Pages

Thursday, December 11, 2008

Pengorbanan Yang Terkorban

Bukan kedatangan aidil adha sahaja, kita lebih bicara tentang pengorbanan. Ilmu dan nasihat itu bukan bermusim.

Di sini beberapa pengorbanan oleh ibu-ayah, suami-isteri, orang dewasa serta pergorbanan oleh anak remaja dan kerana salah langkah, akhirnya pengorbanan mereka terkorban begitu sahaja.

1. ibu-ayah mana yang tidak mengorbankan harta, masa, kasih sayang demi kebahagian anak-anak mereka, tetapi berapa ramai anak-anak yang terkorban dengan kemewahan kaish sayang dan wang ringgit. Bila anak yang nakal dibiarkan dari ditegur dan ada ibu ayah yang berbangga pula tidak pernah atau jarang benar merotan anak . Ada ibu ayah yang terlalu 'sporting' dan 'open minded' sehingga anak boleh mengetahui perkara yang belum layak dia tahu pada usia mudanya. Ada anak-anak kecil dibenarkan melayari internet tanpa pengawasan , serta penyalah gunaan komunikasi telefon tangan. Ada anak-anak sekolah rendah yang menyimpan koleksi bideo lucah didalam telefon canggihnya!!!

Begitu juga, besar bilangan ibu ayah yang berkorban mendidik anak-anak dengan didikan agama, tetapi ramai juga anak-anak mereka terkorban dengan rakan sebaya. Jika displin sekolah agama ( tajaan kerajaan dan swasta ) menjadi agenda utama dan merisaukan, bagaimana pula keadaan sekolah yang bukan agama?

Mengambil iktibar pentarbiahan oleh Nabi Ibrahim a s terhadap Nabi Ismail a.s yang bukan sahaja tahap tinggi patuhnya kepada perintah Allah agar beliau disembelih tetapi baginda Nabi Ismail cepat matang dari usianya bila mampu tenang dan meminta beberapa permintaan kepada bapanya. Pemintaan yang memperlihatkan kematangan beliau berfikir.

Tentunya kesan didikan yang hebat dan luar biasa itu , datang dari usaha yang luar biasa oleh insan yang luar biasa kesanggupanya mengorbankan anak tunggal yang diperolehi pada usia tua dan terpaksa berpisah beberapa tahun sebelumnya.

Ada ibu-ayah yang hebat imannya, tetapi anaknya sudah menjadi korban keserakahan dunia.

2. Juga ambillah iktibar, bagai mana pentarbiahan yang dilalui oleh Siti Hajar oleh suaminya, Ibrahim a s. Jika semasa menyusukan Ismail, beliau patuh mengikuti suaminya meradah gurun pasir yang panas membara dari Palestin ke bumi Mekah yang berbulan-bulan lamanya. Siti Hajar melepaskan baju Nabi Ibrahim yang dipegang sebelum meninggalkannya kerana kepatuhan, apabila nabi Ibrahim memberi jawapan, bahawa ini adalah perintah Allah agar beliau dan Ismail ditinggalkan dibumi gersang itu. Bumi itu akhirnya memancarkan air ajaib dan terdirinya semula kaabah setelah diterokai oleh 3 insan yang ajaib dan insan yang LAIN DARI YANG LAIN.

3. Ambil iktibar kualiti anak remaja seperti mana si remaja yang bernama ismail bin Ibrahim yang tidak membantah maksud mimpi ayahandanya dan usahanya melontar syaitan yang cuba menghasutnya. Tanpa pengorbanan dan kepatuhan beliau, peristiwa korban itu tidak akan terjadi. Beliau boleh mengambil sikap mempertikaikan mimpi itu atau beliau boleh membantah atau lari, ini disebabkan yang hendak disembelih ialah beliau!!

Berapa ramai remaja kini dan remaja dahulu yang terkorban kerana keseronokan dunia dan yang mengorbankan peribadi dan akhlak mulia.

LAIN DARI YANG LAIN ( GHURABA') ADALAH CIRI-CIRI YANG DIMILIKI OLEH SEMUA INSAN YANG BERJAYA.