Semalam dan hari ini, penulis menerima beberapa sms yang isikandungnya sama iaitu " Wahai tetamu Ramadhan untukmu rahmat dan maghrifah. Dengan air mata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawih dan bantal tahajud. Moga mewarisi jannah. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak". Penulis membalas, " Jazzakaallah, semoga di warisi sehingga selepas ramadhan "
Penulis yakin, anda juga banyak menerima sms ucap selamat menyambut ramadhan, tahniah kepada yang mengingati satu sama lain dizaman arus media yang serba canggih ini. Dan semoga ucapan-ucapan itu lahir dari jiwa yang benar-benar sedar dan bukan sekadar keindahan bahasa.
Bermula solat isya' dan tarawih malam tadi, diikuti solat jemaah subuh, seperti tahun sebelum-sebelumnya 'tiba-tiba' masjid penuh dengan para jemaah, jika subuh sebelum ini satu saf pun tidak penuh tetapi tiba-tiba menjadi 3-4 saf!!. Juga seperti biasa terdetik dalam hati, " Sebelum ini orang-orang ini pergi mana?" Bukan sahaja dikalangan anak-anak muda yang susah tengok muka berjemaah, juga nampak muka baru dikalangan atuk-atuk, pak cik- pak cik dan orang-orang dewasa.
Jika pandangan sekali lalu, memang bagus dan suasana meriah sebegini tetapi jika di hayati budaya memeriahkan mesjid setahun sekali ini bukanlah satu budaya Islam pada hakikatnya. Begitu juga budaya berjemaah di mesjid-surau pada setiap malam jumaat! Penghayatan Islam bermusim!!
Inilah gambaran kualiti kefahaman dan penghayati Islam masyarakat kita, dimana yang pasti selepas ramadhan, mesjid-surau akan lenggang semula, jemaah subuh boleh dibilang dengan jari dan hanya malam jumaat bilangan jemaahnya bertambah. Pada hal ramadhan dikatakan bulan madrasah dan bulan tarbiah tetapi yang berlaku bulan lain tak payah.
Budaya ini sudah turun menurun sejak penulis kecil lagi dan sejak sebelum-belumnya. Dan inilah budaya yang tertanam dalam minda pelbagai lapisan masyarakat kita dan mungkin sudah tertanam dalam minda anak-anak kecil.
Inilah juga gambaran kualiti ibadah, kahsnya ibadah solat masyarakat kita SEPERTI MANA YANG PENULIS SEBUT SEBELUM INI IAITU MASALAH UTAMA ORANG YANG SOLAT IALAH GAGAL KHUSYUK!!!
Orang yang menyempurnakan kualiti solatnya, yang bersungguh untuk khusyuk tentu juga berusaha mencari kualiti pahala solatnya dan pahala yang lebih itu hanya ada bila berjemaah di mesjid-surau, maka mereka akan berpusu-pusu kesana pada setiap kesempatan dan tidak bermusim.
Mencari redha dan ganjaran besar pahala dari Allah bukan bermusim dan jangan menunggu pada bulan ramadhan sahaja! Sepatutnya kedatangan ramadhan sebagai 'hadiah' besar dari Allah untuk menampung amalan yang sedikit, yang sedikit solat sunatnya, yang jarang bertadarus apalagi mahu khatam pada bulan-bulan lain.
Sekiranya kita mengatakan mahu berebut-rebut beribadah di bulan barakah ini, sila jengok dikebanyakan mesjid-surau dimana TIADA BUDAYA BERTADARUS MEMBACA AL QUR'AN selepas waktu zuhur, waktu asar atau maghrib berbanding segelintir tadarus selepas tarawih. Yang khatam Al Qur'an pun secara beramai-ramai dan ada yang tidak berusaha bertadarus sendiri paling kurang sekali khatam.
Penulis yakin, pada petang ini, ramai dari orang yang berpuasa ini akan mula berpusu-pusu ke bazar ramadhan dan insyaAllah penulis akan menulis "Berbaloikah Berniaga di Bazar Ramadhan Dan Berbaloikah Anda Berbelanja di sana?