Pages

Monday, November 10, 2008

Stres Bertempat Dan Tidak Bertempat

Stres dari sudut positif dikaitkan dengan cabaran, rangsangan, motivasi, lonjakan malah ada insan yang sukakan stres untuk berkerja lebih berkualiti. Manakala dari sudut negatif, stres boleh membawa kemurungan sehingga hilang kewarasan akal.

Kerja rutin yang mencabar mungkin tidak lagi menjadi bebanan kerana sudah terbiasa tetapi kerja mudah yang baru tetapi tidak biasa dilakukan pula boleh mendatangkan stres.

Stres boleh datang dari majikan, rakan taulan, isteri-suami, sanak saudara, anak-anak, jiran dan sebagainya. Stres kerana kurang wang, kurang harta, kurang kuasa, anak yang kurang cerdik, kurang cemerlang keputusan peperiksaan, kurang displin dan lain-lain kekurangan.

Stres lawannya santai, bersenang-senang, kurang berfikir, kurang pembaharuan dan kerjanya lancar seperti biasa.

Cuba kita fikirkan adakah kita merasa stres dengan gejala mungkar disekitar kita? Mungkar dalam diri, dalam dan di luar rumah? Adakah kita stres kurangnya ma'aruf yang kita telah buat? Adakah kita stres dengan dakwah diri sendiri dan organisasi yang lembab dan tidak berkesan? Stres kerana usrah yang kaku-beku? Stres kerana tiada madu',? Serta banyak lagi KEKURANGAN dalam urusan tarbiah dan dakwah...

Bertambah streskah bila kurang dan rendahnya kualiti ibadah? ......bersambung