Pages

Wednesday, April 16, 2008

Pokok Pine Dan Bonzai


" Orang yang BERJAYA tidak melakukan perkara yang BERBEZA, tetapi mereka melakukan kerja itu SECARA BERBEZA". ..Steven Covey

( Benarkah orang yang lebih berjaya, BERBEZA KERJANYA dan BERBEZA CARA KERJANYA ?)

Purata ketinggian pokok pine ialah pada ketinggian 100 kaki, tetapi pokok ini apabila 'di bonzaikan', ketinggiannya cuma antara 2-3 kaki sahaja !!

Sikap adalah perkara yang ajaib tetapi ianya paling ajaib bagi mereka yang sentiasa memperbaiki sikap. Asas kepada sikap ialah cara berfikir, maka cara berfikir lebih ajaib lagi !!

JIka boleh dijadikan contoh, apabila saya mengemukakan kaedah dan kemahiran BioMekanik Solat, sebenarnya tiada yang berbeza untuk mencapai solat yang berkualiti. Yang berbeza ialah cara berfikir atau saya katakan 'senaman dan latihan minda' semasa solat yang di ikuti secara fizikal untuk memartabatkan solat itu sehingga sampai ketahap di terima oleh Allah SWT.

Seperti pokok bonzai tadi, dengan kehebatan cara manusia berfikir, boleh merubah fitrah asal sesuatu pokok, dan dengan fitrah biologi juga, ibadah kita akan lebih berkualiti.

Begitu juga, apabila saya sering menukilkan bahawa, melalui perkerjaan harian kita yang di lakukan dalam keadaan SEDAR dan SENGAJA, ianya sebagai booster untuk merubah kehidupan. DAN ASAS KERJA HARIAN KITA ialah dalam semua ibadah dari solat, doa, bacaan Al Qur'an dan puasa.

Sebelum itu, suka di ingatkan lagi sekali, USAH hanya hebat memperkatakan kehebatan Islam yang syumul, kesyumulan dalam semua aspek kehidupan, hebat memperjuangkan syariat Allah, tetapi kefahaman amal ibadah kita masih SEMPIT, bila cara kita melaksanakan amal ibadah masih secara 'traditional', Dan bila menganggap sebagai bekal rohi semata-mata!! Serta merasakan janggal bila di katakan kesan dari ibadah yang dinamik itu boleh meningkatkan kecerdikan, merubah cara berfikir, boleh meningkatkan tahap sihat-cergas, malah boleh lebih kaya!!

Tiada BEZAnya kerja ibadah harian itu yang setiap hari kita lakukan TETAPI YANG BERBEZA IALAH CARA dan KESUNGGUHAN UNTUK MELAKSANAKANNYA.

Dengan berubahnya cara fikir kita, baharulah kita boleh membuka minda bahawa MASIH belum terbongkar lagi RAHSIA KEHEBATAN yang ada dalam amal ibadah yang setiap hari kita laksanakan.

Dan apa pula yang di maksudkan BERBEZA KERJA DAKWAH? Jika sesekali menoleh kebelakang akan kerja yang sudah di lakukan dan kembali kepada asas mengukuhkan 'batu-bata' membina bangunan Islam dalam diri, keluarga dan berjangkit kepada masyarakat, serta kembali kepada tahkik asas biah bukan bermakna mundur kebelakang!!