaga Melayu , Profesional Melayu, Pensyarah Melayu, Polis-Tenteranya Melayu, Eksekutif Melayu dan Ustaz-Uztazah Melayu, Ulamak Melayu serta Pendakwah Melayu.... adakah hampir sama sahaja cara fikirnya, tabiaatnya dan cara kerja walaupun jauh berbeza kecerdikan, taraf hidup dan fahaman politik?