Pages

Friday, October 24, 2008

Kisah Peladang Jagung


Seorang peladang jagung kerap memenangi pertandingan kualiti dan jumlah pengeluaran jagung yang disertai oleh peladang-peladang setempat yang lain.

Selepaskan dinobatkan lagi sekali sebagai pemenang, beliau di interview oleh wartawan akan rahsia kejayaannya itu. Tanpa berselindung beliau menceritakan secara terperinci akan rahsianya. Wartawan itu terkejut dan bertanya mengapa beliau membocorkan rahsia itu yang akan diguna pakai pula oleh peladang lain ?

Peladang itu berkata, " Tahukah kamu bahawa, benih-benih jagung itu boleh diterbangkan oleh angin atau oleh serangga termasuk terbang dan tumbuh jagung di ladang beliau. sekiranya benih jagung itu tidak bermutu, maka jagung beliau nanti di tumbuhi oleh jagung yang tidak bermutu. Jadi jika jiran-jiran peladang lain tahu rahsia saya, jagung mereka juga akan bermutu dan yang pasti semua jagung-jagung dalam ladang saya semuanya bermutu tinggi, ini ladang yang luas sukar untuk mengawal jagung yang tumbuh sendiri!!!

Apa yang boleh kita belajar dari kisah peladang yang smart cara berfikir ini??

1. Berkongsi kejayaan, kita akan lebih berjaya

2. Usah lokek ilmu, pengalaman dan kemahiran

3. Kejayaan tidak boleh dinikmati sepenuhnya secara terasing/ isolated, tetapi secara perkongsian.

4. Benih yang baik akan menular ketempat yang lain.

5. Untuk menjadi baik, persekitaran juga mesti baik. Jiran mesti baik, kariah mesti baik. Jika keluarga kita lebih berkualiti, tetapi jiran dan persekitaran tidak berkualiti, masyarakat itu tidak akan berkualiti. Maka rahsia keluarga kita yang berkualiti itu mesti dikongsi dengan orang lain.

6. Begitu juga contoh-contoh lain ketika kita di pejabat, di pusat pengajian dan sebagainya, usah menjadi insan yang isolated bermutu tinggi tetapi persekitarannya masih rendah kualitinya, rendah amal dan ilmu islaminya
7. Di luar sana terlalu banyak benih yang sudah rosak dan benih ini boleh terbang lalu tumbuh dalam ladang/kebun kita yang benihnya subur. Adakah akan berkualiti tanaman kita yang bercampur dengan benih yang rosak ini? Maka ikhtiarlah mencantas benih rosak itu dan ikhtiar untuk berikan MEREKA FORMULA UNTUK MENYUBURKAN BENIH DAN MEMBUANG BENIH ROSAK ITU